Wednesday, November 30, 2011

rombongan cik leha


Rancangan awal?
mama nak ke majlis pn.Noraini dengan abah
tapi...tiba-tiba rancangan bertukar
kerana hari yang sama adik mula belajar balik
jadi...abah hantar adik


Lalu mama merancang ke sana
bersama-sama teman-teman yang sebatang kara
dengan pelbagai sebab

Kami berkumpul di sekolah
memulakan langkah ke saloma Bistro
Ramai juga gang kami
dan pastilah Cik Leha jadi ketuanya

Kami tiba agak awal
kerana ibu-ibu punya tugas selepas itu
maklumlah semuanya ibu mithali

tapi...seperti biasa
rombongan Cik Leha kali ni pun
sempat berposing sebelum jumpa tuan rumah

Tuan rumah begitu berseri
begitu anggun dengan pakaian tradisi
tampak kebahagiaannya

Rombongan Cik Leha mencari tempat yang strategik
hihihi
selepas itu ruang kami mula
ditambah dengan ahli-ahli yang berpasangan

Seronok jadinya...
macam majlis jamuan akhir tahun
makanan pun fusss...
banyak dan lazat


Mama kekenyangan sebelum makan
kerana bergelas air diteguk
dahaga....
mungkin kerana cuaca agak terik

Sambil makan
sambil bercerita
sambil bergambar

Inilah antara ahli kami

Yang berpasangan di meja sebelah

Ada yang bertandang ke meja kami

Kamikan popular
(hahahaha)



Kami juga ke meja orang
(buat macam rumah sendiri)

Sempat bawa ahli kecil ke meja kami

Bergilir jaga
beri peluang pada mama dan abi makan


setelah melihat pengantin
setelah lama di situ
baru ibu-ibu teringat
tugas menunggu
kami minta diri dulu...

Masa keluar...baru jumpa
anak teruna kami-bekas murid mama
merangkap adik pengantin

Terima kasih Kak Ani
dan
Tahniah...
moga dengan bertambahnya ahli baru
kak ani dan keluarga bertambah bahagia
amin

tiupan bayu




18.11.11 mama menerima panggilan
ketika mama di JJ dengan inn dan adik
berita yang diterima sudah diduga


Sebenarnya angin sepoi2 bahasa
telah lama mengusap gegendang mama
tiupan itu terus meresap ke hati mama
begitu nyaman dan mendamaikan
dan kegembiraan mula berkembang

Cuma sebelum ini tiada tersurat
tiada hitam putih
tapi ...hari ini...
nyata sang bayu berkata benar

tahniah temanku
tahniah Zab
kami menumpang bahagia
percikan itu turut mengharumkan mama

hihihi
mama kini menunggu detik
untuk kami berkumpul lagi
meraikan detik itu
sekali lagi kalungan tahniah
dari mama....

Tuesday, November 29, 2011

14 november 2011

14 November muncul lagi
terbayang segar bayi lelaki
putih bersih wajah berseri
buat mama senang di hati

putera bongsu disayang dibelai
dijaga diasuh tanpa lalai
dari kecil diriba dibuai
moga hati tidak terkulai

dari comel bertukar tampan
watak dan tingkah terus ke depan
cita-cita diburu jadi impian
moga menjadi anak harapan

ingat sentiasa nasihat dan pesan
ikut tuntutan arahan tuhan
jangan anakanda merasa bosan
moga hidup tidak kecundang

anakanda kini sudah remaja
sahsiah disemai akhlak dibaja
baik diikut buruk buangkan saja
pasti anakanda akan bahagia

selamat hari jadi mama ucapkan
moga hidup anakanda cemerlang
di dunia dan akhirat mendatang
doa restu mama bekalkan

sembang-sembang petang


suatu hari...2 November
bos masuk ke bilik
memulakan set induksi
.... menarik : topi pemberiaan PPD

dari situ...
memulakan perkembangan
dengan isu yang agak berat
tapi...dalam suasana santai
pada mama...
santai tak semestinya remeh

dari bertiga
bilangan bertambah
sama-sama memberi idea
untuk kebaikan bersama
dalam sebuah organisasi

perbincangan yang bersahaja itu
meringankan minda
untuk mencari jalan terbaik
kerana biarlah seperti
menarik rambut dalam tepung,
rambut tak putus
tepung tak berselerak

Sunday, November 27, 2011

5W1H



Who?
Siapa punya?
patiklah yang punya...
bukan ahmad albab yang punya?
bukannn...
tak caya?
betulllll....

what?
apa ni?
Hihihihi
peneman mama ketika mama di sini
kembung,sebu...
merayap pergi cari
jumpa yang ni...
jadi babylah pulak
(teringat si kecil humyra)

Why?
Kenapa guna ?
Huuuuuuu...
sakit....lenguh....
petanda yang AMAT jelas
(tahun-tahun lepas tak guna punnn...)

when?
Bila guna?
hummmm sejak berkurung ni lah...
sakit-sakit...
dah seminggu...
(yang ni mama long na yang berikan pada mama(dah lama)-terima kasih sangat-sangat)


where?
Di mana?
di sinilah...tempat berkurung
demi nusa dan bangsa
(yang ni setiap masa digunakan,tak kira di mana
walaupun sering bertukar jenis)

how?
macam mana?
macam-macam
macam-macam kaedah digunakan
telan...sapu....usap...tampal
huhuhuhu
(teringat tok mi)

yang ni dah lama beli....
letak di rumah....
jarang-jarang telan...
bawa ke sekolah....
kadang-kadang telan
bawalah ke sini....
hihihi
teka...berapa kali ditelan?

yang ni pelengkap je...
takut 'dia' kecil hati
member 'dia' semua ambil gambar
jadi ambil je lah sebagai penutup
(Tapi sebenarnya mama bukan rakan kongsi JJ-betullll)

Saturday, November 26, 2011

november datang lagi

rutin ini mengingatkan mama
yang...
saban tahun mama lalui
pada setiap hujung tahun
mama akan beginilah
berkurung dan terpisah
...memenatkan
...tapi puas...

di sini (walaupun tempat sering bertukar)
mama banyak mengutip ilmu
mengaut pengalaman
mengikat hubungan
yang tidak terbeli dengan wang ringgit

tika itu(hingga kini)
mama
memikul amanah
menjunjung tanggungjawab
mengalas keadilan
memastikan kesahihan

sering juga mengeluh lesu
acap juga mahu berundur
tapi...
kerja berpasukan yang penuh komited
sarat dengan kerjasama
bagai satu keluarga
yang berkerja dalam keseronokan
hajat itu mula dilupa...

tapi...
mama mula tertanya
masih mampukan mama meneruskan?
masih adakah sisa waktu untuk mama?
mungkinkah detik ini berulang lagi?
kerana...usia sudah ke penghujung
bila-bila mungkin dijemput pergi
sudah sediakah mama?