Saturday, September 25, 2010

Kunjung -mengunjung

Seperti biasa selepas beraya dengan keluarga di Kampung Raja
kami akan ke Kampung Baru.
Tetapi kali ini sebelum ke sana kami sempat
ke rumah Mak Ngah-juga di Kg.Raja.
Setiap tahun biasanya kami ke sana.

Setelah rombongan bersiap sedia
kami mulakan kunjungan kami ke rumah mak dan wan
Dari sana kami pergi ke rumah Ani dan Zie.
Kebetulan ketika itu Pak Ngah pun ada di sana.
Jadi bolehlah kami beraya bersama
kerana tahun ini kami tidak sempat ke Lubuk Kawah
kerana kekangan masa.
Setelah besalaman kami terus ke rumah Mak Teh(Mah).
Seperti biasa rumahnya ada tetamu.
Di sini kami tidak menjamah makanan
kerana kekenyangan
yang penting dapat bermaaf-maafan

Seterusnya kami ke rumah Ila.
Bila kami tiba sunyi saja rumahnya
Rupanya dia tetidur keletihan
dan anak-anak ke rumah Yah.

Perjalanan kami teruskan
Kini kami ke rumah Yah
Ketika kami sampai ramai tetamu
terdiri daripada rakan Dik Nor dan kak

Dari sini kami ke rumah mak cik
Mak cik tak ada kerana keluar beraya
Tetapi kami dimaklumkan mak cik dalam perjalanan pulang
seketika mak cik balik
setelah bersalaman kami ke rumah Mak Teh pulak
Dari rumah Teh kami ke rumah Jenal
Dia tiada di rumah
tetapi kedua-dua bakal pengantin ada di rumah
sebenarnya selain untuk beraya kami juga
datang untuk jumpa bakal pengantin kerana
kami tidak sempat menunggu majlis mereka
malam itu juga kami terpaksa balik ke KL


4 comments:

kaktus said...

hari ni hari isnin..gi pakai warna biru...patut le rasa tak de aura je..hehe
nasib baik dah semulajadi ayu..ehm

Unknown said...

itu keturunan...ayu selalu...

chalk is talking said...

hari ni hari selasa..naseb baek saya pakai pink hari ni..mesti ayu sgt2 kan?ohhhh..hahahahh

Unknown said...

dapat ku bayangkan begitu ayu ....adikku...