Saturday, September 26, 2009

hasil dituai

University Akita-7.3.2008

22.3.2008


23-25 ogos 2008

IIUM Gombak

16-17.8.2008 Universiti Kuala Lumpur



Dewan Plenari,Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya


tak siap lagi...
banyak fakta dah lupa...
hormon lagi hehehe




Sesekali ku rasa teringin

Entah mengapa beberapa hari ini aku amat sedih,amat kecewa

Tetapi jika difikirkan aku telah biasa sebenarnya

walaupun begitu hatiku terusik juga

Atau mungkin hormon aku tidak stabil



Aku teringatkan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Shima

maka aku cuba menukarnya dengan leraian mutiara


Shima-Teringin

Sesekali ku rasa teringin

memiliki impian sendiri

dan kau lewati hatiku yang kepingin

dengarlah keluh resah

Semenjakku di sampingmu


Tiap kali ku rasa teringin

memiliki citaku sendiri

Makin deras degup jantung ini

tapi tinggal mimpi

Ku kecewa sendiri...


Sesungguhnya tewas menghadapi

Malahku akui kecewa menghantui

Paling tidak berilah peluang

Aku buat keputusan


Adakala ku rasa teringin

memiliki impian sendiri

Tapi bilakah semua ini

Akan jadi pasti bukan lagi mimpi

Kasihani diriku...


Ku wanita dengan air mata

Bukan untuk meminta simpati

Sekadar melepaskan

Rasa hati....


Ku mengharapkan...

Jendela hati...

Terbuka jua

Oh.. oh.. oh..

Thursday, September 24, 2009

BBQ Tahunan


Saban tahun kami akan adakan BBQ.
Kata suamiku tujuannya untuk berkumpul adik beradik,
untuk mengikat dan mengerat silaturahim kerana
ada di antara kami yang berjumpa setahun sekali.

Suami mempunyai lapan orang adik beradik.
Masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri.
Pada hari raya pertama biasanya kami tidak serentak
ke rumah mertua,jadi kami tidak dapat berkumpul 8 saudara.
oleh itu,cadangan dibuat setiap tahun akan diadakan BBQ
agar semua dapat datang pada masa yang sama selain hari raya pertama.

Tahun ini diadakan pada Hari Raya kedua iaitu pada malamnya.
Sayangnya tahun ini 2 keluarga tidak ikut serta iaitu Din yang
pulang ke Melaka rumah mertua dan Zie yang mungkin sibuk.
Seperti biasa sambil makan akan adalah cerita setahun
untuk dikongsi bersama.Ada yang manis,masam,pahit
dan pelbagai rasa.Hehehe
Tapi semua itu mematangkan aku.

malam raya

Malam raya tahun ini seperti tahun-tahun lalu,
pasti ada acara bakar satey.
Tetapi yang membezakan tahun ini dengan tahun
yang lalu ialah pembakarnya.
Bilangannya sudah berkurang .
Ahlinya hanya along,angah,Inn,Izzat dan Amirul saja.
Mi letih,awal-awal lagi sudah tertidur.
Maklumlah seharian di jalanan.
Acara membakar juga agak lewat
kerana menunggu Emi dan Di
dengan keluarga sampai
untuk sama-sama
bergembira.
Malangnya penantian kami tidak berkesudahan
kerana Di tiba pada pukul 4 pagi manakala Emi
pada pukul 7 pagi kerana masalah
kereta rosak di Karak dan terpaksa
berpatah balik ke KL dan memulakan perjalanan
ke kampung setelah semuanya selesai.
Kesian mereka.
Jadi malam raya tahun ini
merupakan malam raya yang amat hambar.
Tambah lagi Zu beraya di Dubai,Adik Ani di N9 dan Adik Nor di Sungai Petani.
Apa pun harapan agar kita semua bahagia di mana saja kita beraya.
SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN





petang 1 syawal

Petang 1 Syawal kami ke rumah Yee dan Yah.
Kami berkumpul pada awalnya tanpa 3 keluarga,kerana
Solah dan Yah lewat tiba.
Anak-anak dan anak-anak saudara

1. Keluarga kami bersama ayahanda dan bonda mertua.
Suamiku anak sulung.
Petang ini putera kedua kami tidak ikut serta
kerana'terberadu' di Kg.Raja.
2. Wan Fauzi dan Rohani serta anakanda tiada ketika ini.
3. Wan Sulaiman dan Zakiah serta anak-anak.
Sedondon , semoga seia sekata
aman bahagia setiap masa
Buang yang keruh ambil yang jernih.
4. Wan Jusoh dan Kamisah serta anak-anak.
seorang daripada putera mereka tiada
bersama kerana pergi beraya.
5. Wan Fauziah dan Lutpi serta anak-anak.
Puteri tunggal dalam keluarga.
Putera tunggal mereka juga tiada di sisi.
6.Wan Amran dan Atikah .
Peroleh 2 putera dan dua puteri.

7. Wan Azman dan Yah serta anak-anak.
Saudara kembar Wan Amran.
Memperoleh 3 putera dan seorang puteri.
8. Wan Kamaruddin dan Zana
tiada bersama kerana pulang ke Melaka.

Selepas itu kami ke rumah La dan Pi.
Sayangnya tiada gambar di sini kerana kami
telah keletihan.









