Wednesday, September 29, 2010

susur galur bahagian 2:Long

Tok Long ialah cucu sulong chek dan mak besar
dan anak sulong kepada tok ayah dan mak aji.

Tok Long telah berkahwin dengan Wan Hassan
pada usia yang begitu muda.
Walaupun masih mentah dia cuba
belajar dari keadaan sekitar.

Hasil perkahwinan itu
mereka dikurniakan seorang putera
tetapi sayangnya
umurnya tidak panjang.
Bayinya meninggal dunia semasa dilahirkan.

Juga tanpa diduga
badai melanda bahtera mereka.
Mereka bercerai walaupun
kasih sayang antara mereka masih mekar...
itulah pengakuan Tok long pada mama.

Dan selepas itu Tok long bertemu jodoh pula
dengan Teh Said yang berasal dari Malawi Kelantan.
Mereka dianugerahkan seorang puteri.


Puterinya itu ialah cik su Ros.
Dialah belahan jantung mereka berdua.
Cik su dijaga bagai menatang minyak yang penuh.

Tok long mempunyai banyak keistimewaan.
Dia belajar dari kesilapan silam.
Mama turut mendapat kasih sayangnya.
Mama bersyukur mempunyai ibu saudara sepertinya.

Pada tahun 1991 dia telah meninggalkan kita semua.
Dan selang beberapa tahun selepas itu Tok Long lelaki
pula meninggalkan kita.
Al-Fatihah.

No comments: