Monday, July 30, 2012

Pening jugak...



susah juga rupanya
nak buat pilihan...
pikir punya pikir..
apa ye?
belum ketemu yang pasti...



haiiii...
apa?
nenek?
tok?
granny?(hahaha)
onni?
nene?
nenda?
ninda?



oooo...
pening...pening...
Alya....please....





Shepherd's Pie


Semasa solat hajat
rumah Ayah Cik,Chik bawa Shepherd's pie
Sedap...hingga licin

Inn pun berkobar-kobar nak buat
Lalu buka blog chik
tengok bahan untuk dibeli
dan hari ni dia pun buat
menjadi...
best...

lalu mama pun...
copy resepinya
Terima Kasih Chik/adik..(halal ye?)


bahan2 


500gm daging kisar
1 ulas bawang putih-dicincang
1 labu bawang besar-dipotong dadu
1 1/2 cawan mix vege
8 biji cendawan dalam tin-dibelah 4
3 biji buah tomato masak
2 batang daun celery-diracik halus
1 1/2 sb lada hitam-ditumbuk
1 kiub stok daging – guna kiub  chicken stok
sedikit garam-jika perlu.
1 bungkus mozarella cheese 

1 tin campbell mushroom sup
cara 
panaskan minyak
tumis bawang besar dan bawang putih
masukan daging kisar dan cendawan.
kacau rata hingga daging masak.
masukan tomato dan semua bahan lain kecuali cheese.
dan gaul rata hingga masak.

bahan2 kentang atau mash potato


1 kg kentang-buang kulit,cuci bersih kemudian kukus hingga kentang lembut
1/2 cawan susu segar
2 sb mentega
serbuk lada sulah dan sedikit garam
kentang dilecek dan digaul bersama susu dan lada sulah
ketepikan

cara nak buat Pie
sediakan bekas kaca atau acuan pie
ambil mash potato dan ratakan dalam acuan
masukan inti daging
curahkan sop campbell yang telah dimasakkan dan disejukkan

tutup dgn mash potato semula -
akhir sekali taburkan mozarella cheese di atas permukaan 
bakar di dalam oven yang sudah di panaskan 200 c selama 30 minit atau sehingga permukaan atas keperang - perangan

pindah rumah 
kongsi rumah



Sunday, July 29, 2012

sujud syukur

Syukur....syukur...
syukur yang tidak terhingga....
Allah kurniakan mama macam-macam
dan
Allah tunaikan doa mama
satu demi satu...

Mama terharu...
kerana doa mama yang serba daif
tetap Allah makbulkan....
Alhamdulillah...

Dan sewajarnya mama sujud syukur
Ya Allah Yang Maha Agong
Alhamdulillah,Terima Kasih...syukur...
Itu saja yang mampu mama ucapkan.


Saturday, July 28, 2012

Sotong Goreng


BAHAN-BAHAN
4 ekor sotong - dipotong bulat
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
3 biji telur - dipukul dengan sedikit garam

CARA MEMBUAT
1. Bersihkan sotong dan ketepikan.
2. Campurkan kesemua tepung dan gaul sebati.
3. Panaskan minyak, celup sotong di dalam telur dan kemudian golekkan di atas tepung yang telah digaul tadi.
4. Goreng sehingga kekuningan.
5. Angkat dan sedia dihidang dimakan dengan nasi ataupun dengan sos.


pindah rumah 
kongsi rumah

minggu sibuk serumah...




Sejak dua tiga hari ni abah dah bersungut2
kakinya sakit...
mama pula tak sempat nak tengok2 sangat
jeling2 je dan dengar2
almaklum bergelar nenek berkerjaya
semua kena buat






Tengah hari bila waktu balik
tak tunggu lagi
terus cabut...tak seperti selalu
nak masakkan kepada yang berpantang
kesian dia kalau mama lambat



jenguk baby kejap...
biasanya masa ni dia tidur...
mama pun betulkan urat kejap
dan pasti ada saja gangguan untuk mama berlama2
hihihi



ke dapurlah pulak
ketung ketang...ketung ketang
eheheh...dah berbuka....


malam main2 dengan cucu
borak2 dengan yang berpantang dan pasangannya
oiii...dah dekat 12 malam?
 haaaa...jenguk2 blog kejap
terapi minda sebelum tidur




tidur kejap...
oooo dah 4.30...
jom ke dapur...
masak,sahur,kemas....
tongtingtongting....
oooo dah pukul 6.00 pagi
bersiap pulak nak ke tempat kerja
eiiiii padatnya jadual...


letih tapi bahagia
lesu tapi lega...
syukur atas segalanya...




Ikan Masin Goreng


ikan kurau masin-dipotong kecil
bawang merah-dimayang
cili hidup-dimayang

cara:
1. goreng ikan masin hingga masak
2. masukkan bawang dan cili.

pindah rumah 
kongsi rumah





Friday, July 27, 2012

puteri


23.7.2012


 24.7.2012



25.7.2012



26.7.2012

Tuesday, July 24, 2012

Singgan Tulang


Bahan-bahan
700 gm tulang bercampur daging
6 ulas bawang merah~dimayang
4 ulas bawang putih~dimayang
2 inci halia~diketuk
2 1/2 inci lengkuas~dipotong nipis
1 sb ketumbar biji~ditumbuk separuh lumat
1 sb jintan manis-ditumbuk
5 biji cili kering~dipotong,dibersihkan ,rendam sekejap .
2 keping asam keping /gelugur.
garam secukup rasa
air untuk kuah.

Cara membuatnya.

1. Rebus tulang&daging dalam periuk hingga mendidih.
2. Bila dah mendidih . masukkan semua bahan kecuali bawang dan garam.
3. Biarkan kuah mendidih sehingga daging dan tulang empuk.
4. Masukkan bawang yang dimayang dan garam .
5.Rebus lagi,biarkan semua bahan mesra.
6. Rasai garamnya dan bolehlah diangkat.









pindah rumah
kongsi rumah

Monday, July 23, 2012

Sambal Mangga


Bahan-bahannya:
cili
mangga(dicincang)
isi ikan bakar(tumbuk)
garam
gula

Cara-caranya: 
Tumbuk cili,garam gula dan sedikit mangga
Gaul dengan ikan tumbuk dan sebahagian lagi mangga yang dicincang


pindah rumah 
kongsi rumah



cucunda sulung

2 . 39 pagi  angah call
bersiap-siap...

 
debaran menunggu
hingga atuk terlena


 Akhirnya  .....
23.7.2012
 4.50 pagi di Ampang Puteri
alhamdulillah

 bilik yang bakal dihuni

 2 . 59kg
 baby girl
 syukur alhamdulillah
oh....
dah bergelar nenek...
amin