Sunday, June 30, 2013

Dengan Penyelaras Tingkatan

Tingkatan 1 - Nur Akmar
Akmar ayu ala-ala ratu
sesi petang dia membantu
sebagai penyelaras tingkatan satu
juga bahasa dikawal mutu


Tingkatan 2-Nazeha
Penyelaras Tingkatan dua ajar agama
semak kehadiran dan juga nama
yang baru datang dialu diterima
kerja dibuat bersama-sama

Tingkatan 3 - Mahfuzah
Mahfuzah penyelaras tingkatan tiga
mendapat maklumat mendaftar juga
berusaha dia sepenuh tenaga
untuk selesaikan yang tak terduga.

Tingkatan 4 - Azamima
 penyelaras tingkatan 4 pula azamima
petah berspeaking begitu ramah
adakan bengkel adakan ceramah
demi membantu murid yang lemah

Tingkatan 5 - Haslina
penyelaras tingkatan lima pula Haslina
data disemak murid dicakna
maklumat diisi hingga sempurna
untuk pastikan boleh diguna

2 comments:

Anonymous said...

Untunglh jadi penyelars...

Unknown said...

budi dikenang...