Tuesday, October 22, 2013

aidil adha part 2

Juadah hari raya?
buat jugalah sikit-sikit
ala kadar ...
sesuai dengan tenaga yang ada.
Balik sekolah petang tu baru mulakan projek
mula-mula tengok apa yang abah beli
apa yang kurang
lepas tu ke JJ beli apa yang lupa dipesan.

Balik dari sana mama masak nasi himpit
alahh...kerja mudah je tu...
juga kuahnya
 
Sate?
ooo itu mama masak kat Haji Samuri
pergi beberapa tempat....dah habis
jadi tengah malam gi buat kat sana
ramai orang berusaha seperti mama
Petang tu jugak buat rendang ayam
mama suka...
anak-anak pun suka...

mulanya nak 'buat' lemang kat depan JJ
tapi tak jadi...
tukar menu...walaupun kat JJ dah habis beras pulut

Pagi raya mama kukus pulut kuning
untuk makan dengan rendang


 Mama kukus juga pulut untuk makan dengan sambal @ serunding
atas permintaan along
oooo....serunding 'buat' dengan Cikgu Zaib


Tapi menu utamanya ialah nasi minyak
bersama-sama rakan-rakannya...
untuk sarapan


Nasi minyak mama bertemankan  kurma ayam
ini teman baiknya(nasi minyak)
bagi keluarga mama
bolehlah bawa gi rumah Chik selain
untuk sarapan

Mama juga masak kerutuk ayam
lama dah rasanya tak makan
tambah lagi bila ingatkan keluarga ayah ngah
nak datang beraya ke sini dulu sebelum ke Cheras


Tapi ayah ngah tak jadi datang
kerana daging korban lewat siap
jadi kami rancang jumpa je di cheras
oh ye...acar pun buat jugalah
untuk hilangkan muak

Hidangan yang dibuat ni juga
dibawa ke Suakasih untuk sama-sama
memupuk kasih membelai sayang
dengan adik-adik dan keluarga
kecuali keluarga ayah teh dan su nor.


No comments: