Wednesday, January 12, 2011

Si mesin


Sebelum pantai timur dilanda banjir
rumah mama terlebih dulu dilanda banjir...
berpunca daripada si mesin basuh.

Entah di mana silapnya tak tahu
setiap kali membasuh,air mengalir keluar
entah dari mana...
dah buat laporan pada abah tapi tiada tindakan
mungkin kerana
-abah tidak terlibat dalam urusan mendobi
-abah balik dah lewat-operasi sudah selesai

Hinggalah pada satu pagi minggu...
mama buat operasi di bahagian atas dahulu
abah turun ke dapur lebih dulu daripada mama
barulah abah dapat saksikan sendiri kesan banjir
kerana membasuh pada malamnya...

Maka abah mula simpati
berkira-kira untuk membaikinya...
Tetapi seperti biasa mengambil masa yang agak lama(hihihi)
sebelum si mesin ditemukan dengan doktornya...
si mesin bertambah tenat...tak boleh berfungsi lagi...

Hihihi...kali ini abah mula bertindak
membawa mesin basuh ke kawasan luar
lega hati mama...
tapi rupanya setakat itu saja...
seminggu si mesin bermastautin di situ
kami mula gelisah...kain mula menimbun

Terpaksalah kami menggunakan cara lama...
Akhirnya sampai juga si mesin itu ke klinik
hasil desakan demi desakan
Empat hari selepas itu balikllah si mesin
husss...mahalnya cas rawatan....


tapi sayangnya apabila digunakan- berfungsi....
tapi...
rumah mama masih dilanda banjir....

Walaupun banjir kami terus menggunakannya
sebelum dihantar semula....
huhuhu....teringat si mesin lama
yang berkhidmat berbelas tahun tanpa meragam
tapi yang ini....baru beberapa tahun....
manjanya dia....

Hasil cucian mengunakan si mesin
walaupun dilanda banjir

1 comment:

kaktus said...

mesin nak bermanja