Pada 20.1.2011 kami warga Smart telah berkumpul di Hotal Corus
bagi meraikan persaraan dan perpisahan 3 Nor(Cahaya)
iaitu
Noraini Nordin
Noraini Ibrahim
dan
Normah Omar
iaitu
Noraini Nordin
Noraini Ibrahim
dan
Normah Omar
Untuk Memberkati majlis ini
Ustaz Sulaiman telah memimpin
bacaan doa
yang begitu berkesan dan mengusik hati
hingga mutiara jernih
tidak dapat bertahan dalam kolamnya.
Ustaz Sulaiman telah memimpin
bacaan doa
yang begitu berkesan dan mengusik hati
hingga mutiara jernih
tidak dapat bertahan dalam kolamnya.
D0anya:
Ya Rahman,Ya aziz,Ya Ghaffar
Pada saat dan detik yang bersejarah ini,
kami menghulurkan tangan pengharapan,
memohon Ehsan dan RahmatMu,
agar Engkau anugerahkan kesejahteraan,
taufiq dan hidayah,
juga kesabaran,ketabahan dan kekuatan
kepada Puan Noraini Ibrahim dan Puan Noraini Nordin
yang telah bersara.
Kurniakanlah bagi mereka
kehidupan yang penuh keredaan,kegembiraan,
keceriaan dan kebahagiaan
serta dikurniakan dengan kesihatan,kesejahteraan,
ketenteraman dan ketenangan.
Ya Rahman,Ya aziz,Ya Ghaffar
Pada saat dan detik yang bersejarah ini,
kami menghulurkan tangan pengharapan,
memohon Ehsan dan RahmatMu,
agar Engkau anugerahkan kesejahteraan,
taufiq dan hidayah,
juga kesabaran,ketabahan dan kekuatan
kepada Puan Noraini Ibrahim dan Puan Noraini Nordin
yang telah bersara.
Kurniakanlah bagi mereka
kehidupan yang penuh keredaan,kegembiraan,
keceriaan dan kebahagiaan
serta dikurniakan dengan kesihatan,kesejahteraan,
ketenteraman dan ketenangan.
Allahhumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah
Ya Allah,tuhan yang maha pengasih dan maha penyayang
Kepada pengetua kami yang akan meninggalkan kami
dan berpindah ke sekolah baharu
mudahkanlah baginya segala urusannya
jadikan beliau seorang yang dihormati,
dikasihi dan disenangi oleh guru-gurunya
sediakanlah baginya suasana
yang lebih tenang,damai dan tenteram
agar beliau dapat terus memimpin
dan menabur bakti ke arah
kecemerlangan anak bangsa kami.
Ya Allah,tuhan yang maha pengasih dan maha penyayang
Kepada pengetua kami yang akan meninggalkan kami
dan berpindah ke sekolah baharu
mudahkanlah baginya segala urusannya
jadikan beliau seorang yang dihormati,
dikasihi dan disenangi oleh guru-gurunya
sediakanlah baginya suasana
yang lebih tenang,damai dan tenteram
agar beliau dapat terus memimpin
dan menabur bakti ke arah
kecemerlangan anak bangsa kami.
Kepada kami yang ditinggalkan ini
kurniakanlah kepada kami
seorang pengetua baharu sebaik pengetua kami ini
atau yang lebih baik
agar sekolah kami terus cemerlang dan gemilang.
Ya Allah,hanya engkau yang maha mengetahui
apa yang terbaik untuk kami
Allahumma Ya 'Alim wa Ya QadhialHajat
Ya Allah Ya Tuhan kami,
kurniakanlah kepada mereka
ganjaran yang berterusan ,
syafaat dan keredaan
atas segala jasa dan pengorbanan
yang telah mereka curahkan sepanjang berkhidmat di sekolah kami.
Kau limpahkanlah rahmat dan berkatMu
sebagai ganjaran kepada semangat juang
yang tidak pernah mengenal erti putus asa
dalam memikul tanggung jawab
sebagai pendidik,pemimpin dan ibu
yang sentiasa berusaha menyumbang
tenaga,idea dan kepakaran
demi kecemerlangan anak bangsa.
Mudah-mudahan segala jasa,pengorbanan dan semangat mereka
menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan
sebagai seorang insan pendidik.
Ya Zal Jalali Wal Ikram
Kurniakanlah kepada kami
kesihatan yang berpanjangan
kesejahteraan yang sempurna
fikiran yang waras
minda yang cerdas
rezeki yang halal
zuriat dan generasi yang beriman
serta kurniakanlah kami
segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat
Ya Allah Ya Tuhan kami
jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang dirahmati
dan jadikanlah perpisahan ini
sebagai perpisahan yang diberkati.
Kurniakanlah kepada kami
kesihatan yang berpanjangan
kesejahteraan yang sempurna
fikiran yang waras
minda yang cerdas
rezeki yang halal
zuriat dan generasi yang beriman
serta kurniakanlah kami
segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat
Ya Allah Ya Tuhan kami
jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang dirahmati
dan jadikanlah perpisahan ini
sebagai perpisahan yang diberkati.
No comments:
Post a Comment