Monday, October 19, 2009

pilihan mereka

Mama ada 5 orang anak.
Semuanya kuat makan.
Masing-masing punya makanan kegemaran masing-masing.
Mama tahu dan mama ingat...
Malah hampir semua makanan anak-anak
sama ada tradisional atau moden
mama tahu.Antaranya....



 WAN MOHAMAD RUZAINI


Yang luar negaranya..
along suka sushi.Tapi sayang mama tak berapa suka...
jadi tak leh lah nak nikmati bersama
tapi ramai lagi pengikut yang sama selera
Haaa kalau makan nasi , along suka
daging goreng kunyit
kalau gi makan kat belakang masjid Keramat
dah hafal apa yang dia akan order
 

Kek pula dia suka kek keju..
Dia kata dia pandai buat
masa kat Jepun dia selalu buat
Tapi...kami tak dapat sahkan
kerana
di sini dia tak pernah menunjukkan kepakarannya
....belum terbukti

WAN MOHAMAD LUQMAN AL_HAFIZ
Angah pula suka Md D.Dulu tiap hari minta mama beli Md D
sampai mama muak
dengar je dah muak(guna unsur haiperbola,hahaha)
please... dahlah....
mama tak leh nak tumpang makan...
sekarang angah jarang minta mama belanja Md D. lagi
tak tahulah sama ada dia juga dah jemu
atau makan kat luar dengan orang lain....
Lauk pula angah suka sup gear box
oiii banyak lemaknya...
angah kalau terlalu teringin nak makan
dia akan beli tulang dan bahan-bahannya
mama akan masakkan
dia suka ratah jeee...

Angah selalu jugak suruh mama buat kek belang
kek belang warna warni
dia suka sangat
pasal dia teringat masa dia kecil-kecil dulu
mama suka buat kek ni
tapi sekarang mama dah jarang buat
kalau tak ada permintaan


 WAN NURUL IZZATI
Inn suka makan speggeti.
Dulu dia suka buat..
Tapi selepas dia diusik oleh angah
dia macam merajuk
tak buat lagi....rugi leee

 
Sejak akhir-akhir ini dia suka makan ayam masak kicap
balik dari asrama itu yang dia minta
ok jugalah pasal taklah susah sangat
 

Kalau kek Inn suka secret resepi
Katanya best
Tak boleh beli sebiji,sekeping pun cukup
Mama pun suka...
Boleh tumpang sekali...


WAN MOHAMAD IZZAT HAFIZIIzzat pula suka KFC
eiiii sukanya dia
tapi yang ini ramai yang jadi penyokong
jika diminta pendapat
Ikan keli masak merah
akan jadi pilihannya jika makan di kedai
Dulu mama tak pernah masak ikan keli
sekarang bila anak-anak dah besar
kadang-kadang mama masak juga

Kek Ice Krim jadi kegemarannya
tu sebabnya kot yang dia kerja sambilan
di kedai ice krim sekarang
sementara cuti....
WAN MUHAMAD AMIRUL
masa nak belanja makan
Kalau tanya nak makan apa
adik akan kata laksa shacks
laksa singapura
dia makan licin minyak
Singgang jadi lauk pilihannya
tak kira ikan apa,ok jee
masakan yang mudah,berkhasiat dan menyelerakan
tambah jika disertakan dengan sos bilis
Kek pula,kek coklat
hitam tapi menyelerakan
mama pun suka tolong makankan....

Mama terfikir mama ingat semua kegemaran anak-anak
agak-agak anak-anak tahu makanan kesukaan mama dan abah?
heee soalan cepu mas







8 comments:

kaktus suka makan said...

Semua makanan yg di pamerkan kaktus suka..haha ..cuma tak pernah makan sushi...kesiankan. tunggu along belanja makan sushi yg paling sedap.

chalk is talking said...

sunor tahu mama suke makan ape..
pengat ketupat..kan?kan?kan?

kaktus suka makan said...

sebenarnya banyak yg kak mawar suka..salah satu adalah....pengat ikan!!!!

mana pegi kak mawar ni..komeng tak berbalas.

petak daud. said...

Mama suka air suam.Dan nasi dagang.

Abah suka air suam juga.Dan lauk ikan singgang.

Saya hebat.:))

iris said...

semua makanan tu iris suka kecuali sushi.. mmg tak bleh telan hihihi of cos lah anak mawar tau mknn kegemaran mama mereka kan..sila respon ank2 mawar

Unknown said...

heee tk semua-bolehlah belanja
tapi yg kaktus n chalk kata
tu tak de dalam pasaran kan..
jadi kenalah mereka buatkan
hehehe

Unknown said...

prtak memang hebat
tapi...
sapa iris?

iris said...

silent reader..