Thursday, December 31, 2015

3 jenis rawatan



Rabu : 30.12.15


Petang ni mama mula ke Klinik Onkologi
salam perkenalan
seperti biasa datang awal...dapat no 1
gi solat dulu
lepas solat datang semula...
bila mama masuk mama disapa
siap sebut nama...ehhh sapa ni (dalam hati je)
rupanya wakil dari persatuan kebajikan kanser payudara malaysia
sembang2 tapi meredakan juga

selepas dia pergi berkenalan pula dengan seorang adik
yang dah habis rawatan...
datang hanya untuk follow up je 
dia beritahu mama tentang group cancer survivors
mama terus tag
(dan lewat petang tu mama diterima)

bila masuk jumpa doktor mama masih mengharap
mama tidak perlu kemoterapi
tetapi (dah jangka pun)
doktor kata mama perlu kemoterapi
kerana mama dah tahap 2
dan biji mama 3.5 cm
kalau 2 cm pun dah dicadangkan kemoterapi
mama perlu jalani 6 cycle
iaitu setiap cycle jarak 3 minggu
maknanya sekali kemo...rehat 3 minggu
dan kemo lagi...
adusss...tapi reda jelah
kemo mama  perlukan 3 ubat...FEC
F....fluorouracil
E...Epirubicin
C...cyclophosphamide

doktor kata kemoterapi perlu
supaya sel kanser tidak merebak ke tempat lain
dan mama akan mula kemo pertama 
pada 6.1.16
dan jika semua ok...akhir april baru habis

habis untuk kemo je
rawatan belum habis
doktor kata selepas kemo terakhir
lebih kurang sebulan lepas tu
mama kena radioterapi pulak
untuk mengelakkan kawasan yang dibedah hari tu ada balik
rasanya 15 kali ...tambah 8 kali lagi
(tak pasti...pasal masa ni emosi dah terganggu )
(nanti jumpa doktor mama tanya lagi...lambat lagi pun...hihihi)
setiap hari...5 kali seminggu
maknanya hampir 5 minggu jugak rawatannya

dalam tempoh tu doktor tak mengalakkan mama jalan jauh
mama yang tanya...
pasal mamakan merancang nak gi umrah
jadi rasanya kena tangguh dulu hingga selesai rawatan

dan...
bila dua rawatan selesai
mama perlu ambil ubat
dan ketika ni bolehlah kalau nak gi jauh2

doktor juga terangkan kesan2 sampingannya
itulah yang membimbangkan sebenarnya
tetapi...mama nekad...mama akan hadapi
be positif (walaupun sebenarnya di hati tuhan jelah yang tahu)

sebelum balik mama gi ambil darah dulu
untuk persediaan 'hadapi' kemo nanti
alahaiiii...sakitlah pulak hari ni
boleh ke tengah ambil tiba2 misi kata 'tersekat...blok'
biasa ambil darah tak sakit macam hari ni
sobsobsob

Otw balik abah singgah makan
nasi ayam kampung
pasal masa datang tadi kami belum makan tengah hari
dan mungkin abah nak redakan perasaan mama
walaupun mama tak mengeluh pun
mungkin abah perasan suara mama bertukar
masa berbincang dengan doktor tadi
(padahal dah kontrol ayu...suara berubah jugak)
sebenarnya lauk dah tak de banyak pilihan
yelah dah lewat...orang dah kemas2
tapi tetap berselera...lapar katakan
stress pun ye....
walaupun terima hakikat itu




Wednesday, December 30, 2015

amalkan





jom amalkan...




 untuk dapat zuriat yang soleh dan solehah
tidak meninggalkan solat....





aksesori


Selasa : 29.12.15 

awal pagi  mama rasa agak lesu
kepala agak berat
darah tinggi ke?
gagahkan diri...lihat izzat mula operasi bilik bawah
bila abah ikut serta mama rehat balik
pukul 10 rasa dah ok sikit
bolehlah kemas2 dapur sikit
masak sikit..
ok ubah suai sikit...untuk tambah selera


berries



29.12.15


kata orang berries bagus untuk kanser
kebetulan  hari tu bila tok yam datang
dia bawa blueberries dan raspberries 

ni info yang mama dapat dari pak cik google

Di bawah ini terdapat jenis  buah berry berserta khasiatnya.

