Sunday, January 26, 2014

intai2

17.1.2014

langkah pertama...
jalan-jalan
intai-intai

dari kawasan jajahan
hingga keluar kawasan

dari 2.6 juta
hingga lebih 470 k


Wednesday, January 22, 2014

melepas lelah

16.1.2014
selepas tugas dilaksana
jom...rehat kejap...
juga isi perut...

ke Pegaga lagi...
tanpa ati...
dia maluuuu....

Sunday, January 19, 2014

RM100



Khamis:  16.1.14


semalam 15.1.14 wang  sudah dimasukkan
ke akaun sekolah.
jadi mama lebih sibuk dari hari -hari terdahulu
untuk buat persiapan terakhir


Jadi hari ni berduyung-duyunglah
ibu bapa datang ke sekolah
tanpa perlu keluarkan surat
hanya dengan 2 kali pengumuman
lebih daripada 80% yang hadir
wow...memberangsangkan...
mungkin boleh ubah strategi
penyerahan ni dibuat
semasa  Mesyuarat PIBG
tidaklah nanti lebih ramai guru dari ibu bapa

atau setidak-tidaknya semasa bicara akademik
bolehlah tambah bilangan ibu bapa yang datang
bolehlah berbincang tentang pencapaian anak-anak
pasti ibu bapa dapat cuti masa tu
sambil menyelam minum air

tapi pada mama yang pentingnya
amanah yang diberi ini
dapat dilaksanakan dengan licin
tanpa sebarang masalah
alhamdulillah



moga 20% peratus ini dapat diselesaikan
dalam seminggu dua ini 
barulah legaa...



lampu hijau?

Selasa - 14.1.14

 
Cuti Malidul Rasul
pergi ke sekolah dan masjid
untuk memantau perjalanan

 
bergegas pulang kerana perlu hadiri
kelas pertama
menyeronokkan..
alhamdulillah

 sementara mama tiada
inn dan along bawa alya
ke tasik titiwangsa

balik dari sana inn dah tunggu
menuju ke destinasi seterusnya
membeli belahlah...apa lagi...
dan makan pizza

belum sampai rumah
angah pulak telefon
nak ke Bukit Belacang
selepas solat kami ikut dari belakang

sambil berkelah dan bersantai
kami bincang secara x langsung
maklumkan...minta pandangan
gelak2...main2...tapi moga ada makna
alhamdulillah...
sebulat suara setuju
moga menjadi permulaan...
moga yang merah bertukar hijau
malamnya mama memulakan
mengikut cadangan anak2
-fb
alhamdulillah...

seandainya ini yang terbaik
permudahkanlah
jika sebaliknya
jauhkanlah dan gantikan
kepada yang lebih baik...
amin

takziah

Ahad : 12.1.2014

menjelang tengah malam mama buka wsap
berderet-deret berita
tentang 2 pupu mama yang dah
pergi mengadap Illahi dalam usia yang agak muda
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un

ok....
batal semua rancangan...
abah sepatutnya ke Gombak dengan Pak Din
mama ada tahlil arwah di rumah Za
tukar rancangan

seperti yang dijanjikan
pagi-pagi gi ambil tok mi untuk ke salak tinggi
semasa kami sampai arwah telah selamat dikebumikan
moga Lik ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh

balik dari sana singgah rumah ayah cik ambil borang
dan hantar tok mi di rumah chik
fuyooo...dapat banyakkkk
tq chik

Saturday, January 18, 2014

semangat membara

Isnin : 13.1,2014



merah menyala
semangat membara

di dataran budi
selepas perhimpunan

sebelum mesyuarat rumah sukan


Thursday, January 16, 2014

nilai

11.1.2014 

 
hari ni mama bertugas
dari pagi hingga tengah hari
abah pula gi mbil kereta yang dah siap
dengan izzat di balakong

sedangkan hari ni mama ada jemputan
nunnn di nilai
jauh jugak tu
tapi sebenarnya dah lama berhajat nak ke situ
nak sama2 berangan

jadi kesempatan ini kena ambil
tapi bukan untuk berkhayal
untuk memenuhi undangan perkhawinan

dahlah bertolak lewat
jemlah pulak....
ada lori terbabas...
walaupun begitu sempat jumpa
teman2 lama
mereka pun senasib

dapat memenuhi  jemputan zab


kerana beroleh menantu
tahniah mal dan isteri
moga bahagia berpanjangan


moga hubungan kita terus kemas terikat
walaupun mungkin Feb  nanti kita terpisah
atau juga Mei nanti menjarakkan kita
tapi hubungan hati tetap utuh

tadika

 8.1.2014


Terasa seolah-olah Allah tunjukkan jalan 
melalui seorang rakan
tanpa diduga...inilah yang dicari
belajar macam di kelas
hari ni sebenarnya hanya taklimat
tetapi hati dah nekad
dan sambil berlawak
syarat2 ustaz itu sebenarnya
 memenuhi kehendak mama juga

tapi sebenarnya mama hampir berpatah balik
bila .... terdapat halangan 1
tapi mama kuatkan hati
jadikan itu sebagai cabaran
syukur ya Allah...

Tuesday, January 14, 2014

ladap...


10.1.2014

mama beli sejak 1 Jan lagi
tapi tak de siapa yang nak tolong pasang
bila mama dah blablabla
akhirnya semalam 2 jejaka
yang gagah perkasa mencuba
bersungguh-sungguh,berpeluh-peluh
tapi...gagal

lalu pagi tadi angkat masuk kereta
nekad...balik sekolah nanti nak gi pulangkan balik
boleh ke? dah dua minggu...hari tu kata 3 hari je..
tapi nak dijadikan cerita...masa sarapan
borak-borak ...tertanya...
ohhh mudah ye tu....kata mahfuzah...


sambil hilai ketawa oleh teman2
haaa...kan malu betanya sesat jalan
nasib baik mama tak malu
akhirnya...trang tang tang...
berjaya....kagumnya I...kagumnya...
tqvm cikgu Mahfuzah...