Tuesday, April 30, 2013

MC

 
MC lagi...?
seperti di atas?
bukan....bukan...
kenapa?
kerana wajah....jauhhhhhhhhh berbeza
oooo bagai langit dengan bumi
body?...lagiiiiiiiii jauhhhhhhhh
eiiii jauh panggang dari api
jadi.....bukan.....bukan mc tu...
bukan pengacara majlis
tapi cuti sakit....

makanan orang sakit

mama teringat...tahun lepas pun
mama deman dan batuk masa-masa gini jugak tika
nak gi umrah....
lalu mama rujuk blog mama
yang merangkap dairi mama 



 kan betul....
tahun ni 27.4.2013
tahun lepas 22.5.2012....mula-mula kena
25.5.2012 baru gi klinik


sebelum tu....
14.6.2011....
2010....tak tercatat kerana tika tu sibuk
nak sambut menantu...tapi
Inn kata lepas kenduri tu mama deman teruk...
yalah...betul....
maknanya....selepas 19.6.2010



Kesimpulannya @ kebetulannya
pada pertengahan tahun perlu hati-hati
kuatkan ketahanan diri...
dan elakkan perancangan besar pada
pertengahan  tahun...ok tak?
tapi...tu lebih kurang bd I tu....
alah....bukan sambut sangat pun....hihihi

 

post mortem



 

27.4.2013 - Sabtu
Sekolah ganti....
dan  kami menjadi tuan rumah 
Pertandingan kawad kaki St.John


mama tak sempat nak ikuti pun....
sibuk uruskan itu ini
termasuk e-kedatangan dan masuk kelas pulak
ada lagi tetamu...
emmm

balik sekolah...terus gi rumah auntie nasran
...Ijab kabul Sheree....tahniah
Mama makan sikit je -ambil syarat
kerana di sekolah dah makan

balik rumah terkocoh-kocoh
bersiap nak ke majlis perkahwinan pulak
aduiii letihnya...dan....
sesekali batuk dan bagai sesak nafas


di sini mama tak makan...
hanya cendol....sambil tunggu abah makan
balik rumah batuk makin meriah
deman dah mula berjinak-jinak

sebenarnya otw nak gi kenduri  dan balik 
tadi abah dah buat post mortem:
mama makan apa kat sekolah?
(nasi dengan gulai ayam-jawab dalam hati)
makan apa kat rumah auntie nasran?
(entah sejemput je makan...tak de yang luar biasa-
juga jawab dalam hati)
lain kali tak yah minum ais...tadi minum cendol
kali ni bukan ayat tanya tapi ayat penyata
(eleh mangkuk kecil cenonik je...jawab juga...juga dalam hati)


tapi sebenarnya faktor usia
kekuatan badan dah kurang
bagai ranting kering,baru je sentuh dah patah
belum lagi goyang
cuma yang pelik atau faktor cuaca
dari 2 tahun lalu(yang ingat)
pertengahan tahun cam ni mesti deman dan batuk kuat
huhuhuhu


balik rumah...main dengan alya
rasa ok sikit....
ok...tak ok...ok...tak ok...

Thursday, April 25, 2013

pegaga

23.4.2013
selepas kerja

ke Pegaga lagi...


odw nak ke Melawati...


Nak cari sesuatu untuk AJK



walaupun yang dicari tak dapat pun...
tapi perut kenyang...

Wednesday, April 24, 2013

pizza

 21.4.2013



abah masih lagi sibuk dengan kereta angah
bawa ke bengkel dan siap tunggu
mama dah masak awal-awal
kerana lepas ni nak keluar


Sedang kami memasak....
tiba-tiba...
husss...gas habislah pulak
terbengkalai tugas kami


Jadi...
Jom gi potong rambut
ok....
tak habis di situ...ada pulak permintaan
nak makan dulu.



makanlah kami dua beranak di JJ
tak makan pizza
tapi saudara saudarinya...
ok best jugak....kenyang jugak



Balik dari sana...
Inn bersiap-siap nak ke CJ
dia tump[ang kawannya....
abah masih sibuk dengan kereta....
ayah oh ayah....







nursery

20.4.2013

main-main ...
ala-ala di nursery
kak humyra tunjukkan gambar di hp
pada si kecil alya

mainan kak humyra

mainan alya...

serupa...sama

waktu menyusu

waktu untuk berehat

sambung balik


dengan abang Ipan pulak...
pandai abang Ipan melayan...

Tuesday, April 23, 2013

2 puteri


20.4.2013



Hari ni mama ada 2 puteri
tempat bergurau
tempat bermanja



Puteri pertama namanya
Aeisya Nur Humyra
Puteri kecil pula namanya
W.Alya Nur Hafizah


Humyra lahir pada 3.1.2011
Alya pula lahir pada 23.7.2012
bermakna Humyra dah berumur 2 tahun 3 bulan
manakala Alya berumur 9 bulan.

kalau kak auni @ dik ma ada
pasti lebih meriah dan ceria.

Humyra mula-mula malu-malu
dan ada sedikit rasa jelezzz
almaklum belum ada adik
tapi akhirnya ok...




macam-macam

Sabtu : 20.4.2013

dimulakan dengan rutin harian...
dan terjumpa ubi ni....
oiii dah lama ni ....siap dah tumbuh akar....



Lepas tu ke JJ nak beli keperluan Inn
tapi naik bahagian atas dulu
sempat beli barangan dalaman
dan baju untuk Alya dan untuk teman yang lepas berpantang.



Tak sempat ke bahagian lain kerana abah telefon
Tok Mi datang ke rumah dengan Ayah cik.
Jadi...kami terus balik...
Tapi Ayah Cik dah tak de....kle Gombak.




Abah pergi ambil alya
dan Su nor datang odw nak ke BC
jadi dua puteri ni menjadi penyeri
jadi 'mainan' Inn

Petang Cik Ngah ,Ayah Ngah dan Ipan pula datang...
datang dengan kereta merah...kereta baru
tapi...mama tak sempat nak naik....


  

Cik Ngah juga bawa rojak dan apam balik
OOOO penuhlah meja....
Tapi sayangnya terlupa nak ambil bahan bukti
banyak sangat bahan nak bercakap
TK Pah....

 

Selepas magrib sekali lagi ke JJ
beli barang Inn dan barang dapur
nak potong rambut....tapi,kedai dah tutup
Jadi...gi bermesra dengan kerusi sakti
oooo nikmat...




Monday, April 22, 2013

nyamuk & kelambu

22.4.2013

Macam mana nak mula ye?
ooooo...nyamuk ye?
memang bahaya...
perlu dihapuskan
tapi....
marahkan nyamuk janganlah sampai kelambu dibakar


tindakan dan ucapan kita ...
sepatutnya biarlah berhemah
bagai menarik rambut di dalam tepung
rambut jangan putus,tepung jangan terserak
kan lebih elok...kan lebih manis...


dan kita kadang-kadang alpa...lupa
bahawa sebenarnya kita
sering seperti kata peribahasa
kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak


sepatutnya dalam kumpulan
dalam organisasi kita biarlah
berat sama dipikul ringan sama dijinjing


juga...
hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah



dan janganlah kita mengikut hati
tanpa memikir hati orang lain....
jangan juga seperti enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing.

Sekian...