Thursday, September 30, 2010

susur galur bahagian 3:Mi


Puteri kedua Tok Ayah dan Mak Aji ialah
bonda kesayangan mama iaitu Tok Mi.



Tok Mi....macam seniwati Zaiton
(patutlah mamapun iras2 artis...hihihi)
Tok Bat yang waktu mudanya
bergiat aktif dalam pengakap.
Perkenalan Tok Bat dengan Tok Mi
telah membawa ke jinjang pelamin.

Tok Bat dan Tok Mi
telah mendapat 6 orang cahaya mata
3 perempuan dan 3 lelaki

Haaa...inilah putera puterinya...
Mama dan Ayah Teh...
cun kan...
Ini pula ...
dua lelaki dua perempuan
iaitu
mama,ayah teh,ayah ngah dan chik...

Yang ini ketika kami dah remaja
tinggal di Lorong Sentosa,Kg.Raja.
Musykil...ayah teh sekarang tinggi macam ni ke?

Yang ini bertambah seorang lagi
iaitu ayah cik
jarak usianya agak jauh daripada cik
kami menyangka chik yang bongsu
sebab itu hingga kini
pangilan adik masih kekal digunakan.

Pada mulanya ingatkan Chik,
lepas tu ingatkan ayah Chik pula yang bongsu
tetapi rupanya ada seorang lagi
untuk sekata
3-3
maka lahirlah su nor.

Wednesday, September 29, 2010

susur galur bahagian 2:Long

Tok Long ialah cucu sulong chek dan mak besar
dan anak sulong kepada tok ayah dan mak aji.

Tok Long telah berkahwin dengan Wan Hassan
pada usia yang begitu muda.
Walaupun masih mentah dia cuba
belajar dari keadaan sekitar.

Hasil perkahwinan itu
mereka dikurniakan seorang putera
tetapi sayangnya
umurnya tidak panjang.
Bayinya meninggal dunia semasa dilahirkan.

Juga tanpa diduga
badai melanda bahtera mereka.
Mereka bercerai walaupun
kasih sayang antara mereka masih mekar...
itulah pengakuan Tok long pada mama.

Dan selepas itu Tok long bertemu jodoh pula
dengan Teh Said yang berasal dari Malawi Kelantan.
Mereka dianugerahkan seorang puteri.


Puterinya itu ialah cik su Ros.
Dialah belahan jantung mereka berdua.
Cik su dijaga bagai menatang minyak yang penuh.

Tok long mempunyai banyak keistimewaan.
Dia belajar dari kesilapan silam.
Mama turut mendapat kasih sayangnya.
Mama bersyukur mempunyai ibu saudara sepertinya.

Pada tahun 1991 dia telah meninggalkan kita semua.
Dan selang beberapa tahun selepas itu Tok Long lelaki
pula meninggalkan kita.
Al-Fatihah.

susur galur bahagian 1:Moyang

HAJI AWANG BESAR

Moyang mama bernama Awang Besar.
Mama panggil dia Chek .
Dia telah berkahwin dengan Marasa
yang mama panggil Mak Besar.
Kedua-dua mereka telah pergi menemuiNya.
Tapi mama bertuah kerana sempat bersama mereka.

HAJAH MARASA BT DIN
Hasil perkahwinan mereka,mereka dikurniakan
hanya seorang puteri yang diberi nama Lijah
yang mama panggil Mak Aji iaitu nenek kesayangan mama.

HAJAH LIJAH BT AWANG BESAR
Mak Aji telah berkahwin dengan Tok Ayah dan dikurniakan
5 orang cahaya mata iaitu 3 perempuan dan dua lelaki.

HAJI SALLEH BIN ABDULLAH
Putera puteri mereka ialah:
HAJAH ZAINAB BT HAJI SALLEHMama memanggilnya Long(Tok Long).
Dia amat rapat dengan mama kerana
Long hanya mempunyai seorang puteri
dan puterinya pula adalah teman sepermainan mama.

HAJAH ZAHARAH BT. HAJI SALLEH

Puteri kedua mereka ialahMi( Tok Mi) iaitu bonda kesayangan mama.
Tok Mi pula mempunyai 6 orang cahaya mata.


HAJI YASIN BIN HAJI SALLEHPutera Tok Ayah mama panggil Ayah Chik(Tok Chik).
Dia begitu rajin dan bijak sejak dari kecil.

