Wednesday, October 31, 2012

ready...1...2...3...








Ibu dan anak




Ayah dan anak




Nenek dan cucu






 Kakak dan adik


Moyang dan cicit



Ibu,anak,cucu,cicit

Monday, October 29, 2012

hidangan di suakasih



Raya Haji  tahun ni kami sepakat beraya di Suaikasih
rumah Chik kerana 
tok mi ada di sana
dan Chik dan Tok Mi buat korban


Jadi selepas solat sunat raya
kami ke sana
mula-mula nampak
biskut raya ni....
buat ke tunjuk?


Biasanya bila ada makan-makan
selain masakan tuan rumah
kami adik beradik akan bawa
sedikit makanan
ala-ala potluck


Kali ni chik masak rendang


markoni goreng



spaghetti

mama bawa pulut kacang


Teh bawa ketupat nasi


Cik Ngah bawa nasi dagang dan sate



Acik buat (bawa) lemang



ni agar-agar (beledo)dari su nor



yang ni daging pacak yang baru dibakar
panas-panas gitu...



Sunday, October 28, 2012

tahun ini



Hari Raya Haji tahun ni jatuh pada hari Jumaat.
Hari Khamis sekolah mama dah cuti
ambil cuti peristiwa
tapi mama tetap ke sekolah
kerana SPM dah tak lama.


Tahun ini sekali lagi mama dan keluarga
berhari raya haji di rantauan.
(sebenarnya raya haji kami jarang balik kampung
kerana cuti pendek)


Tahun ni Chik jemput berhari raya di rumahnya
pada hari raya pertama.



Jadi...mama masak pulut kacang
untuk dibawa ke rumah chik
atas permohonan tok mi.


selain tu...
mama masak juga nasi impit
bersama -sama membernya
iaitu kuah kacang dan rendang.


untuk memeriahkan meja
di pagi raya...
kami masak juga spaghetti
kerana selepas solat raya kami ke Suakasih.

Saturday, October 27, 2012

bengkel & bday


25.10.2012
cuti peristiwa
tapi mama datang juga ke sekolah
sekadar memberi sokongan moral.


walaupun orang lain
dah pun menuju kampung halaman
atau ada yang bersiap untuk
masak rendang,nasi impit dan sebangsa dengannya
tapi kami masih di sini
demi anak-anak kesayangan


kami tinggalkan sekejap adinda lan
untuk bersarapan dan membawa balik
kepada penceramah.


oooo rupanya hari ni
bday liza....
jadi mama belanja roti canai
konon-konon sambut bday lady


walaupun sekadar roti canai dan nasi lemak
tapi tetap ceria
maklumlah belanja dengan kasih sayang



setelah makan dan bawa bekalan
pada yang ditinggalkan
kami balik semula ke sekolah.
Akhirnya alya pula yang datang...
dan sekali lagi kami tinggalkan sekejap
beli barang untuk esok...
ahhhh




Friday, October 26, 2012

imbas kembali

cheese cake  buatan BTHO
21.10.2014
sebenarnya dari semalam si puteri
ajak mama ke JJ
beli barang untuk dia bawa ke asrama
tapi hari tu amatlah sibuknya


pagi ke sekolah
ada bengkel BM SPM



Tengah hari ke De Palma
Hi- Tea Koperasi Sekolah


Malam ke KDE
Jamuan Akhir Tahun Pengawas


hussss jadi baru hari ni lega sikit
selepas ke JJ 
hantar pula dia ke CJ
kerana jika petang abah bimbang hujan
dan jam pulak


Balik dari hantar si puteri
kami terus ke BTHO
jumpa Tok Mi
kerana rasa dah lama tak jumpa
walaupun baru seminggu


Hihihihi memang rezeki kami
bila kami tiba kek cheese baru
masak manja-manja
oiiii  best gitu...panas-panas
nak makan banyak...malulah pulak


Petangnya kami ke Hotel Hilton PJ pulak
ada kenduri malamnya....
tapi kerana nak ambil bf abah
dan bimbang jam kami pergi sebelum magrib
dan solat di sana.


maknanya hari ni pun macam semalam
penuh dengan acara hingga larut malam.
hihihi...letih juga badan tua ni...