Wednesday, June 27, 2012

Biar batil

peeeeeeeeep



Minggu ni adik balik...
yelah mesti nak jumpa mama kan?
mestilah...rindukan mama kan?
mama pun...















Pagi Sabtu pulak mama dan along ke CJ ambil Inn
Dia pun nak balik...
Naik je kereta... dia kata...
eiii kabus....
ok alosss kabuslah sangat...
jerebulah mek eiii...(ni mesti kes baru bangun tidur)

 
Sepanjang jalan...kami berbincang...mencadang ....memilih
untuk cari tempat makan....
beberapa tempat dicadangkan...
tetapi akhirnya kami makan di Bangi
tempat yang tidak tersenarai pun masa berbincang tadi...

Kami makan pagi atau tengah hari?
Entah...yang pasti nasi bersama lauk pautnya...
huuuss kenyang....



Balik rumah kami tunggu Su Nor dan Tok Mi...
Tapi...Tok Mi tak jadi datang...
letih...
Jadi kami tukar rancangan...
malam ni gi Cheras jumpa Tok Mi



Hari ni kami hidangkan Su Nor ,Pak Su dengan Rojak keling
dan apam balik
tapi....su nor tak makan sangat
pasal baru balik kenduri...


j

Jadi?
cuba teka...
Haaah!
Ya...betul...
Mama pun terpaksalah makan dengan bersungguh-sungguh
termasuklah popia dan pisang goreng yang Su Nor bawa...
Bak kata arwah mak besar...
biar *batil/batir dari bazir...(*sebenarnya mama tak pasti maksud tu)
(kukuh tak alasan tu?)

ziarah luar:Mekah

6.6.2012
Jabal Tsur
Jabal Rahmah
Padang Arafal


 Muzalifah













Mina






bertukar isi...

Eiii sian beg ni...
Hari tu penuh berisi...
hampir 2 minggu
menanggung beban...
berat tu...
nun...menjelajah...jauh sekali
sebahagian isi dah dikeluarkan...



dah bawa balik dah...
rehat sekejap je...
mama kosongkan perutnya...
biar dia rehat
tapi tak sampai 2 minggu...


sebahagian isi yang dah bertukar tempat


mama sumbat balik
kali ni yang tak bergosok...(tak sempat)
penuhhh.........berat....
tapi nak buat macam mana
terpaksa..


dipisahkan dari kawannya



sorry ye...and tq
(speaking sikit...mana tahu kot dulu dia berasal dari London)
tambah lagi kami sekarang berada di Goldcourse...
hihihi...








Tuesday, June 26, 2012

borong lagi...


17.6.12,hari Ahad....
Kami ke Melaka lagi...
hantar si bongsu...
dia minta mama hantar...tak leh naik bas...
ada alasannya tapi agak longar .




Mama letih sebenarnya...kerana batuk masih berirama
tapi...tak pelah...demi anak kesayangan...
tambah lagi along setuju nak pergi...
maknanya along boleh drive...




 
Along pun sebenarnya  beberapa hari ni ada ajak mama
makan ikan bakar...
oklah...bolehlah ambil kesempatan ini...
kerana semua anak boleh ikut kecuali angah.


Kali ni kami ke restoran lain pula...
tukar selera...atas cadangan adik....
sebenarnya sejak dulu dia cadangkan ke sini...
oklah kami ikut...kawasan dia katakan.
Di sini juga tak de ikan bakar
tapi tak pe kerana ada siakap 3 rasa
semua suka...


sebelum nasi sampai..
kami buka selera dulu dengan sate...
sedap juga....dan laju je...licin

Jadi sempena makan-makan ni...
mama nak borong sekali lagilah...
kira selesai semua....
jadi konon-konon hari ni mama belanja kerana...

Hari jadi Inn pada 7.6.2012 yang lalu...
Tak sempat nak sambut bersama-sama kerana
ketika itu kami jauh dari keluarga...
sedang mengerjakan umrah....
Selamat Hari Jadi Inn


Juga sebagai ucapan tahniah  kepada Izzat kerana
dah konvo pada 10.6.2012
Juga mama tak de tika tu...
Tahniah Izzat....

Juga sebagai ucapan terima kasih pada along
kerana membawa kami ke Alor Gajah..
dan singgah di sini...
Terima kasih along....


Sebelum sempat mama meneruskan ucapan...
adik menyambung...
juga sempena hari jadinya....
kihkihkih....sindir ye...
lambat lagilah dik...hujung tahun tu....
tapi untuk adik:
Selamat Belajar....hadapi dengan tabah
moga cemerlang akademik dan cemerlang sahsiah...

Hihihi....alang-alang memberi ucapan dan harapan
mama doakan (walaupun mereka tak de)
agar Kak Alzalia selamat melahirkan baby nanti
dan moga angah dan kak alzalia menjadi
ibu bapa yang baik.
Untuk abah?
Moga abah sihat
dan bahagia dengan hobinya...
hihihi...
Mama?
untuk mama pula...
moga cepat sihat...tak batuk2 lagi...
hihihi....kira borong habis-habisan
seperti sotong celup tepung ni...
tinggal seketul...
ini pun kerana nak snap...
mama legi hebat....borong hingga licin...

Saturday, June 23, 2012

Umrah kedua

9.6.2012


 Hari ni sepatutnya kami akan pergi ziarah ke Hudaibiyah...
Tapi malangnya setelah tunggu dan tunggu kami dimaklumkan
rancangan terpaksa ditunda esok kerana masalah bas.






Kami lalu mengambil keputusan untuk mengerjakan umrah.
Masing-masing berpakat untuk menyewa kenderaan.
Kami sembilan orang menyewa van ke Tanaeim.




Selepas bermiqat di Tanaeim kami dihantar berhampiran masjid.
Di sini kami berpecah kerana pergerakan kami lambat dari mereka

Tetapi semuanya selesai...
Alhamdulillah...

Friday, June 22, 2012

Umrah ketiga

 10.6.2012
Ziarah Hudaibiyah


Ladang unta


 
Miqat di masjid Hudaibiyah




Umrah



Thursday, June 21, 2012

makan dan makan...



 
Sabtu malam mama,inn dan along ke Suakasih...
nak jumpa Tok Mi kerana sejak balik hari tu
tak sempat nak jenguk tok mi
kerana kerja dan juga badan kurang sihat.


Pada mulanya rancang nak gi hari Ahad
kerana kesihan kat chik hari ni dia kerja...
tapi...esok banyaklah pula halnya...
Esok mama nak kena hantar adik Amirul ke Melaka
Juga hantar Inn ke CJ...
nasib baik along dah setuju  nak drive...
legaa
Tika mama sampai rumah Chik
su nor masih ada di sana,
jadi dapatlah jumpa si kecil lagi...

Chik pula...dalam dia sibuk dan letih baru balik kerja
kami dijamu juga dengan popia basah
dan nasi goreng....best
(nasi goreng tak sempat nak snap - sibuk makan)

Balik dari sana
soalan semasa perjalanan pergi tadi timbul balik
nak gi makan kat mana?
macam-macam cadangan...
akhirnya....
makan kat klinik chik...
mama suka cchop kat ni...
ala-ala melayu...
selingannya kerang bakar...
opppss...mama lupa...
mama makan beria2...
his..his...his