Thursday, September 26, 2013

dua


2 hari berbeza
18.9.2013
20.9.2013
2 tempat berbeza
SMK Setia Alam
Pusat Kawalan Kusta Sungai Buloh
2 acara berbeza
Taklimat sebut harga kantin
Program kemilau Sinaran Pengorbanan

tapi...
watak yang sama
- PK HEM


Tuesday, September 24, 2013

cari penyakit

tak de siapa yang suruh
tak de siapa yang paksa
mama yang bersungguh-sungguh
ingin kenal....ingin tahu
semuanya kerana simpati


hendak seribu daya
mama cari....mama gali
search sana search sini
ala-ala detective conon...

 
dan akhirnya....
huhuhuhu...
berlinangan air mata
sebaknya dada...sayunya

Ya Allah tabahkanlah  mereka...
ketika melalui ujianMu ini
makbulkan doa mereka...
mereka amat memerlukan pertolonganMu
 
 





Sunday, September 22, 2013

berjurai

Hari ni berjurai lagi air mata mama
sebak lagi dada mama
mama terjumpa di alam maya
mama terjumpa fbnya

air mata deras mengalir
tika membaca deretan kata dari teman2nya
ribuan doa untuknya
jutaan harapan untuknya

dia masih muda...
seusia anak mama
 begitu jelita...begitu ayu
sesuai dengan namanya..

tapi dia telah diduga
dugaan yang begitu berat untuk dipikul olehnya
ditanggung oleh keluarganya
sebelum ini air mata mama mengalir
tika membaca luahan bondanya saban hari
tapi kini kian berat rasa dada mama...
tika menatap wajah cerianya dulu
 

 walaupun mama hanya kenal mereka
di alam maya
tapi mama rasa begitu dekat...
tiap hari...pasti mama ikuti perkembanganya...
walaupun agak sukar meninggalkan kata
kaku untuk mencatat...kelu untuk berkata

bangkitlah anak...bangkitlah
ibumu rindu menanti
anak-anak dan suami inginkan belaian
ahli kelurga mengalas harapan
teman-teman setia menanti
mak cik pun...
bangunlah anak...


janji lagi...

dua tiga hari ni inn asyik duk merayu-rayu
merayu pada yang kasih
pada mamalah tu...
merayu pada mama supaya pergi jenguk dia
dia tak leh balik
nak exam....
tu mesti ada hajat yang duk merayu2 tu


Hari sabtu...
tak leh....mama ada ladap di sekolah
petanglah...
letihlah amat...
sedarlah wahai anakanda...
bondamu ni dah tua....

Hari Ahadlah...
takleh...mama dah janji dengan Tok Mi
Bawalah Tok Mi sekali
takleh tok mi dah janji nak jumpa orang

oklah...hari Isninlah
Insya-Allah
jadi mama pun janjilah dengan Izzat

Ajak Izzat ikut sama
untuk buat semangat
kerana mama masih tak pasti
jalan ke rumah sewa Inn


ala-ala sesat jugaklah
sesat-sesat manja gitu...
tapi ok je...

kami bawa dia ke JJ
(sebenarnya atas permintaannya)
rupanya dia nak makan piza...

alah konon-konon terliur
tengok mama dan Alya
alasan....alasan...
eiii budak ni tak malu sungguh
rupanya dia dah beritahu...
tak tahu mana lagi tu...
royak doh...
eih..eih...eih...

janji


 15.9.2013
mama dah janji dengan tok mi
nak ambil tok mi kelmarin...
tapi balik dari sekolah
tengah hari kelmarin
mama keletihan...terus pengsan (haiperbolalah pulak)
petang pulak hujan menderu-deru
tak jadilah ambil tok mi

pagi- pagi ni mama dan Izzat gi ambil tok mi
dari sana menuju AU5
ke tempat kesukaan tok mi
untuk bersarapan


tok mi sebenarnya ada date hari ni
date dengan gadis sekampung
ada busines...
tentulah sebagai pembeli...bukan peniaga

sementara menunggu si gadis tiba
kami minum-minum di Madam Lim's Restaurant
@ restauran Nyonya


setelah diberi penerangan...
tentulah terpikat
dan terbeli....
nasib mama baik....
ada satu je...
kalau tidak nyaris...hihihi
balik dari sana ronda-rondalah pulak
ke Taman Melati...juga tak buka
ke Taman Melawati ...cari restauran yang dicadangkan
jumpa...
nampak R....tapi K tak nampak
tak singgah pun...
intai-intai je kerana perut masih kenyang.

Saturday, September 21, 2013

dengan kad

14.9.2013
 
  
dari beg nenek

dapat kad



eik...gaya apa ni?
 



 bertukar tempat

 susun
baca

  
letih dah...

rehat kejap...

bangun semula...

hihihi

Ruz Aladdin

14.9.2013
Sabtu - malam
abah dah gi gm
inn tak balik
 

dah buat date dengan 2 jejaka
untuk keluar makan malam

saat akhir seorang jejaka
tarik diri...tengok bolalah pulak

telefon anak cucu
tak leh  gi...ada hal
dan si alya beradu

jadi...
berdua-duaan jelah
dengan along

makan nasi biryani
di Ruz Aladdin
bukan Ruzaini
Sedap....
Tq along
Tqvm...