Friday, October 29, 2010

patah tumbuh hilang berganti



KAIT KELAPA KUKUR KELAPA,

KUPAS UBI MASAKLAH PENGAT;

HENDAK DILUPA TAK TERLUPA,

KERANA BUDI SUDAH TERPAHAT

Tn. Hj Zainal Abidin b Mokhtar

Mei 1982-Mac 1988

Sejak SMK Taman Keramat ditubuhkan sudah 8 orang

pengetua yang berkhidmat di sini.


Kemilau cahaya hiasan intan,

Ditempa indah ukiran tembaga,

Teguh bersulam dalam ingatan,

Budimu tuan tidak terhingga.


En. Hashim b Zakaria

April 1988-Mac 1989

Tetapi mama tidak sempat berkhidmat

dengan ketiga-tiga pengetua lelaki.


mawar di tepi subur sedesa,
Terkena seroja berselang keladi;

tuan berbakti menabur jasa,
Bagaimana dapat mengenang budi.


Allahyarham En. Mohd Ani b Sujak

Julai 1989-Oktober 1990h

Seorang demi seorang pengetua mencurahkan bakti

tetapi sudah menjadi ada dunia

ada yang datang,ada yang pergi

silih berganti

seperti kata orang tua

yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti.


Melur cempaka mekar di desa,

Bunga orkid bertambah serinya,

Sama memberi sama merasa,

Budi tuan besar ertinya.


Pn. Hajah Saripah bt Paidi

Nov 1990-Jan 1995

Semasa mama mula berkhidmat

di SMKTK pengetuanya ialah Pn.Hajah Saripah Paidi.

Beliau yang menukar SMKTK kepada SMART.

Beliau juga amat menekankan bekerja menepati masa

Ketika ini mama Ketua Panitia Sejarah.


Tualang merbau hiasan hutan

Diapit juga jati seraya

Datang puan kami alukan

Menyambung visi ke puncak jaya


Pn Hajah Sharifah Rohani bt Syed Ibrahim

Feb 1995-Mac 2003

Pada tahun 1995 Pn.Hajah Sharifah Rohani

pula menjadi ketua mama.

Beliau banyak mengajar mama tentang protokol

dan mengamalkan kemahiran generik.

Ketika ini mama menjadi Guru Kaunseling.

Puan Sharifah pulang ke Kuantan selepas bersara.


Memancar mutiara di dalam tiram

Mutiara matang jatuh berderai

segunung kasih kami titipkan

Sebagai tanda puan dirai


Pn.Hajah Latifah bt Mohd Isa

Mac 2003 – Dis 2006

Semasa Puan Hajah Latifah datang

mama Ketua Panitia Bahasa Melayu.

Beliau banyak mendorong mama untuk lebih berani dan yakin.

Semasa beliau ,SMART mendapat Johan Sekolah Harapan Negara.

Beliau mohon pindah ke sekolah yang lebih hampir dengan rumahnya

yang terletak di Saujana Impian,Kajang.


Kembang bebunga idaman ratu

Di pinggir hutan jadi hiasan

Puan laksana pusaka bermutu

Cemerlang usaha capai wawasan


Pn.Hajah Rihan bt. Mohd Salleh

Januari 2007 hingga 3 Mac 2009

Puan Hajah Rihan berwatak keibuan,

lembut orangnya.

Semasa ini mama menjadi GKMP Bahasa

dan Penolong Kanan Kokurikulum.

Beliau berpindah ke SMK Hulu Kelang.


Tepi bukit tanam selasih,

Singgah mari burung sekawan,

Niat hati menumpang kasih,

Apakan daya ditinggal puan.

Pn.Hajah Normah bt.Omar
4 Mac 2009 hingga kini....

Puan Hajah Normah ialah Pengetua Cemerlang.
Bersemangat dan bercita-cita tinggi.
Beliau sebelum ini pengetua di SMK Hulu Kelang.

Peranan mereka sebagai pengetua begitu besar.
Banyak sumbangan yang mereka taburkan
kepada warga SMART dan kepada mama khasnya.
Masing-masing banyak mengajar mama
menjalani kerjaya mama dengan reda.
Mama harap mama dapat menghabiskan
sisa-sisa perkhidmatan mama
dengan tenang dan berkerja dalam keseronokan.


Mekar bebunga suntingan rerama

Rerama hinggap di hujung dahan

Pengorbanan utuh kita bersama

Demi gemilang si anak watan


Jadi pantun lama ini mama rasa sesuai untuk mereka.
pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga


No comments: