Friday, November 13, 2015

berlepas




18.9.2015


pagi ni sempat lagi keluar dengan adik
beli keperluan adik
pergi tukar duit lagi bimbang tak cukup
(hihihi...kata tak nak membeli belah)
dan sempat lagi makan dengan adik


balik rumah...kemas untuk yang terakhir
keluarkan makanan dan ubat (jangan sedih2 ye..tak leh ikut)
kecuali ubat darah tinggi (huhuhu tinggi di awan biru)
bimbang kena selongkar
kata nun dia baca dalam blog ada yang kena selongkar
kata along tak pe
untuk orang yang penakut macam mama
baik tak payah bawa je...tentu selamat
bukan makan sangat pun...pujuk hati


 sebelum solat jumaat kami bertolak dengan teksi ke KLIA2
tak nak terkocoh-kocoh
nak relek je
jadi kami solat je di sana
kami antara yang terawal sampai


rombongan kami 28 orang je
kami berlepas dengan Air Asia
pada pukul 925 malam
alhamdulillah semuanya dipermudahkan.



No comments: