Suka sangat tengok gambar-gambar ni.
Teringat sesuatu...
gambarkan sesuatu...
dan impikan sesuatu...
Mama terfikir mugkin semasa kecil mama secomel ini
hihihi
lihat matanya...
merenung masa depan
Teringat sesuatu...
gambarkan sesuatu...
dan impikan sesuatu...
Mama terfikir mugkin semasa kecil mama secomel ini
hihihi
lihat matanya...
merenung masa depan
Semasa kanak-kanak pasti mama riang begini
berkawan dan berteman
walaupun dalam kalangan
adik-adik dan sepupu-sepupu.
Merekalah teman mama..
Tika itu mama bebas bermain di kampung
tanpa memikirkan bahaya
kerana sekeliling mama
adalah keluarga
Mama membesar dengan penuh kasih sayang
Mama pun menyayangi mereka...
Dulu mama pun ada basikal.
Sebelum pandai mama pernah jatuh berkali-kali
tapi mama tetap bangun
dan akhirnya mama berjaya
Sampan ini mengingatkan mama pada Tok Ayah
Mama bersampan dengannya
Pengalaman yang amat indah
Zaman kanak-kanak mama banyak berkisar kepada laut.
Mama mewah dengan makanan laut tika itu.
segar-segar...
Enaknya...udang goreng Mak Jah,
terasa lagi keenakan sotong rebus di bangsal Tok Ayah,
bilis dan ikan kaler...cicah dengan cuka...ummp...
nasi goreng ikan....lawa...
ohhhh...
Mama teringatkan tok ayah dan mak jah
Mama rindu...
Rumah ini mengingatkan mama pada rumah
Mak Besar dan Chek di Balik Barat.
Bila sampai saja di rumah mereka
mama dan mereka yang seangkatan
akan berlari ke dapur-buka tin
ambil manisan....
best ketika itu...
Mak Besar begitu mulia hatinya.
Sentiasa memberi dan
bersyukur bila menerima.
Dia pandai meraikan pemberian orang.
Mama teringin ingin jadi seperti Mak Besar...
Mampukah mama?
Tangga ini mengingatkan mama pada rumah tok long.
Tapi tangga tok long lebih besar.
Mama suka main-main atas tangga tok long.
Malah mama pernah jatuh dan tangan mama terseliuh.
Dari kecil mama sukakan bunga.
Mahukan rumah yang penuh dengan bunga-bunga
seperti rumah ni...
Mungkin terpengaruh dengan cerita nenek kebayan
yang suka menolong puteri raja
dan aktivitinya mangarang bunga.
Tapi tangga tok long lebih besar.
Mama suka main-main atas tangga tok long.
Malah mama pernah jatuh dan tangan mama terseliuh.
Dari kecil mama sukakan bunga.
Mahukan rumah yang penuh dengan bunga-bunga
seperti rumah ni...
Mungkin terpengaruh dengan cerita nenek kebayan
yang suka menolong puteri raja
dan aktivitinya mangarang bunga.
Tetapi mama sedar itu cuma impian
realiti tidak seindah impian
apapun mama tetap bersyukur apa yang
mama miliki sekarang.
Walaupun mama tidak mampu memilikinya
tetapi mama masih berharap
antara lima orang anak mama
ada yang sudi
menghulurkan kuntuman bunga buat mama.
tetapi mama masih berharap
antara lima orang anak mama
ada yang sudi
menghulurkan kuntuman bunga buat mama.
Hihihi kucing ini mungkin macam mama
terbeliak mata inginkan ikan
tapi tidak mampu bertindak
dan bersembunyi serta
menghayati....
terbeliak mata inginkan ikan
tapi tidak mampu bertindak
dan bersembunyi serta
menghayati....
1 comment:
sukaaa...
I like...
Post a Comment