Wednesday, September 29, 2010

susur galur bahagian 1:Moyang

HAJI AWANG BESAR

Moyang mama bernama Awang Besar.
Mama panggil dia Chek .
Dia telah berkahwin dengan Marasa
yang mama panggil Mak Besar.
Kedua-dua mereka telah pergi menemuiNya.
Tapi mama bertuah kerana sempat bersama mereka.

HAJAH MARASA BT DIN
Hasil perkahwinan mereka,mereka dikurniakan
hanya seorang puteri yang diberi nama Lijah
yang mama panggil Mak Aji iaitu nenek kesayangan mama.

HAJAH LIJAH BT AWANG BESAR
Mak Aji telah berkahwin dengan Tok Ayah dan dikurniakan
5 orang cahaya mata iaitu 3 perempuan dan dua lelaki.

HAJI SALLEH BIN ABDULLAH
Putera puteri mereka ialah:
HAJAH ZAINAB BT HAJI SALLEHMama memanggilnya Long(Tok Long).
Dia amat rapat dengan mama kerana
Long hanya mempunyai seorang puteri
dan puterinya pula adalah teman sepermainan mama.

HAJAH ZAHARAH BT. HAJI SALLEH

Puteri kedua mereka ialahMi( Tok Mi) iaitu bonda kesayangan mama.
Tok Mi pula mempunyai 6 orang cahaya mata.


HAJI YASIN BIN HAJI SALLEHPutera Tok Ayah mama panggil Ayah Chik(Tok Chik).
Dia begitu rajin dan bijak sejak dari kecil.

HAJAH FATIMAH BT HAJI SALLEH
Seterusnya ialah Yam atau Tok Yam.
Menurut cerita sepatutnya Tok Yam dipanggil Cik Da
tapi Tok Yam tak mahu...teka kenapa..
hihihihi

HAJI SHUKRI BIN HAJI SALLEH
Putera bongsu pula ialah Ayah Su(Tok Su)
Tok Su pun sama dengan Tok Cik
berjaya dengan cemerlang.

1 comment:

kaktus said...

nak tunggu bahagian 2 pulak...