Thursday, December 1, 2011

juga november


Dari kandungan lahir ke dunia
Anak comel bertukar remaja
Kini anakanda sudah dewasa
Malah kini sudah berpunya



Wahai anakanda mama berpesan
Jangan lupa suruhan tuhan
Malah jauhi segala larangan
Itu sahaja sebagai bekalan

Walaupun anakanda sudah dewasa
Hati mama dekat sentiasa
Ingin melihat anakanda sentosa
Baharu mama hidup selesa

Mama bertuah abah beruntung
Dapat anakanda tahu diuntung
Jadilah dahan tempat bergantung
Agar bencana dapat dilindung

Begitu cepat masa berlalu
Tapi..

kasih mama seperti dahulu
Tetap teguh seperti Kinabalu
Doa restu iring selalu

Selamat Hari Jadi wahai anakanda
Moga anakanda beroleh bahagia
Hidup anakanda aman sejahtera
Sihat walafiat setiap ketika
Hidup sejahtera di bawah lindunganNya







2 comments:

chalk is talking said...

kenapa saya sebak membaca post ini???ohhh~~

Unknown said...

mungkin kerana
saya sebak tika menulis post ini