Sejak 26 Jun mama meninggalkan Keramat
menyusun langkah ke Kelang
demi tuntutan kerja
Kami bertujuh termasuk big boss
memberi fokus menunaikan tanggung jawab
di bilik 2023 selama 5 hari 5 malam
Kami cuba selesaikan sebanyak mungkin
cuba fahami sejelas mungkin
sebelum anak buah tiba
pada 1 Julai
1 julai kami akan berpecah
masuk ke bilik masing-masing
bersama-sama anak buah yang bakal berjuang bersama kami.
Oleh itu big boss ajak keluar
bukan jauh sangat pun
dekat-dekat situ je
dia nak belanja.
Mama mulanya agak keberatan
kerana di sini tak pernah sempat lapar
malas rasanya nak menapak ke sana
tapi ...sebagai menghormati pelawaan boss
mama ikut juga teman-teman ke sana.
Kami ke situ bertujuh
oooo ini ke Mas Merah
yang mereka sebut-sebut tu...
Hiiii walaupun dah kenyang...
tengok apa yang mama order
bestttt....
Terima Kasih Tuan Haji....
No comments:
Post a Comment