Friday, October 15, 2010

Menghitung hari

Debaran mama semakin kencang
apabila mama teringatkan detik yang bakal tiba
begitu cepat masa berlalu
November kian menghampiri
mama makin takut untuk menghitung hari

Tapi mama yakin adik,aki dan uzai sudah bersedia
Pedang sudah diasah,perisai sudah di tangan
hanya menunggu masa untuk
berjuang demi masa depan

mama panjatkat doa moga anak-anak mama
mengisi setiap detik yang tinggal
dengan sebaiknya
untuk ke medan juang
berusaha dan terus berusaha
bersama doa dan restu


Amirul
Aki
Uzai
Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
bahawa mereka akan menduduki peperiksaan
yang menentukan kejayaan
dalam medan perjuangan mereka.

Aku menyedari bahawa
segala usaha yang mereka lakukan
adalah di bawah kekuasaan dan kehendakMu jua

Justeru itu,aku memohom kepadaMu Ya Allah
Kuatkanlah ingatan
dan janganlah Engkau biarkan mereka terlupa.
Lapangkanlah dada mereka
dan janganlah Engkau sempitkannya.
Permudahkanlah segala urusan mereka
dan janganlah Engkau persulitkannya

Hanya padaMu aku memohon
Kurniakanlah kejayaan kepada mereka
dengan ketinggian dan kecemerlangan.
Jadikanlah mereka
golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu
di dunia dan di akhirat
Panjangkanlah usia mereka
dengan amalan ketaatan kepadaMu
dan suka berbakti kepada agamaMu

Amin.

1 comment:

kaktus said...

amin yra