Friday, July 13, 2012

Pindah

                                

Hari ni memang mama nekad
pindah je ke rumah ni
kerana ambil berkat hari Jumaat
yang lebih penting abah tak de
tak terganggu...walaupun abah tak pernah kisah



Tambah lagi esok dan lusa tak kerja
walaupun esok ada ceramah/kursus/taklimat
hingga petang...
tak pe esok tadah telinga je...
tak payah nak buat persediaan



Jadi mama dah mula pindah sikit hari ni
kerana mama dah cuba dan cuba tapi...
tak berhasil...
dah tanya merata-rata
dah minta nasihat
tapi...masih tak berjaya...






Inilah jadinya jika tidak beri perhatian
selalu abaikan...
kan ini kesannya...
rumah tu dah berabuk...
 20 Ogos 2011 tarikh akhir
mama tinggalkan kesan di situ




selepas tu mama jenguk-jenguk dari luar je
tak pernah masuk
hingga menjelang Ramadan ni
mula terfikir macam-macam
nak masukkan ke situ...
tapi....tak berjaya
mama lupa...




Mama lupa email untuk blog ni
lupa passwordnya...
lupa password yahoo mama
kerana mama jarang buka
dan banyak sangat, ( tapi...bukan kerana tua)
sebenarnya mama ada 3 
Yang pertama untuk mama masukkan aktiviti/laporan kerja
Yang kedua lebih berbentuk dairi
dan yang ketiga hanya resepi untuk anak-anak



Hihihi...memandangkan mama jarang memasak
jadi...rumah yang ketiga ni jarang
mama masukkan bahan...
hah! ni baru nak post kerana puasa dah dekat
maklumlah jika puasa, ada je idea
dan sumbangan dari teman-teman.



Tapi terkecewalah pulak
bila rumah boleh buka tapi tak leh masuk
huhuhu....
jadi mama ambil keputusan pindah je bahan
dari rumah tu ke rumah ni

 

Along kata...
ambil masa...
tapi nak buat macam mana
mama pindahlah sikit-sikit...
lagipun bahannya tak de lah banyak sangat
mama harap mama dapat pindah semuanya minggu ni
kerana mama bimbang bahan itu akan hilang nanti...




Jadi untuk sementara ini
terpaksalah berkongsi  rumah...
Tapi masih berharap mama boleh masuk
dan menghias rumah tu semula...
sayang sangat rumah tu...dibuat dengan penuh kasih sayang
Tolonglah mama....
jangan sampai rumah tu runtuh atau berhantu.

*Bantuan anda amat dihargai....(hihihi)



No comments: