Showing posts with label aduhhh... Show all posts
Showing posts with label aduhhh... Show all posts

Tuesday, December 22, 2015

faktor-faktornya




selasa : 22.12.15

sejak semalam
kiranya dah dua harilah
sakitnya urat saraf
terutamanya pinggang
sakit sangat ...
bagai nak putus...
(pernah putus tak ?)....hihihi tak pernah
tapi memang sakit...kenapa?
yelah tengok kat cermin
dah banyak hiasan2 di muka
rambut dah banyak cahaya dari kelam
lojiklah kan...
tapi sebulan dua ni macam tak de je sakit macam ni
oooo mungkin kerana mama ambil ubat tahan sakit
tahan sakit untuk sakit lain
mungkin berkesan juga untuk sakit ni
mungkin...mungkin...
dan juga dua tiga hari ni
mama banyak berkawad kat sinki
memang dari dulu kalau lama berdiri
akan sakit pinggang
ok...ada kemungkinan juga
jadi...tak de apa yang perlu dipersoalkan






Sunday, December 6, 2015

cubaan...

16.10.15 
cerita lain gambar lain


pagi-pagi lagi ke HUKM
buat Xray dan Ultra Sound
alhamdulillah berjalan lancar
antara orang terawal...
jadi...jom gi jumpa tok mi
 

singgah sarapan di cheras
bila nak balik dengar kecoh2
rupanya kereta mama kena langgar
hisss...kereta tu duk diam2 dan sopan je...
kena langgar juga...dan pemandunya lari


tapi orang ramai sekitar tu dapat ambil nombor kereta
mama dah abah dah pasrah
tak tahu nak cari kat  mana
tapi...allah maha berkuasa
otw nak balik jumpa mereka
tengah hari baru selesai
macam drama pulak


badan dan jiwa dah letih
solat jumaat pun dah dekat
keputusannya...tak jadi jumpa tokmi
cuma sempat jumpa ayah cik datang beri sokongan moral
malam...mereka ajak mama keluar
oklah...hilangkan stress
 



ZY family


7.10.15 


diberi sedikit kekuatan
perlu maklumkan pada mereka
cari peluang...
dan masa yang sesuai
akhirnya...










Monday, November 9, 2015

berjerebu

11.9.2015

 Jerebu
jerebu di luar menyesakkan
kabur pandangan
melemaskan
begitulah jerebu di hati
tapi cuba diselindung
biar tiada yang perasan

mama buat keputusan...ke HUKM
bila mendapat nasihat dari Dr. Aziah semalam
abah memberi sepenuh sokongan
itu merupakan kekuatan pada mama
untuk terus bertindak


tak banyak masalah di sana
tanya sana tanya sini
ok..jumpa
semuanya dipermudahkan


selepas menyerahkan surat rujukan
mama diserahkan borang
dan pihak hospital akan hubungi
 untuk tentukan tarikh temujanji



ahhhh abaikan
hidup perlu diteruskan
cuba lupakan kes itu...
hiiii konon2 cuba melawan
cuba jadi kuat
be strong...


keliru

10.9.2015

2 hari mengambil masa
dua hari berdiam diri
berfikir-fikir
keliru
abah tanya bila nak ke hospital
mama kata tunggu dulu
ingin positifkan diri
ingin carikan kekuatan


pagi ini dapat sedikit kekuatan
beritahu abah nak gi jumpa sesorang
kononnya nak gi dapat rawatan gigi
tapi sebenarnya ada hajat tersirat
inginkan kekuatan
sambil menyelam minum air
di sana dapat sedikit kekuatan
walaupun dada dah mula sebak


ke satu lagi tempat
dating...sambil mencari bahu
ketika dalam perjalanan masih lagi keliru
nak ke klinik atau tak mahu
berborak dan ceritakan dulu
rasa ringan bahu
mungkin ditukarkan ke bahu itu
rasa lega


dari pendapat dua insan tersayang
akhirnya buat keputusan
call...bersambut
temujanji dibuat dan terus pergi


dan teka teki terjawab
jawapan yang sebenarnya tidak mahu didengar
tapi akur pada realiti
cuba terima setenang mungkin
surat rujukan dikeluarkan
cadangan....secepat mungkin
akur...
reda dengan ketentuan Tuhan





