Showing posts with label ikatan. Show all posts
Showing posts with label ikatan. Show all posts

Monday, December 21, 2015

my soulmate



Isnin : 21.12.15


hari ni badan rasa letih...lesu
sempat kemas dapur sikit je
basuh yang kat sink sikit
terus naik atas
rasa lemah
kenapa ye
apa yang berlegar di minda?
huss...huss...pergi jauh2
perlu cari ubat...cari semangat
mama godek hp sambil baring2
baca..ulangkaji...
rasa bagai penawar
sedikit lega...





 












tqsm my dear sis
rasa amat lega
entah kenapa...








Wednesday, December 3, 2014

pratunang

10.9.2014

inilah sebabnya mama balik kampung
anak saudara mama nak bertunang
tapi...sayangnya tanpa diduga pada tarikh yang sama
mama dan abah ada hal
jadi untuk meraikan...
sebagai tanda sayang kami...
kami balik juga
walaupun sekejap


mama doakan moga majlis berjalan lancar
dan ikatan ini akan membawa kebahagiaan
buat kak dan pasangan

 



Sunday, November 23, 2014

tunang


 

 29.7.14



dari rumah kami ke HBKB dulu


melawat Zaib yang sakit...baru semalam dikejarkan ke hospital



sedangkan hari ni berlangsung
majlis pertunangan puteri tunggalnya


Alhamdulillah
majlis berjalan lancar
 



Monday, November 10, 2014

sebelum

7.8.2014
rehat kejap
selepas menolong
 
hidangan ala kadar

sumbangan dan tempahan 

terima kasih semua



Sunday, September 7, 2014

moyok


hahaha....
ada wajah-wajah moyok
mungkin ada sebab-sebabnya
 
 mungkin kerana dah letih
setelah sepanjang hari berbahagia
dengan teman2 seusia

mungkin juga kerana mengantuk
kerana dah sampai rutin harian

atau mungkin dah boring
yalah dari pagi

atau mungkin juga sekadar lakonan
hiiiii






watak sampingan


walaupun bukan manusia
tetapi tetap merupakan watak

 walaupun hanya watak sampingan
tetapi tetap menjalankan  tugas


walaupun tugasnya macam tak nampak
tetapi sebenarnya tak kurang penting tugas mereka 


walaupun mungkin kurang penting
tapi...saling memerlukan


yang pastinya 'mereka'
bukan seperti melukut di tepi gantang

atau hidung tak mancung pipi tersorong2

tapi semuanya membantu


 untuk menyerikan

untuk melegakan
 
walaupun ada yang tak diundang





Wednesday, September 3, 2014

bunga tangan


 8.8.2014
pagi2 lagi Inn ke  Petaling Street
beli bunga

pada malam tu...ajk yang sama datang lagi
untuk membantu

antaranya...
buat bunga tangan...

 mereka 3 saudara yang bergabung tenaga

 
bergabung idea


macam kat kedai....
terima kasih...terima kasih...

 



bunga rampai

mama suka bau bunga rampai
imbas kenangan lalu...
jadi...sempena majlis aqiqah dan pertunangan ini
jom kita buat bunga rampai
daun pandan dari 3 sumber
abah ambil dari gombak
Acik dan cik ngah juga bawa

Chik pula bawa limau purut dan bunga kemboja
mama beli kelopak bunga ros untuk masukkan
bersama2 bungai rampai
biar nampak berseri dan ayu(?)

AJK?oooo ramai...

Teh

Cik Ngah

Su Nor dan Chik

Ayah Cik dan acik

Mah dan Inn

 Tok Mi tukang gaul


mama dan ajk masuk dalam uncang


terima kasih semua...
yang terakam dan tak terakam
budi semua sewangi bunga rampai