Saturday, May 31, 2014

ku mohon pergi dahulu



Terima kasih pengacara majlis
Assalamualaikum dan selamat pagi

Yang dihormati Pn.Zaitun Zainal Pengetua
Semua Penolong Kanan,
Semua GKMP
En.Luqman Mat Nasib YDP PIBG
Semua AJK PIBG
Semua rakan guru
Dan anak2 yang dikasihi.


Masa dan detik hampirlah kini
tinggal dua hari saja lagi 
Untuk kaki melangkah pergi
meninggalkan teman  yang baik budi
meninggalkan anak2 yang tinggi pekerti
dan meninggalkan dunia pendidikan yang telah sebati




Alhamdulillah tiba juga detik ini
Gembira,sayu, silih berganti
Gembira, kerana hajat tertunailah kini
Sayu, kerana bakal meninggalkan yang disayangi
Maklumlah tempat jatuh lagi dikenang
Inikan pula tempat berbakti....


Yang  pastinya nanti
Cikgu akan rindu pada ragam anak2,kerenah anak2
dan
gelak tawa,senda gurau,sebak tangis teman2


anak2 ingatlah...
Hati cikgu kasih bersemi          
Pautan rasa ibu dan anak
Anak2 mengharap sejambak budi
Cikgu memberi setulus naluri
Bersama membawa harapan nan suci
Agar berbuah kejayaan abadi


Anak2,
Dengarlah pesanan cikgu yang terakhir ini
Usaha perlu setinggi awan
Semangat menggunung  jadikan  permulaan
Barulah kejayaan dapat ditantang
Kerana yang bulat takkan bergolek datang
Yang pipih tidak datang melayang


Dalam usaha ilmu dicari
Untuk menjadi bijak bestari
Jadikan sahsiah pakaian diri
Kerana kita
Bukan hanya mengejar duniawi
Juga untuk bekal ke alam hakiki
Agar tak kekok ke mana pergi


Jadi jangan
Sebelum berendam takutkan basah,
Itu petanda sudah mengaku kalah.
Sebelum berjemur takutkan lekang,
Itulah tandanya tak sanggup berjuang.


Anak2
Beban sedikit menjadi berat,
Kalau perasaan malas  tidak diubat,
Sabar itu penghilang penat.
Tekun itu pencapai hajat,
Ikhlas pula membawa berkat...
 
Doa cikgu
Semoga anak2 diberi kelapangan dan ketenangan,
Dijauhi segala kekaburan, dihindari segala kemungkaran,
Agar perjuangan akan berakhir dengan kemenangan,kejayaan



untuk bekas murid2 cikgu,
terima kasih wahai anakanda
memang cikgu tidak menduga
anakanda sudi meluang masa
untuk bersama buat seketika
rasa terharu tidak terkata
terima kasih tidak terhingga


Akhirnya
Ampun maaf andai kata sepanjang kita bersama
Teguran cikgu menguris rasa
Pesanan cikgu tersalah bicara
Tindakan cikgu  tersalah tingkah
Ada kesalahan di mana2


Tapi percayalah
Apa yang cikgu lakukan
Kerana sayang cikgu  pada anak2
Kerana ingin mendidik
Ingin membentuk
Untuk melihat anak2 berjaya
Dunia akhirat

selamat tinggal anak2,jaga diri



Bersiul riang burung kenari
Hinggap mari di tengah laman
Kenangan bersama memahat memori
Tautan kasih sepanjang zaman


Dengan itu cikgu sudahi ucapan cikgu  dengan sebuah lagu yang akan dinyanyikan oleh Pn.Haniza Arif dibantu oleh anakanda Talha dan Denial untuk menzahirkan kata hati cikgu.

Dipersilakan

 

Selamat tinggal bungaku
Aku bermohon pergi dahulu
Terima kasih seruanku
Jasamu untuk diriku

Ke timur atau ke utara
Tak tentu mana nak tujukan
Setitik airmata
Dititiskan dibuang jangan

Sekiranya aku  masih
Berada nun jauh di balik awan
Salam yang bahagia
Khabar yang gembira ku kirimkan

Inikah akhir bertemu
Bila nian kan berjumpa lagi
Ingatlah pesananku
Jaga baik dirimu sendiri 







Thursday, May 29, 2014

sekalung penghargaan seiring jalan


18.5.2014 


Di Kelab Golf Bukit  Rahman Putera
 
 

Pendaftaran

ketibaan 

bergambar


persembahan slide

ucapan aluan dan bacaan doa


ucapan Pn.Jamaliah Buang
Naib Pengerusi KPJ Daerah Gombak


Amanat En.Sulaiman Bokhari
Pegawai PPD Gombak

warkah terakhir seiring jalan:
Pn.Normala Abdullah

  

warkah terakhir seiring jalan: 
Mama


 warkah terakhir seiring jalan: 
Pn.Chow Yuet Kuen
 
 warkah terakhir seiring jalan:
Pn.Siti Aishah Ismail
Pengerusi KPJ


Penyampaian cenderamata


Bersurai











dari PIBG



Terima kasih PIBG
hadiah sebelum pergi
setelah berakhirnya bakti
kepada putera dan puteri
tanda terpahat di hati
moga lena tidurnya nanti
ketika tinggal sendiri
akan mengimbau memori
terima kasih sekali lagi



gula2


kata dinda pengacara majlis
hari ni mama hanya terima gula-gula
nanti akan menyusul tiba
kias ibarat orang beradab

door gift

 kek mini bday

inilah gula2nya
dari Kelab Keluarga SMART


walaupun hanya gula2
tapi amat bermakna
terasa kemanisan dan keenakan
terasa keikhlasan pemberi
terima kasih semua....







ex-pk



PKku
kakakku
temanku
thank you

keronsang berwarna
menarik di mata
bersama shawl juga
terlekat di dada 
moga kasih kekal sentiasa


Pandora


 dari bilik ketua panitia
berkongsi 11mak dara
hadiah kasih seutas pandora
terima kasih tidak terkira


1. Zam guru cemerlang
turut sama memberi sumbangan
pasti dengan kasih sayang
gembira hati bukan kepalang 

 

2. Ina penyelaras tingkatan lima
 mewakili mak dara ke Habib Jewals
 akhirnya hajat mereka terlaksana
terima kasih  wahai dinda 
 
3.Suzana banyak senyum dari berkata
bersama Ina ikut serta
supaya dapat sepakat sekata
pilihan bersama memenuhi citarasa


4. Yus SU Sahsiah
pandora dibeli telah diserah
 pilihan mereka tak salah
tangan hamba kini terserlah

 
5.Hindon pula teman setaman
SU 3K memberi sumbangan
pandora disarung ke tangan
akan dikenang ke akhir zaman

 
6. Ani teman senegeri
terima kasih daun keladi
pandora bernilai telah diberi
akan mekar di sanubari


7.Mahfuzah penyelaras tingkatan tiga
hari kejadian dia tiada
balik kampung melihat mertua
moga cepat sihat dan bahagia



8. Haniza guru pengawas
banyak dugaan tapi tak tewas
 pandora diberi tapi...awas
mesti dipakai tanpa was-was
(hiiiii)


9.SU SPM tugas Azah yang baharu
 kerja dibuat tanpa diburu
pandora dihulur bagai diseru
buat hati rasa rasa terharu

 10. Yana AJK  jadual waktu
ketika memangku dia membantu
11 orang bergabungsatu
 dapatlah pandora yang cantik gitu

11.Pn.Noriah seorang pengasih
pandora lambang sayang dan kasih
sekalung budi jujungan kasih
moga ingatan tiada tersisih.