Thursday, September 16, 2010

juadah


Antara perkara penting menjelang raya ialah menu.
Deretan menu dipaparkan.
Tetapi kewajipannya ialah sate


Acara bakar sate bermula pada malam raya.
Kami bakar-bakar,makan-makan...
biasanya tanpa nasi himpit
Esoknya sambung lagi...
barulah lengkap dengan kuah dan nasi himpit.

Selain sate mesti disertakan dengan nasi
sama ada nasi dagang atau nasi minyak
tetapi biasanya nasi dagang
nasi minyak biasanya raya kedua
Semasa mama kecil-kecil lemang dan rendang
tidak ada dalam senarai tok mi
kerana tok mi orang Terengganu asli
tetapi selepas kami memasuki zon antarabangsa
barulah menu ini popular
tambah lagi bila ada chef baru iaitu chik
rendang chik best


Kini kami mewah kuih raya
hingga tak cukup balang
bukan kerana balang sikit
tetapi kerana biskut banyakkk..
maklumlah 6 beradik bawa balik sikit seorang
tambah lagi kami boleh bawa balik banyak
kerana kebanyakan biskut kami biskut tunjuk...Jadi tidak hairanlah jika begini jadinya
Ini adalah kesan daripada juadah yang dihidangkan
belum lagi masuk ketupat,tapai,laksa
dan pelbagai jenis makanan yang disajikan...
Tuntasnya bukan salah ibu mengandung
jika badan mama bagai dipam-pam...

2 comments:

kaktus said...

Best sekali bab penutup tu..model yg kekenyangan..hahahha

Unknown said...

hahaha...sorry abang....