Thursday, November 29, 2012

Dah tak de...


Dulu-dulu jika musim cuti sekolah
macam-macam aktiviti...
antara acara wajib ialah balik kampung...
angkut semua rakyat
maklumlah tika itu cuti sama je...
tapi bukan sekarang....
sekarang ada yang cuti...ada yang tidak...


dulu juga sentiasa berdebar...
tunggu keputusan UPSR dan PMR
semasa cuti sekolah....(itu tak termasuk SPM)
tapi sekarang tak de dah....
tapi anak-anak buah masih ada
jadi...tahniah Anim dan Kamila...
mama long tumpang gembira


Cuti sekolah juga ada acara sunat....
hihihi 4 orang dalam rumah ni
tapi itu dulu...
sekarang dah tak de....
(dah tua-tua)
tapi...hihihi anak buah kesayangan mama 
baru bersunat.
Tahniah Shahmi...itu tanda dah  besar...


Walaupun mama hanya sebagai pemerhati
tapi hati tetap berdebar-debar
dan menumpang gembira.

Wednesday, November 28, 2012

good luck



Restu sudah,berdoa pun sudah
Berusaha terus jangan mengalah
Kini berserah kepada Allah
Moga dipermudah setiap langkah



Agar 10 A+ dapat digalas



kalau ke sana


kalau ke sana...
mesti ada yang temankan
(almaklum tak mahir jalan)


kalau ke sana...
mesti berakhir dengan makan...
(itu juga antara sebab ke sana)


          kalau ke sana...
            mesti ada yang kena cop tempat
         ( kerana terlalulah ramai orangnya)


kalau ke sana...
tak pernah miss order yang ni
(sedapppp)



kalau ke sana...
ada juga yang tambah order
(ubah-ubah selalu)


kalau ke sana...
pernahlah cuba tat ni
(biasa-biasa je)


kalau ke sana...
serah je pada mereka untuk memilih
(yang ni pun ok juga)


kalau ke sana...
letih.....lembik kaki...
tapi...suka...kenyang

Monday, November 26, 2012

oh...AA...



oh...no..
sudah terpikat
sudah terlekat
sudah jatuh hati
sungguh bahaya rupanya....
oh AA...


kahkahkah....


Tuesday, November 20, 2012

KR lagi...


5.11.2012


ke sana lagi...


dengan adik pulak...


mama punya


adik punya...


pilihan yang sama aja bila ke sini...

Saturday, November 17, 2012

selamat jalan


8.11.2012
kami rombongan cik liza 
menuju ke sana setelah tamat sesi persekolahan.


Kami ke Restoran Pegaga...
bukan sebagai meraikan
tapi sebagai kenangan
tika berjauhan


makanan di sini memenuhi selera mama
sedappp....


ketika menerima berita itu
mama tak mampu untuk berkata
jika dihalang...rasanya tak adil...
tentu dia ingin bersama yang tercinta.


jika membenarkan...
pasti mama akan kerinduaan
tapi ...
mama tak boleh pentingkan diri sendiri...


apa pun mama ingin
menghulurkan jambangan terima kasih
kerana  dia pernah hadir dalam hidup mama...
memberi sumbangan yang bukan sedikit...
terima kasih dan selamat jalan

Thursday, November 8, 2012

D'Palma PJ


Hari Sabtu minggu ni (3.11.2012) juga sibuk
aduh...mulanya mama minta abah pergi tanpa mama
ke majlis perkahwinan itu
tapi..abah tetap ajak(desak ke?)
akhirnya mama akur
 kami ambil keputusan bertolak dari rumah
pukul 10 lebih kerana bimbang berlaku kesesakan .


Kami tiba hampir pukul 12...menepati masa
dan kami antara orang yang awal tiba
kerana mama mesti sampai di sekolah
sebelum pukul 1.30.
Mengikut perancangan bas akan bertolak
dari sekolah ke Hotel Seri Pasific pukul 1.30.


Cuak juga mama bila lihat kereta menuju KL begitu banyak.
Jam ke nanti?Sempat ke?
Alahai ke manalah dia orang nak pergi ramai-ramai ni?
(soalan biasa dari abah yang tak perlu dijawab....kihkihkih)


Nasib baik tak sesat
jadi selepas makan kami bergegas balik
dupdapdupdap...
hussss



syukur kami dapat tiba tepat pada masanya
tapi dari sekolah ke majlis itu
sobsobsob...
jamlah pulakkk....


Tuesday, November 6, 2012

bersama-sama bukan bersama

3.11.2012


Langkah di susun satu persatu
Menuju ke meja setiap penjuru
Teman dan rakan ingin ketemu
Untuk merakam agar tak rindu


Bersama pentadbir pembuka bicara
Idea digabung menyusun cara
Berusaha gigih tiada tara
Azam ditiup kian membara


Bersama PK rakan sekerja
makin mesra duduk semeja
Berbual bercerita apa saja
kerana hari ni kamilah raja


Bersama GKMP  mengambil tempat
wakil dua daripada empat
mengata bukan jauh mengumpat
mengadu berbincang merekalah tempat


Bersama mereka 3 saudara
ada yang miliki merdunya suara
ada pula petah bicara
malah ada ke gunung ke belantara


Kini bersama ibu jelita
tugas diberi tak kecewakan kita
manis di hati manis di mata
sentiasa positif mengikut kata


Bersama teman di sesi petang 
Ada yang baru lepas berpantang
moga halangan dapat ditentang
Agar  usaha terus melintang


Bersama dara dan juga ibu
berkerjasama bersatu padu
agar tercapai hajat di kalbu
moga hasil semanis madu


Bersama pula 2 ketua panitia
Menjadi rakan yang begitu setia
saling berpakat kata seia
itu sebab sentiasa bahagia


Bersama mereka ada SU saya
sentiasa berseri penuh cahaya
mereka  berusaha sepenuh daya
untuk memburu kilauan jaya


Bersama pula 2 sahabat
hubungan mereka begitu rapat
terus buat bila dapat
kerja diberi tak pernah lambat


tenaga dan masa begitu berharga
berkerja bagai satu kelurga
sanggup berkorban jiwa dan raga
moga berbaloi usaha dan tenaga




Monday, November 5, 2012

Dari Bali


Pada ogos lalu Cik Ngah dan ayah ngah pergi bercuti ke Bali.
Mereka memang sering bercuti...
bersama-sama sekeluarga
tapi kali ni hanya berdua-duaan
Berbulan madu ke?(hihihi)



Dan...seperti biasa
mama dapat sesuatu...tq...tq...
lalu nak berpantunlah(pantun lama)

Pulau Pandan(pulau Bali) jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga


satu lagi...satu lagi...

Pisang emas bawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati

Terima Kasih Pah & Zu...