Wednesday, September 9, 2009

lautan budi

adat orang berkerjasama
masing-masing menyumbang tenaga
yang pandai berbincang
maka berbincanglah dia
yang pandai mengarah
maka mengarahlah dia

yang pandai mengarang
maka mengaranglah dia

yang pandai berkamera
maka berkameralah dia
yang pandai menghidang
maka menghidanglah dia

yang pandai menghias
maka menghiaslah dia

yang pandai bercakap
maka bercakaplah dia
yang pandai berdoa
maka berdoalah dia


oleh sebab kata sepakat
yang suasa menjadi perak
yang perak menjadi emas
yang kolam menjadi tasik
yang tasik menjadi lautan
syukur kerana sepakat kita berjaya

No comments: