Sunday, June 30, 2013

Dengan Penyelaras Tingkatan

Tingkatan 1 - Nur Akmar
Akmar ayu ala-ala ratu
sesi petang dia membantu
sebagai penyelaras tingkatan satu
juga bahasa dikawal mutu


Tingkatan 2-Nazeha
Penyelaras Tingkatan dua ajar agama
semak kehadiran dan juga nama
yang baru datang dialu diterima
kerja dibuat bersama-sama

Tingkatan 3 - Mahfuzah
Mahfuzah penyelaras tingkatan tiga
mendapat maklumat mendaftar juga
berusaha dia sepenuh tenaga
untuk selesaikan yang tak terduga.

Tingkatan 4 - Azamima
 penyelaras tingkatan 4 pula azamima
petah berspeaking begitu ramah
adakan bengkel adakan ceramah
demi membantu murid yang lemah

Tingkatan 5 - Haslina
penyelaras tingkatan lima pula Haslina
data disemak murid dicakna
maklumat diisi hingga sempurna
untuk pastikan boleh diguna

burung & sangkar

 

 dah seminggu berkurung
berkurung dalam sangkar emas
bersama tugas dan amanah...



kini baru berpeluang
mengintai dari sangkar
(walaupun sekejap)
baru mata terlepas
tapi badan masih terkurung...


tak pelah...
last untuk Julai
Julai tahun depan tak merasa dikurung lagi
pasti rindu tika tu
mesti meronta2 minta dikurung(ye ke?)
hiii haiperbolalah sikit


tapi...
memang...detik-detik terakhir ni
kian terasa
kian terasa kekosongan itu
walaupun masih belum mengalami



Monday, June 24, 2013

gambang water park


15.6.2013


seminggu sebelumnya along merancang
nak jalan-jalan cari makan
mama ok je....tambah lagi 2 minggu cuti
tapi asyik ke sekolah je...
tak kemana-mana 

Cadangan mulanya nak ke CH
atau ke PD
atau jalan...singgah makan....balik
tapi rancangan tak jadi kerana tak cukup ahli
alya n keluarga bimbang bertembung dengan kesesakkan
(sekolah dah nak buka)

abah ke GM
Inn ke Bali
Adik ke Pangkor
Izzat ke Melaka....
mana best kami berdua je...


Lalu angah cadangkan pada 15 Jun
ke Gambang...
dah buka sekolah tu...
mama kena tengok jadual dulu
alhamdulillah....
Jadi walaupun tanpa adik
kami gi juga...(sedih tau)
mama dan abah sebenarnya 
hanya memenuhkan kuota
dah tak larat
semasa ke water park
abah berehat je kat bilik
mama berehat sambil tunggu alya tidur 

Mulanya Alya mandi kejap je
sejuk dan mengantuk
lepas susu terus tidur

bangun tidur dan makan
baru dia segar semula
pergi mandi lagi

Seperti biasa bila aktiviti keluarga
apa yang tersirat lebih penting
dari yang tersurat

dan sekali lagi mama bersyukur
bersyukur sangat-sangat
moga doa mama terus Allah perkenankan
amin....


Saturday, June 22, 2013

Dengan Kumpulan pelaksana


 10 orang wira dan wirawati
mereka menjadi penawar hati
kerja diberi tanpa dinanti
terima kasih daun keladi

Zaharah,Wan dan Filzh
Zaharah baru datang
Wan bersuara lantang
Fizah kelihatan matang
Tugas diberi mereka tantang
 Mazni
Cerita Korea amat minati
hingga menusuk ke sudut hati
tapi kerja begitu teliti
tetap tercapai yang dihajati

Ayu
 Di makmal bertugas Cik Ayu
orangnya lembut bermata kuyu
minta bantuan tak perlu rayu
terus dapat selembut bayu

Umi
di makmal Umi menghuni
buat begitu buat begini
lincah bergerak ke sana sini
seorang yang tegas juga berani 
Zul dan Faizan
 begitu ikhlas dua jejaka
orangnya mesra suka berjenaka
bila bantuan yang diminta
tanpa bertangguh barang seketika

wajah lembut juga manja
berhati tabah bersemangat  waja
walaupun sakit nampak bersahaja
kekuatan diri terus dibaja


 ke SMART barulah juga
tapi semangat semerah saga
fail pejabat mula terjaga
bersatu hati bergabung tenaga




Thursday, June 20, 2013

manja?