Tuesday, March 31, 2015

Balik kampung


 
8.12.14

 balik kampung ha ha balik kampung
hati riang...
tapi kali ni balik dengan tok mi je
sewa kereta kat aport je
tak tidur rumah pun..
hujan...takut
hahaha penakut juga rupanya
mana taknya
macam2 jenayah sekarang ni walaupun di kampung

jadi selepas urusan dijalankan di rumah
selepas makan di kedai...
kami pun bermalan di Demong Beach Resort
bukan jauh sangat pun dari rumah
3 ke 4 km je
tapi rasa selamat kerana ramai orang
hiiiii


Thursday, December 4, 2014

klinik

 22.9.2014


hari ni sekali lagi mama dan abah ke klinik
kali ni nak ambil suntikan
persediaan ke mekah
walaupun belum pasti boleh pergi atau tidak

alhamdulillah tekanan darah mama dah ok
sebelum ni amat merisaukan...tinggi
tapi mama dicadangkan ambil ubat
kerana hasil pemeriksaan darah hari tu
darah dan kalestrol tak berapa ok


balik dari sana keluar dengan inn
tapi lupa ke mana
(tulah dah lama sangat baru nak up date)
tapi... tengok cara bergambar dan latar belakang tu rasanya tahu
ya...ya... dia belanja mama CC .. 
tq dear...



Monday, January 6, 2014

Hari Pertama



 2.1.2014


ucapan awal persekolahan
berkocak jiwa
gelombang rasa
pukulan hati...
risau2...
tidak seperti selalu
bukan kerana kena berucap
tapi bimbang  kemungkinan2 yang akan berlaku
tapi alhamdulillah berlalu sudah

bukan mama saja
semua berdebar...
(tengok reaksi mereka)
menunggu kalau2 datang
datang dg kekerasan...
hihihihi
alhamdulillah Allah permudahkan...
berjalan lancar
tak datang pun...
syukur...alhamdulillah




Putera Keramat Permai





ala-ala puteri Gunung Ledang
tentukan syarat2 peminangan
yang pelik dan sukar diterima akal
nak yang over2 iaitu


  • 1 jambatan emas dari Gunung Ledang ke Melaka.
  • 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
  • 7 dulang hati nyamuk.
  • 7 dulang hati hama.
  • 7 tempayan air mata anak dara.
  • 7 tempayan air pinang muda.
  • 1 mangkuk darah Sultan Ahmad
Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya.


berbeza sikit dengan Putera Keramat Permai
 pelik juga...tapi down pulak
contohnya
  • tak de sanding2
  • 5 dulang je...
  • 200 orang je
  • telur dalam kotak kertas je
  • 2000 je... 

mungkin semua syarat boleh diatur kecuali yang terakhir
eheheh....
pelik betul
pelik tapi benar
pelik @ helah?
 

Wednesday, January 1, 2014

lebih



kali ni risau lebih
bimbang lebih
gelisah lebih
takut lebih
semua yang sebangsa dengannya


hanya untuk menghadapi hari pertama persekolahan
oppp bukan baru pertama kali
dah berkali2...
tapi tahun ni lain sikit...
oh...oh...oh...
resah gelisah u...

sepatutnya tahun terakhir
lebih baik
lebih tenang
ni tidak....

 

hiiii hati
tenanglah
Ya Allah semoga semuanya berjalan lancar
permudahkanlah...

Tuesday, December 31, 2013

berita

 

24.12.13

 

panggilan yang menyampaikan berita
berita yang amat mama takuti

mama tunggu abah di sekolah
terus ke sana
alahai jalan jamlah pulak

call along
call ayah cik
cuba kawal perasaan
tak banyak bercakap

 bila sampai..
alhamdulillah...
semua selamat...walaupun kereta...huhuhuhu
tapi yang penting selamat

moga kejadian ini membawa hikmah
kepada semua
memberi pengajaran kepada semua
memberi peringatan....
Syukur Ya Allah...