Saturday, December 29, 2012

Cita rasa


Jangan jelezzz...
mama dapat hadiah ni...
dari puteri bongsu kesayangan
ummmpppp sangatlah sweetnya....



Ada yang bertanya
hadiah ni sempena apa?
sebenarnya tak de sempena apa-apa..
tapi bagi mama pemberiannya kerana ingatan
dan kasih sayang.



Su Nor beli tika dia pergi ke Melaka.
sweetkan?
warnanya...kata-katanya...
cita rasa yang sama.


Yang ini pulak Su Nor belikan
semasa dia memborong kat pesta buku(Big Bad Wolf)
hiii...Su Nor belikan mama buku cross stitch
terharu gitu...kerana ini juga cita rasa mama...



mama suka sangat-sangat
cita rasa adik - adik mama memang sama dengan mama
sebab tu jika nak kirim apa-apa
tak payah terang satu persatu...
kerana apa yang mereka beli atau beri
pasti menepati selera mama.


Malah...
cerita pun sama...
jika yang mereka suka
pasti  mama pun suka
cuma mama ni lambat sikit...
mereka dah tonton 2-3 tahun lepas
mama baru nak tonton.
tapi yang nyata...OR,A & H,NE,NK...
semuanya menepati cita rasa mama...
tersenyum dan berlinang air mata
cukup rasa...

TQVM dear....
I know you love me
and I love U 2....
soooo muchhhh....

Friday, December 28, 2012

dg 3 generasi...


19.12.2012
Mama temankan Su Nor 
ke Lapangan Terbang Subang


Tok Mi baru balik dari Besut
melepas rindu pada rumah kesayangan
dan kampung tercinta


Su Nor ambil mama di rumah
dan balik ke Cheras ambil Humyra
barulah  menuju ke Subang...


Selepas ambil Tok Mi
kami singah minum
mama lupa tempatnya...
tak pernah pergi...


Sebenarnya kami singgah bukan kerana lapar
tapi kerana untuk elakkan menempuh kesesakan
supaya si puteri tidak boring.

Kerana seperti dugaan Su Nor
masa ni adalah masa tidurnya
jadi dia merengek inginkan sesuatu
jadi mama ambil alih tempat Su Nor sebagai pemandu.


Humyra tertidur di ribaan
tapi bila tiba di rumah dia terjaga.
Abah datang ambil mama kerana
pagi-pagi esok mama perlu hantar Inn
ke Hospital Serdang.



Wednesday, December 26, 2012

kata mereka...


sebagai tanda...

 berapa hari bulan ye?alah lupa...

setelah sekian lama berhajat
hari ni mama berjaya....
berjaya culik mereka semasa lunch
bawa mereka ke GE

sebagai tanda terima kasih mama
pada adik-adik mama ini
yang sering membantu tika memerlukan

 terima kasih adik-adik
yang sering menjadi tulang belakang mama
tq...tq...tqvm
muahhh....

Tuesday, December 25, 2012

senaman


 husssss
tarik nafas...
lepas nafas..
uhhhhhhhhhh


ok aloh...
yak kelih boktan
bakpo lagu ni pulokkk

Hujung Minggu


 16.12.2012 - Ahad
 Seperti hari-hari minggu yang lepas
acara penuh...walaupun bukan acara hakiki
tapi acara wajib dihadiri.

Acara bermula dengan meraikan majlis bersejarah
Ain dan Kamarul
di Wisma Sejarah...


 Balik dari sana singgah pulak
di KR,JJ...
bukan nak makan sangat kerana perut masih penuh
tapi...untuk bersembang...minum2 je
almaklum adik mama yang seorang ni
amatlah sibuk di akhir tahun ni
(melebihi mama-hahahaha)



Acara tak habis di situ...
Kami berangkat pula ke Kg.Medan
melawat Ryann...majlis cukur jambul
 

usia putera  ni dah lebih seminggu
tapi baru berkesempatan untuk melawat
sibuklah sangat...
Tahniah Zana dan Din

 
ohhhh ...no...no...no
belum balik lagi...
betul....
dari sana terus ke CJ

Bawa si puteri ke klinik...sakit telinga
Dr rujuk ke pakar...serius juga  rupanya
patutlah tak baik-baik.

 

husss 
sampai rumah dah penghujung magrib

ramalan cuaca




mengikut ramalan kaji cuaca
23-31.12.2012 akan berlaku banjir kuning
di beberapa kawasan
 (yang juga menjadi pilihan  laluan kami)
uhhhh....


tapi sebenarnya sebelum tarikh itu
di sini sudah pun hujan.
renyai-renyai , lebat...berubah silih berganti

















walaupun bagai banjir kilat
tapi alhamdulillah
tidak ada kilat sabung menyabung
tidak ada petir yang membelah alam


harapan mama selepas hujan:
sejuk...nyaman
benih yang terbiar akan bercambah
pohon yang layu akan segar kembali
putik-putik akan berkembang

Monday, December 24, 2012

Kamarul n Ain


Kamarul & Ain
'adik' mama merangkap teman sekerja


16.12.2012 (Ahad)
merupakan detik bersejarah buat mereka


kerana detik ini rasmilah mereka
sebagai suami isteri...


kami warga SMART
 tumpang gembira
tumpang bahagia.


sempat kakak-kakak yang 'ayu' ni
berposing sakan
kerana ketika ini raja sehari belum tiba.



depan pelamin lagiii

 

wooow dapat ais krim
terima kasih kepada 'anak' yang tolong ambilkan.
 

dan...untuk adik-adik mama ini
mama iringkan doa restu
moga diberi kerahmatan
dan rumah tangga mereka
disulami kasih sayang hingga ke jannah.

Saturday, December 22, 2012

cuaca?

 

Alah kenapa ni?
asyik nak tumpah je...
ummmp...
semalam tumpah dengan Inn'


hari ni hampir tumpah
kontrol...
oh...pengaruh cuacakah?
mencurah-curah
membasahi hati...




syahdu

 

Terasa syahdu ketika mendengar lagu ini
lunaknya...jom hayati...lagu terhenti di sini...



 Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu
 
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini

 Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini