Showing posts with label syukur. Show all posts
Showing posts with label syukur. Show all posts

Monday, December 28, 2015

beruntung

 Isnin : 28.12.15

di saat ini terada diri amat beruntung bergelar guru
saban waktu ada saja yang bertanya khabar
di alam nyata dan di alam maya
ada saja yang datang berkunjung
silih berganti
datang tetamu pasti membawa rezeki
membawa cahaya
bersama doa
malah...yang tak kesempatan datang
sentiasa berkirim salam dan
ada saja  doa yang dititipkan
di angin lalu...
melalui wsap...insta...fb
dan pelbagai saluran
terima kasih tidak terhingga
wahai anak2
moga doa kalian Allah dengar 
dan Allah terima
Amin....
 

Tuesday, March 31, 2015

memetik



2.12.2014 

awal pagi dah keluar dari hotel
kira angkut terus semua barang
dari alur gajah nanti terus balik rumah
 
hari ni detik bersejarah buat adik

hasil usahanya telah berhasil

penat lelahnya telah terbayar

doa kami telah Allah makburkan

mama tumpang gembira

kata adik bukan tumpang
tapi sama2 gembira

tahniah dik
syukur 
alhamdulillah




Saturday, December 6, 2014

pulang

29.10.2014

selepas subuh kami ziarah raudah 
untuk kali terakhir
sekembalinya dari sana 
sempat kami bergambar kenangan 
untuk hari2 terakhir

bila di hotel...
ruangan tempat makan kami dah kosong
dah kemas
nasib baik bahagian kumpulan lain
ada lagi teh dan roti
pengurus tempat tu pelawa kami
hiiii tq...tq..

selepas solat asar
kami meninggalkan hotel concorde madinah
ke lapangan terbang
alhamdulillah...dipermudahkan
amin

doa mama
 moga berpeluang lagi menjadi tetamu Allah
dalam masa terdekat ini
amin
 



taklimat

26.10.2014

hari ni ada taklimat
kerana pada 28 nanti kumpulan 1
akan berangkat pulang


 
dan 29 kami juga akan berangkat pulang
jadi ustaz memberi taklimat
tentang masa dan yang berkaitan

cepatnya masa berlalu
rasa belum puas di sini
Ya Allah janganlah dijadikan ziarah ini
 ziarah yang penghabisan untukku
 jemputlah lagi aku sebagai tetamuMu
tapi andainya sampai ajalku
dan ini adalah yang terakhir untukku
Kau kurniakanlah syurga untukku Ya Allah


ziarah madinah

20.10.2014

selepas sarapan kami dibawa ziarah
ke beberapa tempat

mutawifnya pelajar malaysia di madinah

dia menerangkan sejarah
dan menunjukkan tempat2 bersejarah 
sepanjang perjalanan


tempat pertama
kami dibawa ke masjid kubah


seperti biasa di pintu masuk berasak2

 

tapi alhamdulillah dapat tempat
dan dapat solat dengan sempurna

sementara menunggu ahli yang lain 
sempat jugalah bergambar


kami juga dibawa ke ladang kurma
(gambar tak berkaitan-lupa nak ambil)
abah membelilah juga
untuk keluarga di tanah air


juga dibawa ke bukit uhud
tapi mama tak  pergi ke kaki bukit
kerana cuaca panas dan jauh
jadi mama lihat saja dari jauh




raudah

19.10.2014


 kami dibawa oleh ustazah ke raudah
kami dikumpulkan mengikut kumpulan negara
ramainya...
walaupun lambat
tapi alhamdulillah
tercapai hajat
dan dapat laksanakan
 
 

Friday, December 5, 2014

tawaf


17,10.2014
 
setiap masa lautan manusia

walaupun bertingkat2

kalau di bawah...berpusu2...berasak2
kalau di atas jaraknya jauh
kami mencuba semuanya
mengikut keadaan
dan semuanya ada keistemewaan masing2
alhamdulillah




hudaibiyah

13.10.2014

ziarah ke  hudaibiyah


solat dan niat umrah
 

malamnya kami mengerjakan umrah

tak kira siang ke malam
orang tetap ramai
seperti semut
terasa terlalu kerdil

cuma malam cuaca tidak terlalu panas
syukur alhamdulillah
walaupun ramai tapi ada ruang untuk kami
besarnya kekuasaanMu Ya Allah


ziarah

11.10.2014

hari ni gi ziarah


kami dibawa ke jabal rahmah


2 tahun lalu semasa datang umrah
mama naik ke jabal rahmah
walaupun tak ke puncak


tapi kali ni
mama hanya bergambar tepi bas je
2 tahun telah meningkat usia
dan sudah terasa kekurangan tenaga
 


tapi...
di sini pun boleh berdoa
kan...kan...