Sunday, September 7, 2014

moyok


hahaha....
ada wajah-wajah moyok
mungkin ada sebab-sebabnya
 
 mungkin kerana dah letih
setelah sepanjang hari berbahagia
dengan teman2 seusia

mungkin juga kerana mengantuk
kerana dah sampai rutin harian

atau mungkin dah boring
yalah dari pagi

atau mungkin juga sekadar lakonan
hiiiii






watak sampingan


walaupun bukan manusia
tetapi tetap merupakan watak

 walaupun hanya watak sampingan
tetapi tetap menjalankan  tugas


walaupun tugasnya macam tak nampak
tetapi sebenarnya tak kurang penting tugas mereka 


walaupun mungkin kurang penting
tapi...saling memerlukan


yang pastinya 'mereka'
bukan seperti melukut di tepi gantang

atau hidung tak mancung pipi tersorong2

tapi semuanya membantu


 untuk menyerikan

untuk melegakan
 
walaupun ada yang tak diundang





Friday, September 5, 2014

siapa saya?

siapa kami...
cuba teka...


ehhh tangan siapa ni?
kaki pulak milik siapa

  
siapa pesakit dan jururawat(doktor ni)
klu: buah pinang dan akan ke luar negara

bancuh teh..
untuk sarapan ke?
atau tambahan


menyusun door gift
berbincang dan mengatur strategi

menyusun hantaran
mesti berdebar2 

ala-ala mak andam
juga penghilang debaran

bawa cincin...
siapa yang ambil gambar ni..
ada unsur saspen

menyerahkan door gift dan bunga rampai
dari belakang macam sebaya


terlindung di sebalik telefon
sama ada hp besar atau muka kecil

kemas makanan
dari sudut sisi


nak ke mana tu?
dah nak balik?


 letih?
jom rehat...

siapa penonton ini
yang telah keletihan

mengemas makanan
di penghujung...

siapa pun mereka...
terima kasih ...
kerana mereka adalah antara
yang bertungkus lumus menjayakan majlis

 


 

Thursday, September 4, 2014

langsir

                                                           


masa tu inn masih praktikal
jadi kerja rumah  mama seoranglah yang buat
almaklum mama cuma ada seorang anak perempuan
tapi yang berat2 tu anak lelaki tolong jugak
 

disebabkan keletihan akibat ketuaan
maka mama rasa tak payahlah tukar langsir
pakai jelah langsir yang digunakan hari raya tu
tapi bila inn balik...
dia kata...kita tukarlah mama
oklah kalau nak tolong

dia yang iron langsir
yelah...langsir tu bukan langsir baru pun
mama buang dan pasang klip
siapa yang pasang langsir ye?
lupalah...
izzat ke adik?
kira dua2lah...

kan...kalau buat sama2...kejap je
 terima kasih anak2



kad

Jemputan kami terdiri dari ahli keluarga kedua belah pihak
jiran-jiran terdekat dan orang surau
beberapa orang kawan sekerja dulu
dan kawan2 anak2

untuk keluarga beritahu mulut(lisan)
juga melaui wsap...
masa tu tak terfikir nak buat kad
abah kata orang surau
abah akan beritahu di sana
untuk jiran abah suruh buat
ala-ala surat jemputan
kerana memang itu biasanya yang mereka buat
jadi mama pun draf  ayat yang agak rasmi
(nasib baik tak berpantun2)
dan adik buat...print dan potong
abah hantar...terima kasih dik

untuk kawan-kawan mama minta izzat buat
ambil idea Inn
yang ni tak formal sangat
gurau2 je...tak hantar pun
whatsapp je...
untuk kawan2 abah...
abah calling2 je...


main2 gitu..
juga hasil tangan izzat
juga hantar melaui whatsapp
tq izzat...





cincin



tempat letak cincin...
kalau dulu disertakan tepak sireh
atau sireh junjung

percaya tak?
dulu zaman mama
mama buat sendiri sireh junjung
punyalah besar....hiiiii tapi cantik jugak
pada zaman tu
 
untuk Inn...nak buat simple2 je

jadi... suruhlah chik bawa 10 helai sireh
alah...nak ambil syarat
tapi...rupanya tak berapa nak cukup

hiiii sireh je...
pinang tak ingat nak minta
ok...ok....esok chik bawa
tapi...tak bubuh pun...
kapur dan gambir pun tak letak
memang tak nak beria pun
 
dan...jangan terkejut ya
tuan2 dan puan2
yang menghasiskanya ialah
2 teruna ini
 
dan jangan tak percaya ye...
walaupun tak cukup bahan
tapi...emmm...amat menarik
Tq adik2
Tq ayah teh...tq ayah cik







Wednesday, September 3, 2014

pinjam


pinjam gelang chik...
bukan satu tapi dua
supaya berseri sikit tangan anak dara
mak dara bukan tak dak(hiiii)
tapi klasiklah sikit macam orangnya
(tok sir ngaku tak dak_)
 
karpet pulak pinjam dengan chik dan acik
yang mama dah buruk...
dah hampir 21 tahun dia digunakan
bila ada majlis....bukan di rumah je...
malah ke mana2....


cadar pulak mama dah beli yang murah
jadi bila tok mi nak bagi pinjam
alhamdulillah
 pelapik dulang ni pulak pinjam dari tok chik
dah banyak kali dia berbakti...
banyak pahala tok cik dapat

 bakul pulak pinjam dari cik ngah
untuk tambah yang ada kat rumah...

 kamera pulak izzat pinjam dari aween 
untuk buat video


terima kasih semua
terima kasih daun keladi
mac nanti pinjam lagi