Thursday, February 27, 2014

Dinda Z





Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah izinnya kita dapat bersama-sama dalam Majlis Perpisahan En.Zaikham Husin ke SMK Gombak Setia


Sesungguhnya saya tidak menyangka bahawa beliau akan pergi dalam masa terdekat ini setelah sekian lama mencurahkan bakti di sini .Rupanya beliau lebih dulu dari saya melangkah pergi. Nyatalah desiran berita hinggap di telinga ini benar bukannya mimpi. Kami warga sekolah  amat sedih kerana akan kehilangan seorang guru dan sahabat yang sangat dedikasi .


Sebak hati bukan sedikit
Kerana kini  tibalah detik
Diberi peluang ucapan dititip
Ucapan terakhir untuk si adik
Yang akan berundur menunggu detik




Pesanan saya sebelum pergi,
Renungilah alam dan makhluk ciptaan Illahi,
Menjadi iktibar menggurui diri,
Kias ibarat kehidupan insan di bumi.






lihatlah
Sawah terbentang suburnya padi,
Berbuah lebat menjadi rezeki,
Semakin berisi, semakin tunduk ke bumi.


Dan janganlah seperti
 lalang yang tumbuh sendiri,
semakin subur mencengkam bumi,
semakin mendongak ke langit tinggi.



Terima kasih dinda kerana,
Belum diseru sudah turun.
Itulah insan sikapnya tekun.

Belum dipanggil sudah datang,
Pada diri ,adanya semangat juang.

Belum disuruh sudah pergi,
Berbuat sesuatu dengan rela hati.

Belum dipinta sudah memberi,
Suka membantu dan bermurah hati.

Belum diminta sudah berbuat,
Itulah tindakan membawa berkat.

Dedaun segar disinari mentari
Pancaran hingga seluruh taman
Budimu dinda dalam memori
Takkan dilupa ke akhir zaman
Berdasarkan pengalaman dan kesungguhan beliau saya yakin beliau  mampu menjadi PK Kokurikulum yang dihormati dan disayangi di sekolah baru beliau kerana

jika sudah benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau
Gugur ke bumi tumbuh menghijau

Dan  saya amat yakin dengan ketentuan tuhan   
Pasti di sana peluang terbentang
Untuk mencapai matlamat dan harapan


Jadi ....Laluilah kepayahan untuk  temui kemudahan,
Rentasilah kesusahan untuk rasai kesenangan,
Hadapilah keresahan untuk capai ketenangan,
Dan rasailah kepahitan untuk  kecapi kemanisan....
En.Zaikham
Tibalah saat menyusun jemari
Membuang segala kerikil menyalut hati
Maafkan kami andai ada salah silap tanpa disedari
Agar perpisahan ini indah dalam memori
Berbunga kasih di sudut hati


Selamat jalan wahai dinda
Kami di sini bekalkan doa
agar dinda sihat sejahtera
dapat mengalas amanah dan kerja
setiap langkah dalam rahmatNya
 


Dan saya sudahi ucapan saya dengan 3 rangkap pantun

Dilurut-lurut batang selasih
Batang selasih ditimpa jala
Tak kenal maka tak kasih
Sudah kasih berpisah pula

Rendang merimbun pohon melati
Ditiup angin menderu-deru
Pergi dinda rindunya pasti
Kenangan kasih pengubat rindu

Jernih tasik bagai terbayang
Berkilau indah bagai permata
Pergilah dinda pergilah sayang
Demi bangsa agama tercinta

Sekian terima kasih

Friday, February 21, 2014

ungu

28.1.2014

ungu...purple...biru kundang...biru star...

saja-saja
kata mereka jom purle
mama kata ok...

 tapi...bukanlah paksaan
dah katanya suka-suka
hanya nak nampak sama
lambang seia sekata
hiiii
tapi seronok juga...




Wednesday, February 19, 2014

latihan kebakaran


 

 29.1.2014







topi keledar

 28.1.2014
penyerahan

terima kasih

 

Thursday, February 13, 2014

hijau

 24.1.14
kata Lan (Roslan Daud) :

hijau bagai daun
sepakatnya merimbun


lambaian dedaun katanya tersusun

tazkirah

24.1.14