Jenis Khasiat
Blackberry Di kalangan wanita Indian dikenal sebagai pencegah keguguran, obat infeksi mulut dan mata (abad 16)
Blueberry Asam elagik berkhasiat menekan pertumbuhan tumor
Cranberry Flavonoid berkhasiat mencegah kanker dan aterosklerosis
Raspberry Membantu mengontrol kadar gula darah (antosianin)
Redberry Dikenal sebagai obat tradisional flu dan pilek, antirematik, anti radang
Strawberry Anti radang, membantu mencegah pembekuan darah

 
tq tok yam dan keluarga

Tuesday, December 29, 2015

tok mek


Isnin : 28.12.15

kak yah call beritahu
durian belanda ada di rumahnya
aduhaiii kak yah....sayang sangat
ingat dia pada keinginan mama

ok ...ajak izzat
yelah...abah tak bagi bawa kereta lagi
ok jugak boleh ziarah tok mek
mertua kak yah

masa sampai kak yah tengah mengaji
ada ustaz yang mengajar
jadi dapatlah mama bersama tok mek
teringat pada arwah mak jah

sebelum balik kak yah beri durian belanda
bukan durian belanda je... buah delima pun
terima kasih kak yah

otw balik singgah seri ratu
belanja izzat
selera mama kata sedap di ampang
daripada di sini....taman melawati




ilmu


Isnin : 28.12.15

 

inilah sebabnya orang kata
sakit tu ilmu
ada saja yang hantar info
yang berguna untuk mama
jom semak...
delima...hihihi bukan tak suka
tapi...malasnya nak makan...sikit2
yogurt...tak pernah makan
bawang putih...ok beres
bawang besar...pun ok
teh hijau...dulu2 zaman remaja...sekarang dah menjauh
oat...biskut je...yang ori tak
labu...ok i like tapi bahannya pulak mungkin kurang sesuai
brokoli...sikit2 bolehlah
jadi yang betul2 makan
3/8 je
 

tapi...bila dah tahu ni
kena cubalah..
ya kena cuba...







Monday, December 28, 2015

beruntung

 Isnin : 28.12.15

di saat ini terada diri amat beruntung bergelar guru
saban waktu ada saja yang bertanya khabar
di alam nyata dan di alam maya
ada saja yang datang berkunjung
silih berganti
datang tetamu pasti membawa rezeki
membawa cahaya
bersama doa
malah...yang tak kesempatan datang
sentiasa berkirim salam dan
ada saja  doa yang dititipkan
di angin lalu...
melalui wsap...insta...fb
dan pelbagai saluran
terima kasih tidak terhingga
wahai anak2
moga doa kalian Allah dengar 
dan Allah terima
Amin....
 

mengingatkan



Ahad : 27.12.15

sakit itu penghapus dosa
diberi peluang memohon maaf
andai kata ada tersalah... tersilap...
tersasul....terlajak...
tersadung..maafkan ye...
dan sedia memaafkan

sakit itu silaturrahim
sakit itu pengikat kasih
saban waktu ada saja
yang bertanya khabar
datang bertandang
menatang  kasih dan
membawa semangat membara

sakit itu ilmu
pelbagai petua,panduan dan doa
diberikan...diamalkan
moga Allah berkati ilmu itu

sakit itu peringatan
sakit itu musabah diri...
mungkin usia sudah di hujung
mungkin akan dijemput pergi
bila-bila masa
bersedialah
moga bekalan yang secalit ini
diterima Allah



19 tahun lalu


Ahad : 27.12.2015


 tiba-tiba ton call beritahu
45 minit lagi kami sampai cikgu
ehhh...ahhh....datanglah


hihihi...nak hidang apa ni?
nasib baik abah sporting
dan mood pun ok
abah gi beli kuih


lupalah pulak nak tanya
berapa orang nak datang
tak pelah...

