mama dah lama tak hasilkan gurindam
kalau seloka tu ada jugalah sekali2
tapi tadi seorang teman hantar mesej :
Assalamualaikum kak
saya nak minta tolong akak.
kalau sudi ciptakan gurindam 10 rangkap
tajuk bebas.saya dah cipta tapi rimanya jadi
macam pantun.
mamakan susah nak kata tak leh
jadi mama pun cuba2lah
entah sesuai entah tidak
inilah hasilnya...
Kepada Allah taat sentiasa
Moga jauh segala dosa
Kepada diri
jangan terburu
Terhindar dari
musuh dan seteru
Kepada bapa
berilah hormat
Dunia akhirat
akan selamat
Kepada ibu
sayangilah amat
Pasti hidup
mendapat rahmat
Kepada kakak
curahlah kasih
Hidup nanti
tidak tersisih
Kepada abang
dilupa jangan
Tempat kita bergantung tangan
Kepada adik
ambillah tahu
Boleh dia
meminjam bahu
Kepada guru
carilah ilmu
Sebagai ubat
sebagai jamu
Kepada kawan
setia bertempat
Agar hidup
tidak merempat
Kepada masyarakat
berilah jasa
Hidup nanti
pasti sentosa
No comments:
Post a Comment