Thursday, May 31, 2012

Sehari sebelum...


 Sebelum tiba waktunya
mama terima hadiah ni



'
dari 2 Izz



 Izz perempuan beri awal kerana pada tarikh itu
dia akan ke Langkawi...
 Izz lelaki beri awal kerana
kakaknya  dah beri...

terima kasih.kerana mengingati
ini tambahan
sekembali dari langkawi
mama sukaaa...


3 saudara

29.5.2012
bermaafan

doakan...

(ada macam wajah mama ke?hihihi)
buat suami dan anak-anak tercinta
adik-adik tersayang
teman2 seperjuangan
sanak saudara(yg tahu dan yang tak tahu)
siapa saja yang terbaca blog ni.....

doakan mama,tok ,mi dan inn ye...
moga kami sihat walafiat
mama tak deman lagi
moga batuk mama melarikan diri
moga semua penyakit tidak singgah
moga tenaga bertambah
amin.


moga Allah perkenankan doa kita
dipermudahkan urusan
dapat menjalankan ibadah dengan sempurna
dapat beramal sebanyak mungkin
 dan moga kami pergi dan pulang dengan selamat


amin.
doakan ye...

Wednesday, May 30, 2012

makan malam


 Perjumpaan keluarga: 29 Mei 2012 (Selasa)


Sebelum Tok Mi balik Besut
Tok Mi bisikkan hajat
nak berkumpul dengan anak-anak
sebelum mengerjakan umrah.



 Mama terdiam kerana...
badan tak sihat...deman dan batuk-batuk
letihhhh...


tambah lagi...
urusan tak habis-habis...
kerjaya dan peribadi...





 Tok Mi macam faham
dia beri cadangan untuk tempah makanan di kampung tercinta..



 Macam mana nak ambil Tok Mi nanti?
Hari tu mama ada kelas tambahan...
dipermudahkan...beri kepercayaan pada Inn
walaupun dia tak pasti jalan ke LT Subang.

 

 melegakan....
apabila Izzat dengan yakin mengatakan
dia tahu untuk ke sana
jadi mereka berdua ditugaskan untuk
mengambil Tok Mi dan Aqi



Alhamdulillah mereka selamat tiba
tika mama masih rancak mengajar.
Balik tu mama tambah ala kadar





Sebenarnya semalam mama dah buat bledo bodo
Sebabnya:
1.hari tu tok mi ada sebut dia terliur  tengok di kedai
2.sebab tukang masak letih nok buat hok cerdik2
3.tak den maso(maso lari, tok den nok hambat)




Mama jugak buat doh puding reka2
@ puding mesir...



 Lepas Maghrib anak-anak
mengambil tempat dan tugas
mereka mula membakar...



 Haaa...ini sebahagian ahli...
makan mengikut kehadiran...
seronok bila melihat mereka gembira...

Terima kasih semua
yang dapat datang dan memeriahkan suasana.


 Tapi...
Si puteri malam ni agak pendiam...
mungkin kejutan...biasa sunyi
tiba-tiba gegak gempita




Di saat-saat akhir...
menyedari tiada/kurang bahan bukti
lalu merayu agar wajah dirakam...
tapi masih tak cukup bahan bukti...
tak pe nanti mama cilok dari wartawan lain...
tungguuuu...


Monday, May 28, 2012

sebelum,semasa dan selepas


Sehari sebelum tiba detik itu:
 mama dah tak sedap badan
mama mesyuarat KPJ di PPD
Tika di sana mama menerima berita
Pemantau dari JPS akan datang esok.
huhuhu...hadiah HJ ke?
 Tapi..Sempat makan



Detik itu:
Kami dikunjungi-Alhamdulillah selesai
lega walaupun letihhh sangat
deman dan batuk menjadi-jadi
Jadi...mama terpaksa batalkan dating dengan abah malam ni.

Selepas detik itu
deman dan batuk makin teruk
jadi mama ambil mc
konon-konon nak rehat
tapi....mama ke serata alam
untuk selesaikan semua....
aduh....huhuhu...
 eiiii yang peliknya walaupun
deman dan temperature terlalu tinggi
batuk bagai halilintar
mulut pahit lepan
lecah je...
tapi selera tetap ok

Alhamdulillah...

Sunday, May 27, 2012

relief je...



Amaran:
Gambar-gambar di bawah ini hanya hiasan semata-mata.
Kena sikit-sikit je pada yang hidup
Tapi...
tak de kena mengena pada yang dah meninggal dunia.
Harap Maklum.
 

 

18.5.2012 : Jumaat
Kata seorang teman,
 mama macam tak de perasaan....
bila mama diam membisu
tak terkata
tak tahu nak komen
mama hanya mendengar dan menilai

mama jadi menyampah
bosan...
huhhh....terlalu berkira
tidak ada keiklasan
Isunya: Relief
Itu je ke?
alahai...
Jom kita gi makan
Kat mana?
Mana lagi....JJ le...
Nota:
Mama mula tertanya
wajah mama dah tak boleh menipu ye?
gerak hati dapat dibaca...
oooo bahaya ni!!!

Thursday, May 24, 2012

3 wajah

 19.5.2012-malam
 Pizzaa & Arokaya
 
Wajah Penaja

Wajah Pesakit

wajah penerima





mudo lagi ....

23 Mei datang lagi
mengingatkan mama pada mereka
mereka yang memberi peluang kepada mama mengenal dunia.
Terima Kasih Mi dan Bat....

Hasil kasih sayang mereka
lahirlah puteri comel ini(sungguh......come sungguh)
hihihi....dah mula masuk bakul...

 
Sejak lahir , mama bergelar kakak
kakak kepada  5 orang adik yang penyayang
yang memberi ruang yang luas
untuk mama mengecapi kebahagiaan.
Terima kasih adik-adik...
Dari lima...kini mama punya 10 orang adik...
Maka bertambah kaya mama...
sungguh....kaya dengan kasih sayang meraka
Syukur Ya Allah....


walaupun mama tak berpeluang dipanggil adik 
tetapi...mama tetap bahagia...

Mama mula menghitung jari...
tak cukup
renung jari kaki...juga tak cukup

bayangkan...
jika mama atur lilin pada kek
agaknya sebesar mana kek tu?
oooo besar jugak ye kek tu....


Tapi...
itu bukan bererti mama dah tua...
umur je yang bertambah(tak sama ke?)
Tapi....
realitinya....mama dah penat meniti hidup...
letih...

Hanya yang memberi kekuatan ialah...
hubungan kita...
kasih sayang kita...
terima kasih semua kerana memberi
peluang kepada mama sentiasa diselimuti kebahagiaan.