Tuesday, September 14, 2010

tautan kasih 2010


2010 bergerak pantas
bergerak bersama jalinan peristiwa
peristiwa yang pastinya menjadi sejarah

13.3.2010Detik ini Aida dan suami disatukan dengan ikatan suci.
Mama tidak berkesempatan untuk menghadiri
majlisnya kerana majlis berlangsung di Macang Kelantan.

15.3.2010Tarikh ini menjadi tarikh keramat
buat Nor dan Nik.
Mereka berdua bertugas di bawah bumbung yang sama.
Memupuk cinta di SMART.

16.3.2010Mereka disandingkan di rumah kekanda Nor
di Kota Bharu Kelantan.
Mama juga gagal menghadirinya.

4.6.2010Nor Fatinah dalam diam-diam menghulur kad.
Hisss budak ni...diam-diam berpunya rupanya.
Patutlah bila ditanya dan diusik dia sentiasa mengelak
dan hanya tersenyum.

5.6.2010Pada tarikh ini ramai kenalan mencipta sejarah.
Midah melangsungkan majlis bersama dengan
tarikh anak pengetua.
Mama juga tidak dapat ikut serta
kerana mama berangkat ke Sarawak
juga membawa hajat.
5.6.2010Tarikh yang sama dipilih oleh Ijah(anak sepupu)
untuk melangsungkan pertunangan.
Mama hanya tahu selepas pulang dari Sarawak
kerana mereka tahu kami tiada di semenanjung

6.6.2010Selang dua Fatin dan suami dinikahkan
mereka mengadakan kenduri
di desa kelahiran mereka-Kedah.

6.6.2010
Tarikh yang sama
anakanda kedua selamat diijab kabul
di Maludam Sarawak.
Syukur Alhamdulillah....

7.6.2010Keesokkanya diadakan majlis kenduri
Majlisnya lebih kurang di Semenajung
cuma diadakan sebelah pagi hingga tengah hari.

13.6.2010
Majlis menyambut menantu Nor dan Nik di Seri Gombak.
Kali ini mama berkesempatan datang
Mama antara orang terawal ke majlis itu
kerana ada tiga lagi majlis
yang sama perlu mama hadiri
pada hari itu.

13.6.2010Selepas itu mama dan keluarga
ke Ulu Langat
majlis perkahwinan Aman dan Aida.
Majlis berakhir agak lewat...
Jadi dua lagi majlis tak sempat mama pergi.

19.6.2010

Majlis menyambut menantu
diadakan di Dewan Tasik Ampang Hilir
Alhamdulillah...majlis berjalan lancar
Mama doakan kedua merpelai
bahagia di dunia dan akhirat
aminnn...

17.7.2010
Kini tiba pula majlis menyambut menatu
Aman dan Aida
yang diadakan di Perak.

Julai 2010

18.9.2010

Kak Long bertunang ada julai 2010
dan
akan melangsungkan majlis perkahwinan
serentak dengan Ijah-dindanya.
Kak Long dan Ijah,
Kak Ma dan abang doakan di angin lalu
moga kebahagiaan terus mewarnai hidup kalian.

Selamat Pengantin Baru Semua.

No comments: