Thursday, October 31, 2013

makan


malu jugak sebenarnya
tolong tak seberapa

tapi masa makan...cepat je



rezeki jangan ditolakkan?
musuh jangan dicari(ada kaitan ke?)

orang memberi kita merasa
orang menjemput kita tunaikan
kan...kan..


Terima kasih anak-anak
terima kasih adik-adik

hikhikhik....
acara ni acara terakhir kami
tahun depan dah tak merasa


sembelih

17.10.2013
Antara aktiviti selepas PMR yang paling mendapat sambutan


penerangan


tunjuk cara penyembelehan

 celur


cabut bulu

 

layur

potong


masak
 
 halia


kupas mengupas


mayang bawang


juga kambing...




Friday, October 25, 2013

aidil adha part 5

3 generasi

dua generasi

juga...

keibuan @ kekakakan...

  
wooow tingginya

kat luar pulak...

seronoknya






Aidil adha part 4

masih cerita tentang raya korban
tahun ni chik,pak cik dan tok mi
korban di suaikasih
ayah ngah dan su nor pulak
buat di keramat permai
kerana di suai kasih dah penuh.

jadi... abah sibuk di surau keramat permai
ahli lelaki yang lain sibuk  di surau suakasih 



yang tak terlibat di surau
menunggu di rumah
untuk proses seterusnya....

 
yang muda remaja
diketuai oleh yang kurang remaja
(kembang pagi)
tugas memotong daging

 
yang sedikit ranum
meneruskan tugas
untuk masak singgang daging/tulang
dan goreng daging

yang senja pulak
menyediakan bahan untuk
masakan tersebut


jejaka kacak dikelilingi kanak-kanak
buat persedian untuk
membakar daging pacak

natijahnya...masakan kali ini
lebih sedap...lebih enak
kerana dimasak dengan keikhlasan
dengan kasih sayang




Tuesday, October 22, 2013

aidil adha part 3

Alah nak cerita hal raya lagi...
Latar masanya sehari je...
latar tempat pulak 2 je
tapi mama nak cerita cerituk jugak
biar ahhh...

 
 ni nak cerita hal meja Chik pulak
memang soh heh tak de kerja....
adaaaaa....tapi tak larak dah
nak terapi depan ltop...

 
hahaha.... chik pun buat sate
dia pun buat kat Haji Samuri
cuma cawangan berbeza

Rendang ni chik buat
tiap kali makan rendang chik
...mama tanya cara buat
tapi tak pernah buat pun
Sambal nasi himpit bersama nasinya
acik yang buat...
mama nak belajar jugak...
tapi juga tak pernah buat.

haaa...
yang seterusnya dari Puncak Tropikal...
Cik Ngah dan ajknya memang 
pakar dan rajin

Selain daripada salad potatoes tu
Cik Ngah jugak bawa  rosemary chicken
sedapppp...
hihihi...mama pun tanya juga resepinya
tapi tak tahulah bila nak buat
dulu Inn pernah jugak buat...
ooo kalau cam tu suruh jelah inn


hok ni pulak ajk cik ngah yang buat
mah @ min memang pakar
tok mi pulak sukaaaa sangat
tapi mama long tak sempat lagi nak belajar....

oh...oh....oh....
ini bukan mama punya
ini anak-anak yang diet...
ohhhh

hah...penuh pena meja chik
nasib baik meja jati
kalu tidak mungkin patah
ummmmp semuanya sedap-sedap
tak nak makan...
tapi termakan jugak...hiiiii



aidil adha part 2

Juadah hari raya?
buat jugalah sikit-sikit
ala kadar ...
sesuai dengan tenaga yang ada.
Balik sekolah petang tu baru mulakan projek
mula-mula tengok apa yang abah beli
apa yang kurang
lepas tu ke JJ beli apa yang lupa dipesan.

Balik dari sana mama masak nasi himpit
alahh...kerja mudah je tu...
juga kuahnya
 
Sate?
ooo itu mama masak kat Haji Samuri
pergi beberapa tempat....dah habis
jadi tengah malam gi buat kat sana
ramai orang berusaha seperti mama
Petang tu jugak buat rendang ayam
mama suka...
anak-anak pun suka...

mulanya nak 'buat' lemang kat depan JJ
tapi tak jadi...
tukar menu...walaupun kat JJ dah habis beras pulut

Pagi raya mama kukus pulut kuning
untuk makan dengan rendang


 Mama kukus juga pulut untuk makan dengan sambal @ serunding
atas permintaan along
oooo....serunding 'buat' dengan Cikgu Zaib


Tapi menu utamanya ialah nasi minyak
bersama-sama rakan-rakannya...
untuk sarapan


Nasi minyak mama bertemankan  kurma ayam
ini teman baiknya(nasi minyak)
bagi keluarga mama
bolehlah bawa gi rumah Chik selain
untuk sarapan

Mama juga masak kerutuk ayam
lama dah rasanya tak makan
tambah lagi bila ingatkan keluarga ayah ngah
nak datang beraya ke sini dulu sebelum ke Cheras


Tapi ayah ngah tak jadi datang
kerana daging korban lewat siap
jadi kami rancang jumpa je di cheras
oh ye...acar pun buat jugalah
untuk hilangkan muak

Hidangan yang dibuat ni juga
dibawa ke Suakasih untuk sama-sama
memupuk kasih membelai sayang
dengan adik-adik dan keluarga
kecuali keluarga ayah teh dan su nor.