Sunday, July 8, 2012

jamah perut



Kandungan Kak Alzalia dah masuk 7 bulan...
Memang mama merancang sekembali dari Mekah
kami nak buat doa selamat kecil-kecil.
Nak panggil bidan untuk 'jamah perut'.

Jadi sekembali dari sana mama merisik-risik
dari 'adik-adik' di sekolah...
tanya cara kerana dah lama tinggalkan arena itu...
kilang dah lama tutup...tambah pulak ini cucu sulong.

Memang benar sekarang dah tak de lenggang perut...
Mama dulu pun hanya along je yang buat...
empat lagi hanya jamah  perut...betulkan kandungan.
Jadi bila abah bertanya, mama terus call bidan yang dicadangkan.


Mula-mula niatnya nak panggil bidan je
dan buat doa selamat di surau
kerana mama masih kurang tenaga - letih (kuang....kuang...kuang)
tapi abah cadangkan jemput Tok Mi dan adik-adik
makan ala kadar - beli je.


Oklah...
Lalu mama pun  gi ambil Tok Mi tapi Tok Mi tak larat
dia akan datang esok.
Odw nak ambil Tok Mi mama sms semua 5 beradik
Jemputan berbunyi:

Dijemput dinda sekeluarga bersarapan roti canai
pada pukul 9.30 pagi esok di TKP...


Balik dari sana mama kukuslah sikit pulut kuning/nasi kunyit
hihihi yang ni konon-konon untuk hiasan
nak raikan ulangtahun perkahwinan 2 pasang yang jatuh pada bulan Jun.


Tapi....hihihi
tak sempat nak hias....bidan dah sampai
tak sempat nak ucap kerana keadaan yang agak sibuk(ewah)
kerana tika tetamu sampai....tuan rumah masih dijamah perutnya
kahkahkah...
Tapi biarpun  terlewat tapi nak ucap juga

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN BUAT
Haris &Dik Nor
Hafiz &Alzalia

yang menyambut pada tarikh yang sama
semoga bahagia berpanjangan dan di bawah rahmatNya
Amin.

2 comments:

chalk is talking said...

Terima kaseh atas ingatan..Xtaw pn pulut tu dbuat khas untk kami ber4..kalo x i dah bungkus wat blek..hahaha.sdap.thank you.

Unknown said...

tok den nok bukus...tekpon nok balik cepat sangat....