Saturday, October 30, 2010

anis rohayu



Anis Rohayu bekas pelajar sekolah mama
yang aktif dan peramah
malah berbudi.

Sebenarnya mama tidak mengajarnya.

Tetapi dia aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu.

Jadi mama rapat dengannya.

Dia pernah mewakili sekolah

dalam pertukaran pelajar ke Jepun.

Selepas dia keluar dari SMART

mama jarang-jarang berjumpannya.

Tetapi jika terjumpa,dia masih seperti dulu

peramah dan mesra.

Setelah lama tidak berjumpa

kami bertemu semula dalam fb

mama dapat tahu dia sudah bertunang. Suatu hari dia menelefon mama

ingin berjumpa

dia datang ke rumah

datang dengan hajat.

Mengundang mama ke majlis perkahwinannya.

Cantik kad jemputannya.

Mama hampir-hampir tidak dapat pergi

kerana di minda mama majlis berlangsung 10.10.10

nasib baik tengah hari tu mama buka fb

dan terbaca ucapan tahniah

kebetulan abah tidak ada

jadi mama mula hubungi teman-teman yang turut dijemput

Alhamdulillah tercapai juga hajat mama

untuk memenuhi undangannya.

Tahniah Anis dan Azman.

Selamat melayari bahtera rumah tangga

moga belaian kasih mengusap kebahagiaan.

amin.

BBQ raya



13.9.2010 setelah balik dari kampung
anak-anak mencadangkan buat bbq

Mama setuju je
Jadi mamapun perap ayam,
kebetulan sate yang belum dibakar pun masih ada
Maka selepas solat magrib
bermulalah aktiviti kami
Sambil kami membakar
jejaka-jejaka yang sudah cukup umur pula....

main bunga api...
hiiiiiii....macam budak-budak


Semasa abah balik dari surau
kami dah dapat menghidangkan
hasilnya....
Tak sangka sedondon pulak....
hihihi....macam kain pelikat....

Aktiviti Hujung Minggu Bulan Oktober

Sabtu 2.10.2010

Setelah Syawal berlalu pergi mama sangkakan
keadaan pulih seperti biasa.
Rupanya salah jangkaan mama.
Sepanjang bulan November
hujung minggu mama penuh terisi.

Ahad 3.10.2010
Hari ini ada 2 jemputan,
rumah Ayah Cik dan Kie.
Tengah hari mama dan anak-anak ke rumah Ayah Cik.
Petangnya setelah ambil Inn dari tempat kerja
terus ke rumah Kie dan Ja.
Abah tak ada,ke Gua Musang
dan balik kampung kerana
ada majlis di pejabat Kota Baharu

Sabtu 9.10.2010 - Ahad 10.10.2010
Hari Keluarga tahun ini
diadakan di Pengkalan Balak,Melaka.
Mama memandu ke sana bersama 3 orang teman .
Seronok bersama ibu-ibu yang ceria.


Sabtu 16.10.2010

Mama hampir terlupa majlis ini iaitu
Jamuan PRS dan SLAD.
Mama sibuk mengemas ketika
Cikgu Jefri telefon.
Nasib baik rumah dekat,bergegas mama ke sana
mewakili teman-teman lain
yang tidak boleh hadir.
Hari ini mama terpaksa berucap mewakili pentadbir.

Ahad 17.10.2010
Apa yang mama buat hari ni?
Lupaaaa....

Sabtu 23.10.2010
Hi-Tea

Jamuan Akhir Tahun dibuat
di Hotel De Palma


Ahad 24.10.2010


Pukul 9.00 pagi mama dan abah bertolak dari rumah
ke Indera Mahkota,Pahang.

Kami menghadiri majlis perkahwinan
staf tempat abah bekerja,
teman Hafiz & Alzalia.
2 beradik berkahwin serentak.

Sabtu 30.10.2010

Pukul 11 bertolak ke rumah Kak Ani.
Mulanya hendak tumpang Soleha
tetapi memikirkan satu lagi
majlis yang perlu dihadiri
kami pergi 2 buah kereta.

Majlis cukur jambul Aleesya Sofea
diadakan sejak jam 9 pagi.

Mama terpaksa minta diri lebih awal kerana
akan bersama abah
ke Dewan Angkasaraya,TUDM.
Majlis perkahwinan anak saudara auntie.

Ahad 31.10.2010
Jamuan Koperasi SMART diadakan di Hotel Putera.
Pengetua dan PK tidak dapat hadir.
Terpaksa mewakili pengetua .



Oktober berakhir sudah.
Adakah November begitu juga?
Yang pasti November sibuk dengan pelbagai perancangan.
Dan 2 minggu untuk sesi berkurung.
Huhuhuhu....reda...