mama ingatkan dia dah berubah
berubah bersama penghijrahannya
moga dia diberi hidayah




tapi
rupanya masih sama
tentang tugas....semua orang kena ada(manja?)
tentang masa....mesti balik lewat(manja?)
tentang bicara....di depan lain di belakang lain
tentang rekaan...belit-membelit
tentang emosi...melenting
tentang sikap...melaga-lagakan
masih sama


malah
masih berbau ugutan
cuma
jika dulu ugut berpindah
kini ugut bersara(eiiii takutttt)
hampir sama



tapi
istilah yang diberi oleh seorang teman
agak lembut
katanya
'dia' manja



pada mama yang dah kenal
berpuluh tahun
itu bukan manja
tapi dengki...





ishhh masih tak berubah
yelah dah sebati...

dengan panitia bahasa melayu


GKMP

Pn.Norainun  GKMP dedikasi
mengikut visi dan juga misi
bersama-sama  meningkat prestasi
moga realiti bukan fantasi

  KP

Pn.Nornie KP pagi
sudah senja tak balik lagi
menggali idea membentuk strategi
untuk beroleh kedudukan tinggi

Pn.Soleha

 Pn. Soleha  guru cemerlang
diajar dididik berulang-ulang
harapan tinggi tak pernah hilang
menjadikan padi bukannya lalang

Pn.Nirmala

















 Guru seterusnya Pn.Nirmala
wajahnya cantik semanis gula
memberi bantuan tak kira bila
untuk membaiki yang cacat dan cela

Pn.Norlida

Cita-cita Pn Norlida setinggi bukit
usaha diberi bukan sedikit
terus menerus tak kira sakit
supaya semangat kembali bangkit

En.Roslan

 En.Roslan tak mudah panik
cuba atasi masalah kronik
dengan menyedia modul dan teknik
agar prestasi semakin naik

Pn.Norzaiyana

 dari ICT ke bidang bahasa
Pn. Zayana mengubah rasa
berusaha gigih tak kira masa
demi cemerlang nusa dan bangsa


Cik Nurfaeezah

 kecil-kecil cili padi
Nurfaeeza cantik juga budi
mendidik mereka selagi sudi
yakin usaha pasti menjadi

 En.Zaib

En.Zaib petah bicara
semangat berkobar kian membara
kerja diberi tidak berkira
jika kena dengan cara



Wednesday, June 19, 2013

dengan AJK Disiplin


berbincang sesama rakan
berkerja dalam satu pasukan
masalah disiplin cuba selesaikan
sahsiah dan akhlak cuba tingkatkan

SU DISIPLIN

SU Disiplin dalam genggaman
Tindakan berhemah Ustaz Sulaiman
Memastikan sekolah sentiasa aman
Membentuk akhlak ke akhir zaman

Khairull dan Mahadi:


Sir Khairull dan Ustaz Mahadi
sama-sama mencurah budi
memastikan sahsiah menjadi
bersama denyutan nadi

Azamima, Nor Haniza dan  Hindon:


tiga sekawan turut berbakti
sumbangan diberi tak henti-henti
tak kira masa walaupun cuti
memberi maklumat memberi bukti


 Nik

 
tugas diberi terus terima
disiplin dibantu diberi kerjasama
 membantu yang baru juga yang lama
agar sekolah mendapat nama

Lum
 setiap bulan telah diminta
mengemas kini maklumat dan data
perlu teliti setiap fakta
untuk membuat peratus purata

Ibrahim
tak kira yang bongsu atau yang sulong
 tetap memanggil gelaran pak long
sering membantu sering menolong
meredakan yang menjerit dan melolong

Haniza
berusaha menabur jasa
memberi idea agar selesa
untuk menyemai budi bahasa
yang janggal menjadi biasa

Nizam,Kumar dan Kamarul


Mereka bertiga besar sumbangan
saling berfikir memberi cadangan
untuk atasi segala halangan
malah membaiki segala kekurangan

Hasmah

hujan dan panas tiada hairan
setiap masa memberi teguran
sama ada dalaman atau luaran
 sambil membaiki setiap laporan

Hasbullah

















berkerjasama turut membantu
meleraikan apa yang buntu
demi mencapai matlamat yang satu
 meningkatkan disiplin ke tahap jitu

Nur Akmar

 budi diberi tidak tersukat
 dengan usaha dan juga bakat
hasil kerja secara sepakat
tentu saja membawa berkat

Mat Zaib

masalah disiplin cuba tangani
dengan menyemai nilai-nilai murni
demi kepentingan masa kini
agar selesa dunia dihuni

Tengku
 masih muda semangat berapi
kerenah murid cuma hadapi
yang terlajak bawa ke tepi
ingatkan kenyataan bukannya mimpi