 mereka anak2 kesayangan mama1996
dari tingkatan 5v2 , 5k2 dan 5k4
nama dan wajah mereka
masih jelas dalam memori
mereka tak banyak berubah
walaupun masing2 dah punya anak



dah 19 tahun berlalu
mereka masih mengingati mama
dan kini datang
bila mereka dengar berita tentang mama
terima kasih banyak2
nik,ton,aziah dan ayu
moga doa kalian Allah makbulkan
amin...


jejaka bersama sebakul buah dan bunga


Ahad : 27.12.15


Lan ni teman setugas dulu
tapi dah macam adik
tapi kalau dikira dari umur
dah macam anak


hari ni datang jenguk mama
walaupun seorang2
banyak cerita...maklumlah lama tak jumpa
 

petikan dari insta :
Alhamdulillah kak
moga sihat selalu
ceria sentiasa
dan bahagia selamanya...


Amin...terima kasih banyak2 Lan






takoyaki


Ahad  :  27.12.15



hari ni ada event di UM
event bersama-sama anak yatim

izzat dan geng nak turut beri sumbangan
sumbangan makanan


sambutan amat mengalakkan
tak menang tangan


sambil-sambil beramal
boleh buat postmortem
untuk berniaga nanti...
moga permulaan ini membawa berkat
dan mendapat keredaan Illahi





Sunday, December 27, 2015

dari jauh





Sabtu : 26.12.15


tiba2 yam telefon...beritahu nak datang
lebih kurang 30 minit lagi nak sampai...
nasib baik inn dah balik
dan mengofferkan diri
nak masak spaghetti bila mama dah panik

yelah...
mereka sesekali datang
datang dari jauh .... dari ipoh.... datang semalam
tambah lagi mereka pun dah tak larat
tapi...gagahi diri juga untuk jumpa mama
terima kasih yam dan pak cik
yang tak putus2 mendoakan
memberi tips
memberi kekuatan
terima kasih....









macam dulu


26.12.15

hanim ....5 arif 2002
(kakak wan )
masih mesra macam dulu
macam baru je berpisah
sedangkan...dah lama balik merantau
wan ....panggilan mama sejak sekolah
sedangkan kawan2 dan keluarganya panggil amalina
hiiii...seperti biasa mama panggil nama yang mudah diingat
erin seusia wan sama juga dengan adik (SPM 2010)
cuma kelas berbeza
wan 5 arif
erin 5 bestari
tapi berkawan baik sejak zaman persekolahan hingga kini
terima kasih anakanda semua
kerana sudi menjenguk mama
dan mendoakan mama
i love u all

 

lambaian desa

 

Sabtu : 26.12.15


hari ni tok mi nak balik kampung lagi
jenguk rumah kesayangan lagi
balik walaupun sekejap
untuk melerai rindu


selamat berangkat
moga di permudahkan semuanya
semoga selamat pergi dan selamat kembali









Friday, December 25, 2015

bahu dan telinga




hari ni masa borak-borak
tok mi timbulkan isu itu
sebenarnya isu itu juga bermain di benak mama
beberapa hari ini
yang cuba mama halau jauh2
cuma tok mi tekankan khalayak lain dari mama
seperti biasa mama cuba positifkan diri
positifkan tok mi


dan...
mama cuba pujuk hati...
mama ada telinga yang setia mendengar rintihan mama
mama ada  bahu yang sering mama sandarkan beban
dia yang sentiasa bersama mama
dia yang amat prihatin pada mama
dia yang amat menyayangi mama
(mama amat yakin...)
tak percaya?
jom baca antaranya...

 



 

jadi...
apa  lagi yang tak cukup
cukuplah...walaupun tak ramai
tapi berkualiti
tambah lagi
ramaiiiiiiii lagi yang cakna
secuit je yang tak peduli...abaikan
mungkin mereka  punya masalah tersendiri
apa pun syukur ya Allah...