Ampun maaf dipinta

maaf dipinta jika
ada terkasar bicara
terguris jiwa
terlanjur perbuatan
tak sedap dipandang
tersasau bergurau
terkesan di hati
mohon diampunkan segalanya
ampun maaf andainya
terkasar bahasa
tersilap bicara
tertanya tak tentu hala
tersasul tak sengaja
semoga dimaafkan di hari mulia
maaf zahir dan batin
lisan kadang-kadang tak terjaga
janji kadang-kadang tak tertunai
hati kadang-kadang berprasangka
sikap kadang-kadang menyakitkan
hidup ini akan jadi lebih indah
jika saling memaafkan.
-ampun maaf dipinta
takbir bergema di pagi hari
tersentuh hati syukur pada Ilahi
kerna masih ada di hari ini
tangan dihulur disusun jari
mohon maaf di Aidil Fitri
setulus ikhlas dari sanubari
moga kesalahan dapat dimaafi
sebelum cahaya syurga padam
sebelum hidup berakhir
sebelum pintu taubat tertutup
mohon maaf seikhlas hati
jika ada kesalahan diri
mohon maaf segala kesilapan
kerana ada tikanya
mata salah memandang
telinga salah mendengar
lidah salah berkata-kata
dan hati salah menduga
Jika dihulur bunga,mugkin tanda ninda harumkan dunia
jika dihulur pen,mungkintanda ninda mengukir kata
Jika dihulur pemadam , mugkin tanda betulkan kesilapan
jika dihulur tangan, tanda cucunda mohon kemaafan
mohon maaf segala keterlanjuran

happy family

21.4.1983

Ya Allah,

ku mohon kepadamu

sentiasalah berkati insan-insan ini

dalam apa jua yang mereka lakukan

janganlah pernah meninggalkan mereka keseorangan

kerana mereka amat memerlukan cinta kasihMu

pimpinlah setiap langkah mereka agar

mereka terhindar dari segala macam

bahaya dan kejahatan

aku mohon semua ini kerana aku

amat menyayangi insan-insan ini.


APA ITU KELUARGA ?

kehadirannya menceriakan dan dinantikan

antaranya tiada kecurigaan dan prasangka

walaupun jauh di mata namun dekat di hati




AHLI KELUARGA SEPERTI

tangan dengan mata

saat tangan terluka , mata menangis

saat mata menangis , tangan menghapuskan

22.2.1984-11.38 malam
2.98 kg

18.11.1985 - 1.15 pagi
3.4 kg

7.6.1989 - lepas maghrib
3.5kg

1.7.1990 - pagi


1 syawal 1430

dalam gurau ada terkata
dalam bicara terkasar bahasa
dalam tindakan terguris rasa
dalam hidup tak lepas dosa
ribuaan maaf wahai kanda
agar terlepas segala dosa
hidup kita aman sentosa
langkah kita kini ketemu
tangan kita kini berjabat
ucap kita kini kedengaran
mata kita kini bertatap
maka ikhlaslah hati
memohon maaf
zahir dan batin
Ya Allah!Ramadhan telah berlalu
jangan Engkau keluarkan kami dari ramadhan
tanpa Engkau ampunkan dosa kami,
dilimpahi rahmatMu dan
dibebaskan kami daripada api neraka.
Amin.
seputih baju dibeli
sejernih air di kali
sesuci kasih Ilahi
seikhlas hati
lahirkanlah keinsafan
mohonlah kemaafan
agar diberkati tuhan
tertutup kini tirai ramadan
muncul kini lambaian syawal
luhur iman ikhlas amalan
luhur ibadat diberkati Tuhan
moga bahagia dunia dan akhirat

pabila kata merangkai dusta
pabila tingkah menguris rasa
pabila hati penuh prasangka
mohon kemaafan lapangkan dada
moga pintu keampunan akan dibuka

Thursday, September 17, 2009

tahniah

Pagi tadi Acara Penutupan Bulan Kemerdekaan.
Tahniah kerana adik telah berjaya mendapat naib johan bagi
acara mendiklamasikan sajak.Begitu juga dengan pertandingan
membuat banner ,kumpulan adik mendapat tempat kedua.Tapi
sayangnya pagi tadi tika keputusan diumumkan adik tidak ada
kerana ikut along ke JB.Jika tidak pasti adik naik ke pentas untuk
menerima hadiah.
Itulah, mamakan sering berkata hendak seribu daya , tak nak seribu dalih.
Ini terbukti jika adik berusaha pasti adik akan berjaya.Begitu juga dengan
pelajaran di sekolah . Dulu adik pernah 'down' dengan menyatakan adik
tidak minat dengan math dan yakin tidak berjaya.Tapi hasil usaha adik
dan dibantu oleh guru-guru akhirnya adik berjaya setelah tahu caranya
kerana tak kenal maka tak cinta.

Mama berbangga dengan adik.
Tapi mama lebih berbangga
jika minat dan bakat adik disulami dengan ilmu-ilmu yang
lain apatah lagi ilmu akhirat.Bakat yang adik ada perlu diasah.
Dalam masa yang sama adik perlu belajar bersungguh-sungguh
untuk menghadapi SPM tahun depan.Jika adik berjaya pasti
adik ketemu jalan yang mudah untuk ke menara gading dan seterusnya
mencapai impian dan cita-cita adik. Suatu ketika dulu mama juga
mempunyai minat yang sama seperti adik.
Mama sentiasa menyokong adik
asalkan adik tidak lupa pada tugas utama
seorang pelajar dan seorang muslimin.
Doa mama agar adik terus berjaya.Tahniah!