Wednesday, November 18, 2015

si biri -biri

 
19.9.2015
 


hiiii...tengok biri-biri kat negara orang 
kat negara sendiri tak jaling pun


jomlah tengok...



shhh...mereka dah masuk
ready...


sambil lawak2...digondolnya si biri-biri


sian ko dia
tak tutup aurat
mesti malu dan sejuk
 








Tuesday, November 17, 2015

farmyard


19.9.2015
farmyard di paradise country

jom cari mereka

 
koala

mereka tidur...

ala2 pemalas

 kangaroo


mereka sedang berehat

santai-santai

takut...jom pegang sama2...


emus kat belakang tu

Dingoes
hiiii...biri2

llama


suka....sukaa

cantik

dah terbang dah




















Sunday, November 15, 2015

kerabu daun kunyit




Bahan- bahannya :

A
4 helai daun kunyit
½ batang timun

B

4 biji bawang merah
 1 sudu teh lada hitam
I ekor ikan bakar  

C

 ½ biji  kelapa

D
 cuka
sedikit gula
sedikit garam

1.     Bahan A dipotong halus
2.     Bahan B ditumbuk lumat
3.     Bahan C digoreng dan ditumbuk kasar
4.     Campur semua bahan A,B,C dan D
5.     Gaul rata.

Saturday, November 14, 2015

dah sampai


19.9.2015



hampir 8 jam di awan biru
walaupun tak nampak biru...
yang nampak gelap
mungkin segelap hati ini
segelap masa depan


 kalaulah boleh mama lontarkan semua
melalui tingkap ini
alangkah baiknya
moga semua penyakit berterbangan
jatuh..hancur...musnah
dan mama sihat seperti biasa


tetapi realitinya tidak semudah itu
ketika hendak mendarat
mama lihat sedikit demi sedikit
sinar cahaya
moga begitulah perjalanan mama
moga masih ada sinar
yang pasti mama mesti terus melangkah
mesti kuat




Friday, November 13, 2015

berlepas




18.9.2015


pagi ni sempat lagi keluar dengan adik
beli keperluan adik
pergi tukar duit lagi bimbang tak cukup
(hihihi...kata tak nak membeli belah)
dan sempat lagi makan dengan adik


balik rumah...kemas untuk yang terakhir
keluarkan makanan dan ubat (jangan sedih2 ye..tak leh ikut)
kecuali ubat darah tinggi (huhuhu tinggi di awan biru)
bimbang kena selongkar
kata nun dia baca dalam blog ada yang kena selongkar
kata along tak pe
untuk orang yang penakut macam mama
baik tak payah bawa je...tentu selamat
bukan makan sangat pun...pujuk hati


 sebelum solat jumaat kami bertolak dengan teksi ke KLIA2
tak nak terkocoh-kocoh
nak relek je
jadi kami solat je di sana
kami antara yang terawal sampai


rombongan kami 28 orang je
kami berlepas dengan Air Asia
pada pukul 925 malam
alhamdulillah semuanya dipermudahkan.



persiapan terakhir


 
 cari durian belanda di beberapa tempat
tak de pulak
dulu pernah tengok ada di giant...di aeon
tapi kali ni tak de...
tak pelah..beli air ni jelah


 hari ni wakil impian kembara datang hantar ni
ooo dah kena siap-siap dahlah ye
sebenarnya nama dah diberi sejak awal tahun
tak sangka ada pula cerita lain
alah...pergi jelah
bukan sakit pun


tahu selepas majlis Inn
tahu selepas bayar semuanya untuk ke GC
tahu dalam keadaan tidak sakit
mungkin ke GC dapat meringankan sedikit
bebanan ini
syukur atas segalanya


apa pun kaki akan terus melangkah
perlu terus move on
walaupun dengan kasut buruk ini
biarkan...asalkan selesa


Thursday, November 12, 2015

dapat


 16.9.2015

 16.9.2015


pagi ni along ajak ke ikea lagi
ada barang nak beli
lepas beli...ke nilai pulak
hantar barang

balik dari nilai  singgah rumah chik
dengan beberapa tujuan


yang pertama jumpa tok mi
tok mi baru balik dari besut
jadi dapatlah hasil tangkapan dari kampung
satar, kuih jepun dll
(walaupun ini bukan tujuannya...tqvm tok mi)


tujuan kedua
memang tujuan khas
nak ambil krim ni
adik nak bagi...memang nak
alhamdulillah...
moga berkesan
tqvm dik

yang ni bukan tujuannya
tak sangka pun
dapat fm dari aqi
tqvm aqi

yang ni pun diluar dugaan
suka...suka
rezeki jangan ditolak
hihihi...tqvm semua




Wednesday, November 11, 2015

sarapan

13.9.2015

Pagi-pagi lagi kami bertolak balik dari Nilai
dengan pakaian yang sama
hiiii...yelah tak rancang


walaupun begitu rombongan kami
sempat juga singgah bersarapan
sarapan di Sungai sekamat,Kajang.


terima kasih along
pagi ni jadi penaja...
alhamdulillah...syukur ya Allah