Monday, April 30, 2012

dah jadiiii...


28.4.2012

mulakan...

pink lagi

alhamdulillah
dah siap...
Ini hasilnya...
Apa?cuba teka...hihihi
(buah cempedak di luar pagar....)

Sunday, April 29, 2012

teman @ adik




Jangan bermain api

Nanti terbakar diri

Juga jika takut dilambung ombak

Jangan berumah di tepi pantai

Tambah lagi sudah pasti ada tsunami

Percayalah

Kenyataannya tidak

Seindah impian

Jangan pula..

Yang kejar tak dapat

Yang dikendung berciciran

Jagalah yang ada

Baiki yang rosak

Lurus yang bengkok

Kembangkan kembali yang kuncup

Itu lebih bererti

dari menguji yang tak pasti

yang jalannya berliku

penuh duri

Kembalilah…



makan-makan


Jumaat malam
dengan along di KR

Pagi Sabtu
makan nasi berlauk AU5
juga dengan along

Sabtu malam
dengan Izzat di Saba

Ahad...makan je yang mana ada...
makan sorang-sorang


(gambar bawah hiasan saja:yang sebenarnya berbaju kelawar dan makan mengikut sunah-hihihi)

Sedih?





26.4.2012 :
Hari ni...
Nun kata mama kelihatan sedih
Kenapa pulak?
Betulkah mama kelihatan begitu?
Bukan ke manih leting?

Tapi...
Realitinya hari ni mama ok
Tak de apa yang mengusik hati...
biasa je...

Cuma...
kalau ada pun...letih
banyak hal perlu diurus

Atau...
mungkin kerana...
bayu yang menyampai kata
yang tidak disangka
tentang mereka.

Apa pun mama sentiasa
cuba berbaik sangka...
tak ada apa-apa...
cuma riak-riak biasa

Lanjutan dari kasihankan mama
yang disangkakan bersedih
mama menerima panggilan telefon
mulanya berbunyi memujuk
dan disambung dengan paksaan(hihihi)


Panggilan dari 2 orang adik mama
mereka dah pun menunggu di kereta...
alahai adik-adik
maka menujulah kami
ke hentian biasa-JJ.

Friday, April 27, 2012

Siapa?




Pagi ni mama buka blog mama
terkejut amat(tapi bukanlah sampai tahap terkejut beruk)
Aiii siapa punya kerja?
dah jadi lain...
rumah baru...
bentuk baru...

Ayaaaa....mama punya blog diceroboh ye?
nasib baiklah
ada ala-ala cita rasa mama
ada bunga...sweet jugak...

Tapi....
Siapa punya kerja ni?
Adik Amirul?Izzat? atau Innn...
atauuuuuu....mungkinkah ME?(tapi tak mungkin)
Sila mengaku sebelum penyiasat upahan dipanggil.
Sekian Terima Kasih.

Wednesday, April 25, 2012

Sudah berubah

 25.4.2012
 IJN
 IJN dah berubah...
Pesakitnya dah BESAR...

Sirna?

 Hihihi....makan malam
Bila?
Untuk apa?
 Bila?

17.....
bukan...
 21....
bukan...bukan..
tapi....23....
oklah ...ada juga...
 Untuk apa?

biasa-biasa je?
HJ?
UT?
hihihi...
apa-apa jelah...
Yang nyata kami dah tua
tapi.....
 cinta tak pernah sirna...
mudah-mudahan...
 
Moga kuntuman kasih tetap mekar
wangian cinta tetap  semerbak
Tiang kesetiaan masih utuh..
dan...kami di bawah rahmatNya
Amin.

Tuesday, April 24, 2012

Tidak Mustahil




Sebelum ini mama pernah merajuk
bila abah lupa tarikh itu
mama dalam diam menunggu anak-anak ucapkan
malah tahun lepas mama masih berupaya
membentuk soalan kuiz.


Tapi tahun ini...
Allah telah menarik ingatan itu dari mama.
Mama betul-betul lupa...
tidak terlintas langsung



Yang hairan tarikh lahir dua orang adik
pada bulan ini ada dalam memori
kenapa tarikh  romantik tu(hihihihi) mama boleh lupa.


Hinggalah kelmarin....
 apabila boss menerima jambangan bunga dari Secret Admire( ARa @ A&a...)
jadi kami mula meneka siapa penghantarnya,,,
Lalu mama berkata mungkin sempena anniversary
Boss lalu berkata: mana ada orang kahwin bulan April...

Dupppp....jantung mama tersentuh karan...
Hihihi  April?
Bila ye?masih lupa....
rasa April tapi berapa hb...
balik rumah...baru dapat jawapan
huhuhuhu...rupanya tidak mustahil
pekara ini boleh berlaku....
huhuhuhu....

Sunday, April 22, 2012

mataaaa...





Mata berkelip atau gedik...
sejak kecil mama mendapat info
yang itu membawa petanda...

Tapi bila dah tua-tua ni...
macam tak lojik je...
kadang-kadang tanpa berkelip pun...
menangis juga...
atau...berkelip-kelip bagai nak rak
tapi tak jumpa sapa-sapa pun.

Jadi mama rasa benar
kata teman-teman:
saraf.....

sejak akhir-akhir ni keraplah pula...
itu tanda saraf lemah ye?
atau dalam kata lain...badan lemah...
kerana?
hihihi....tuaaaa...



lalu mama selongkar  google
nah....ini yang mama jumpa....


Mengapa Mata Berkedip-kedip?

1. Tekanan:Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah eye twitching terutamanya berkaitan dengan ketegangan mata.
  Jadi....mama tak leh tekan2lah ye.... hihihi


 2. Kelesuan: Kekurangan tidur- Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.
3. Ketegangan Mata: Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan akan menyebabkan eye twitching. Oleh itu, anda disarankan untuk menjalankan pemeriksaan mata dan mendapatkan kuasa kacamata yang baru. Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga boleh menyebabkan masalah ini.
4. Kafein dan Alkohol: Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein dan/atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching


alhamdulillah....mama tak terlibat

5. Kekeringan Mata: Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer.


  nasib baik mama masih muda-kuang.kuang.kuang

6. Ketidakseimbangan Nutrisi: Kekurangan nutrisi seperti magnesium.

rasanya betulll...

7. Alergi: Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair.
 



oooo begitu ye...barulah mama tahu....