HAJAH FATIMAH BT HAJI SALLEH
Seterusnya ialah Yam atau Tok Yam.
Menurut cerita sepatutnya Tok Yam dipanggil Cik Da
tapi Tok Yam tak mahu...teka kenapa..
hihihihi

HAJI SHUKRI BIN HAJI SALLEH
Putera bongsu pula ialah Ayah Su(Tok Su)
Tok Su pun sama dengan Tok Cik
berjaya dengan cemerlang.

Tuesday, September 28, 2010

Kenal?tak kenal maka tak cinta...


Cuba teka siapakah yang comel ini
hihihi...siap menjeling lagi
tengok bibir...

Ini juga aksi menjeling
mungkin zaman ini zaman jeling menjeling
maaf gambar dah rosak
tapi orangnya makin kacak...
hahaha...


hah...kenapa agaknya masam dan serius je
...kerana zaman kanak-kanaknya
bila dengar klip kamera
barulah dia senyum...hihihi


Siapa pula dia ni?
tengok mata dan bibirnya...
masa kecil memang anti bergambar
pasti menangis
berbeza dengan sekarang
kihkihkih

hahaha
model terkenal pada zaman itu
rasanya tiada tandingan hingga ke hari ini
Lihat gayanya....
dan siulan daripada peminat...
adus....sakitnya perut....
kahkahkah

husss yang ini
memang bersedia habis
pasti jurugambar dan pembantunya
memainkan peranan yang baik
siap mata bulat senyum simpul....
betul ke matanya sebulat ini???
kwah...kwah..kwah...

tempat berteduh

Ketika mama kanak-kanak mama banyak habiskan masa
mama di rumah ini bersama Mak Aji dan Tok ayah
kerana Tok Mi dan Tok Bat mengajar.
Banyak kenangan manis yang tersimpan di sini.

Kg.Bunga,Kuala Besut

Setelah mama bersekolah mama tinggal
bersama Tok Mi dan Tok Bat
di Alor Lintah sekejap
kerana selepas itu mereka berpindah
ke Lorong Sentosa,Kampung Raja.
Ketika mama di Tingkatan 4 dan 5
mama tinggal semula dengan Mak Aji dan Tok Ayah
kerana ketika ini mereka hanya tinggal berdua.
Tetapi ketika ini mereka telah tinggal di rumah baru
di Kg.Gertak 100,Kuala Besut.
Semasa di Tingkatan 6 mama berulang alik
antara Kuala Besut dengan Kg.Raja.
Tok Mi dan Tok Bat telah pindah ke rumah baru
di Jalan Hospital,Kg. Raja semasa mama di Tingkatan 6.
Pada 1985 mama tinggal
di Guchil,Kuala Krai.
Ketika ini mama bertugas di SMSYP
mengikut abah yang bertugas di sana.
Setelah 6 tahun tinggal di sana kita pindah ke KL
kerana abah dipindahkan ke sini.
Semasa mula-mula sampai di KL
kita menyewa di Desa Keramat.Kita akhirnya berpindah ke AU1B
apabila tuan rumah ingin tinggal di situ.
Rumah kali ini rumah baru,kita penyewa pertama.
Itu sebabnya mama menyayangi rumah itu seperti rumah
mama sendiri.

Pada tahun 1993,ketika sarat mengandungkan
adik Amirul kita berpindah pula
ke AU1A/3D.
Alhamdulillah kini mama tinggal di rumah sendiri.

Monday, September 27, 2010

memburu cita



Di dan Zu
ke ........



Adik ke Bandung
Syed ke .....Along ke Akita Jepun
Aween ke Australia
Abang ke Mesir

aura


Suatu hari rakan sejawat pergi kursus
balik dari sana dia membawa
petua
katanya dalam berpakaian ada aura warna
supaya nampak berseri dan anggun
terutama bagi kami pentadbir
yang sudah senja

pilihan warna mestilah mengikut hari iaitu
warna putih untuk hari Isnin
warna pink untuk hari selasa
hari rabu warna biru
warna kuning atau oren pada hari khamis
hari Jumaat warna hijau
warna merah pada hari Sabtu
dan pada hari Ahad warna hitam
Warna lain?
hihihi...pakai waktu malam kot...
jom kita cuba moga kita kelihatan ayu gitu...