Friday, October 29, 2010

patah tumbuh hilang berganti



KAIT KELAPA KUKUR KELAPA,

KUPAS UBI MASAKLAH PENGAT;

HENDAK DILUPA TAK TERLUPA,

KERANA BUDI SUDAH TERPAHAT

Tn. Hj Zainal Abidin b Mokhtar

Mei 1982-Mac 1988

Sejak SMK Taman Keramat ditubuhkan sudah 8 orang

pengetua yang berkhidmat di sini.


Kemilau cahaya hiasan intan,

Ditempa indah ukiran tembaga,

Teguh bersulam dalam ingatan,

Budimu tuan tidak terhingga.


En. Hashim b Zakaria

April 1988-Mac 1989

Tetapi mama tidak sempat berkhidmat

dengan ketiga-tiga pengetua lelaki.


mawar di tepi subur sedesa,
Terkena seroja berselang keladi;

tuan berbakti menabur jasa,
Bagaimana dapat mengenang budi.


Allahyarham En. Mohd Ani b Sujak

Julai 1989-Oktober 1990h

Seorang demi seorang pengetua mencurahkan bakti

tetapi sudah menjadi ada dunia

ada yang datang,ada yang pergi

silih berganti

seperti kata orang tua

yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti.


Melur cempaka mekar di desa,

Bunga orkid bertambah serinya,

Sama memberi sama merasa,

Budi tuan besar ertinya.


Pn. Hajah Saripah bt Paidi

Nov 1990-Jan 1995

Semasa mama mula berkhidmat

di SMKTK pengetuanya ialah Pn.Hajah Saripah Paidi.

Beliau yang menukar SMKTK kepada SMART.

Beliau juga amat menekankan bekerja menepati masa

Ketika ini mama Ketua Panitia Sejarah.


Tualang merbau hiasan hutan

Diapit juga jati seraya

Datang puan kami alukan

Menyambung visi ke puncak jaya


Pn Hajah Sharifah Rohani bt Syed Ibrahim

Feb 1995-Mac 2003

Pada tahun 1995 Pn.Hajah Sharifah Rohani

pula menjadi ketua mama.

Beliau banyak mengajar mama tentang protokol

dan mengamalkan kemahiran generik.

Ketika ini mama menjadi Guru Kaunseling.

Puan Sharifah pulang ke Kuantan selepas bersara.


Memancar mutiara di dalam tiram

Mutiara matang jatuh berderai

segunung kasih kami titipkan

Sebagai tanda puan dirai


Pn.Hajah Latifah bt Mohd Isa

Mac 2003 – Dis 2006

Semasa Puan Hajah Latifah datang

mama Ketua Panitia Bahasa Melayu.

Beliau banyak mendorong mama untuk lebih berani dan yakin.

Semasa beliau ,SMART mendapat Johan Sekolah Harapan Negara.

Beliau mohon pindah ke sekolah yang lebih hampir dengan rumahnya

yang terletak di Saujana Impian,Kajang.


Kembang bebunga idaman ratu

Di pinggir hutan jadi hiasan

Puan laksana pusaka bermutu

Cemerlang usaha capai wawasan


Pn.Hajah Rihan bt. Mohd Salleh

Januari 2007 hingga 3 Mac 2009

Puan Hajah Rihan berwatak keibuan,

lembut orangnya.

Semasa ini mama menjadi GKMP Bahasa

dan Penolong Kanan Kokurikulum.

Beliau berpindah ke SMK Hulu Kelang.


Tepi bukit tanam selasih,

Singgah mari burung sekawan,

Niat hati menumpang kasih,

Apakan daya ditinggal puan.

Pn.Hajah Normah bt.Omar
4 Mac 2009 hingga kini....

Puan Hajah Normah ialah Pengetua Cemerlang.
Bersemangat dan bercita-cita tinggi.
Beliau sebelum ini pengetua di SMK Hulu Kelang.

Peranan mereka sebagai pengetua begitu besar.
Banyak sumbangan yang mereka taburkan
kepada warga SMART dan kepada mama khasnya.
Masing-masing banyak mengajar mama
menjalani kerjaya mama dengan reda.
Mama harap mama dapat menghabiskan
sisa-sisa perkhidmatan mama
dengan tenang dan berkerja dalam keseronokan.


Mekar bebunga suntingan rerama

Rerama hinggap di hujung dahan

Pengorbanan utuh kita bersama

Demi gemilang si anak watan


Jadi pantun lama ini mama rasa sesuai untuk mereka.
pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga


taman yang hilang