Kadang-kadang tanpa kau ketahui
ada orang yang sering ikuti perkembanganmu
dari jauh
memerhati....
dengan penuh prihatin
dan kadang-kadang 'dia'
ingin menghulur simpati
ingin memberi nasihat
sebagai tanda kasih sayang
dikala kau gelisah,kecewa
dia ingin mengingatkan
bahawa kau tidak keseorangan
dan yang penting...
Allah sentiasa bersamamu.
Jadi...
mengapa pilih sedih?
bangun...hadapi...
yakin boleh....
No comments:
Post a Comment