Monday, January 24, 2011

Seimbas lalu

Sempena persaraan Puan Noraini Ibrahim
Encik Zaid telah menyampaikan sebuah sajak
hasil ciptaannya sendiri
yang bergitu berkesan

SEIMBAS LALU-Zahid At-tarmizi

Dari simpang yang bersiur

perjalanan yang panjang

ku lalui denai berliku

semuanya ternoktah di sini

Ku bakal tutup sebuah diari

perjuangan penuh onak dan duri

dilambung ombak dan gelora

ku betah bertahan hingga garis penamat

Sebatang kara ku meniti

menginjak dewasa hingga kini

hari-hari ku titip kasih

hari-hari ku titip pesan

buat mereka yang ku gelar pelajar

Akhirnya...

ku lucutkan sebuah nama bergelar guru

martabat mulia pendidik jiwa

selamanya aku begitu

sekali aku bermula

akan ku akhiri dengannya jua

Terima kasih sahabatku

terima kasih buat mereka yang tahu

puluhan tahun aku berhamba diri

menyingkap kisah, sejarah dan cereka

menebar seribu erti

menyimpan sesak jiwa

sesekali dibilas air mata

Akulah hamba

akulah ibu

akulah guru

akulah sahabat

buat mereka yang memahami...

Kesekian kali

selamat tinggal buat semua

izinkan ku pergi dengan hati yang murni

ku tinggalkan pesan untuk dihayati

"senyumlah walau disakiti

gelaklah walau hampir mati

ketawalah seikhlas hati

berjalanlah dengan gaya sendiri

duduklah di kerusi milik hakiki"

Pertemuan kita hujungnya di sini

berjauhan di mata erat kekal di hati

semua fail kenangan

ku bungkus ku bawa pergi

menoleh ke belakang tanda permisi

Hanya seimbas lalu

aku pernah ke mari

bertamu penuh erti...

Sunday, January 23, 2011

Januari III

23.1.2011-Ahad
Hantar kunci kepada mantan pengetua

Pertemuan 3 sahabat di JJ

Ke Cyeber Jaya
Ke Cheras

Abah balik dari Gua Musang

24.1.2011-Isnin
Hafiz masih kurang sihat
ke JJ

25.1.2011-Selasa
Ke Carefore


26.1.2011-Rabu
Mesyuarat Pentadbiran

Ke Klinik Sungai Long-Hafiz
May Bank-Honey

27.1.2011-Khamis
Operasi Ring-Ring

JJ-urut

Ke CT Bank-tak jadi kerana
*kesesakan jalan raya
*sukar cari parking
*tertukar kad-hahaha...sudah jatuh ditimpa tangga

Untuk menghilangkan geram dan kelaparan
kami pergi makan
kedai dekat masjid Keramat
hihihi...hasil tak ada tapi upah 'over-over'


28.1.2011-Jumaat
Tazkirah sekejap saja kerana mendung akhirnya mengeluarkan isi...hujan

Ke Puterajaya-selesai...amin

Ke Cheras

29.1.2011-Sabtu
Rumah Kak Julia-takziah kerana cucu meninggal dalam perut.
Ke Suakasih

dan jemput Huymaira balik ke Suasana Ketinggian


30.1.2011-Ahad
Show AllShow All

31.1.2011-Isnin
Bertugas di Sekolah
Ros datang-menjemput

Ke Gua Musang

kronologi lambaian kasih



Hotel Coral:Khamis 20.1.2011
2 petangLambaian kasih
jasamu dikenang

ketibaan


doa

ucapan Puan Hamidah

ucapan Puan Noraini Nordin


ucapan Puan Noraini Ibrahim


ucapan pengetua

makan

video

persembahan kak ani dan nik

persembahan pengetua

hadiah



kek


bersalaman


bergambar
lambaian terakhir