Thursday, December 29, 2011

katanya




Cantikkan warna-warna hati ni kan
tapi mama hairan ada juga hati yang hodoh
ya ...mama hairan bin ajaib
kenapa hatinya
kenapa dia
sentiasa mempertikaikan
apa yang mama buat

akhirnya ....
sampai juga ke telinga mama
cuma malas nak panjangkan

tapi...
kadang-kadang
luka juga hati ini
tersentuh juga
'terdown' juga

tapi...
abaikan jelah
tak nak jadi bodoh macam dia
tapi...kadang2 terbodoh juga

saja-saja nak imbas balik
'anugerah' yang diberi pada mama

samasa pengetua cadangkan mama isi guru cemerlang
katanya:masa - mama akan sibuk memanjang
rasanya sebelum ini mama tak pernah pun abaikan tugas hakiki mama


semasa bertugas koko (bukan kopi)
katanya : tugas memberi imput(inhouse) pada teman-teman
bukan tugas mama......mamakan KOKU
(bukan mama gila...tapi adik2 minta)
mama ingatkan kita satu pasukan
tolong menolong

sebelum HEM
dia kata:mama tak layak kerana lembut
(mama tak minta pun tugas ni-harap maklum)
tapi Pn.Apipah,Pn.Pauziah dan lain-lain pun
tak melenting tak tentu pasal
lemah lembut dan berhemah
cemerlang juga
pada mama tak perlu ditakuti tapi disegani

masa HEM dan sebelum apa2
-dia kata mama tak layak jadi PK kerana terlibat dengan LPM
(eiiii ada ke mama kata mama layak)
hihihi dia tak tahu
bahawa di luar sana semuanya yang ada jawatan
Pengetua,PK,PK HEM,PK KOKU,PK Petang,GKMP,Ketua Panitia
tak terkecuali Guru Cemerlang
ramaiiiiiii yang bertugas....


kesihan dia....
sentiasa di bawah tempurung
tidak tahu perkembangan semasa
tidak terlibat dengan aktiviti luar
tiada sumbangan

jadi...
yang orang buat semua salah
kerana...
kursus tak nak pergi
aktiviti luar tak mahu
hanya tertumpu dalam
ruang lingkup yang sama

mama tak kesahpun
tapi...
jangan khianati
janganlah pertikaikan
hak orang lain.

mama berharap sangat
moga mama kuat
moga mama dapat hadapi
seperti dulu-dulu

Ya mama!!!!
kalau dulu mama boleh bersabar
kenapa tidak kini
mungkin ini ujian untuk mama
terima kasih untuk dia
yang mengajar mama
erti kesabaran

gedik @ bingung(bengong)




Apakah istilah yang sesuai untuk diberi
kepada orang sepertinya
kata seorang teman(secara sukarela bukan diminta)
dia ni gedik
tapi...
gedik membawa maksud lincah(untuk gadis)
dalam diam mama berkata
perkataan tu tak sesuai
tambah lagi dia bukan lagi gadis

Hari ni dia tukar gelaran
katanya ...
dia tu
bingung(sebutannya bengong)
yang mama tahu maksud bingung ialah:
kehilangan akal-tidak tahu apa yang hendak dibuat
atau
tidak tahu menggunakan akal-bodoh atau dungu
alah...
mama rasa kasar sangatlah
gelaran tu...
tapi yang mama tahu
dia ni mungkin ada masalah jiwa
mungkin kurang kasih sayang
(juga dapat dari kata teman-teman)

cuma mama harap
mama dan dia
dapat luruskan niat
sucikan hati
lontarkan iri
hapuskan dendam(jika ada)
agar dapat berkerja dengan harmoni
dalam satu keluarga
dan menghasilkan kecemerlangan
untuk anak bangsa
amin

Sunday, December 25, 2011

Selamat Pagi


Pagi ni mama mulakan
dengan acara biasa
jalan-jalan cari makan

Mama bertiga bersarapan di warung
makan roti canai dan nasi lemak

adik tak nak ikut...
sayangkan bantal dan tilam

Sebelum kami bawa makanan
ke bilik
kami sempat ronda-ronda
melihat keindahan alam
ciptaan Tuhan

Cuaca pagi ni agak mendung

tapi nyaman

lalu kami pun snaplah
sepanjang perjalanan.
Tambah lagi tika ni agak sunyi
kerana tidak ramai penghuni
yang keluar
mungkin mereka masih berselimut
macam adik

atau mungkin macam Izzat
yang lebih selesa
melihat pemandangan
dari dalam kereta je
tanpa bahan bukti


memang berbeza
anak lelaki dengan anak perempuan


nasib baik mama perempuan
boleh temankan Inn
(ke terbalik tu!...hihihi)

cow boy


gambar jelah...

hari ni tak larat

sakit-berdenyut-denyut

kaki mama sakit....

sakit sangat

walapun lukanya kecil

tapi denyutannya Ya Allah

tak tahan

jadi...

buat karangan sendirilah

kerana idea dah beku

baru sedar...

isi dah terpesong

salah tajuk

huraian tak tepat

tiada kaitan dengan bahan rangsangan

tiada ungkapan indah

merapu-rapu

menandakan mama betul-betul sakit
huhuhuhu