Thursday, August 30, 2012

dari kampung



 Baru-baru ni kedua-dua mertua datang
dan seperti biasa ada buah tangan
untuk anak menantu dan cucu-cucu.



ada juga kiriman dari ipar duai
kiriman biskut raya...
memang mereka bisnis
besar-besaran gitu...
terima kasih La & Yah...



Haaa... mak (mertua) bawa tapai 
yang dibuat khas untuk dibawa ke sini


Tapai dan ketupat merupakan menu utama mak
tapi...tahun ni mak upah orang bungkus ketupat
kerana dah tak larat


Jeruk maman ni
juga hasil air tangan mereka
mereka tanam dan buat
best kata anak-anak...


percaya tak...
mereka juga bawa sambal lada
lada hasil dari kebun mereka....


ni...
ya...ya...
tempoyak...
uhhhh best...



hahhh...yang ni?
sila teka...
lepuk(ye ke ejaannya)
emmmm...best lagi



mereka juga bawa labu
labu ni juga hasil tanaman mereka
labu tu mama dah ubah suai menjadi
sira labu
(gambar ni samar-samar manja)


yang ni pun...
manisss



hahaha...
ni pun mereka bawa
tapi bukanlah begini rupanya...
masa mereka bawa segar bugar
tapi lupa nak snap
nasib baik masih ada 3 biji yang berbaki
untuk dijadikan bahan bukti.

terima kasih mak
terima kasih wan.




kek lapis

 kek lapis...
emmm  dah tahu?
tak tanya?


tak pelah...
nak post juga...
saja suka-suka....

Wednesday, August 29, 2012

sorang-sorang



macam lagu 10 budak hitam
sorang-sorang tak de...
huhuhu
mama dah mula rasa kehilangan



Bermula dengan  Tok Mi  yang
pergi ke Cheras pada hari Sabtu.



Disusuli dengan adik
yang ke Melaka pada pagi  Ahad
kerana Isnin dah mula belajar.



Petang Ahad hantar Inn pula
ke CJ.

Hari Selasa mak dan wan pula balik ke Besut.



Hari ni...angah,kak Alzalia  dan Alya
pula akan mula balik ke Setiawangsa.


maka tinggallah mama dan abah


serta Izzat da along yang setia menemani...

Tuesday, August 28, 2012

sarapan hari ke-8

Mama buat apa?


goreng mi hoon


goreng mi


goreng ketupat
yang mak bawa dari kampung



panaskan roti jala
dan kari
yang diberi oleh kawan Izzat.

itu je...

kunjung balas @ balas kunjung...


Semasa bersiap-siap nak ke HUKM
mama lihat Tok Mi asyik tekan hp
hantar sms ke?
pada sapa?

                                           
persoalan hampir terjawab
bila beg merah diminta masukkan ke kereta


Haaa...jawapan terjawab
apabila selesai melawat tok cik,
tok mi ajak ke rumah ayah cik.
Tok mi dah calling2



oooo jadi kami
anggap je sebagai membalas kunjungan gitu


wauuu kami dihidangan dengan pau
dan yang lagi best ialah mangga
mangga segar dari ladang(?)


betullll...
ayah cik baru kait...
fresh gitu..


dan jangan jelezzz
mama dapat sebakul 'rumbu'
mangga untuk dibawa balik
terima kasih...terima kasih...

Monday, August 27, 2012

juadah raya ke-7


Hari ni moyang-moyang ada
mereka datang untuk lihat cicit
dan untuk berhari raya


mama putus idea nak masak 
apa untuk moyang-moyang ni...


akhirnya...
jadilah nasi goreng niii...
konon -konon nasi goreng carrot


sebagai tambahan...
abah beli nasi lemak...
kihkihkih....hari raya-hari raya


hahhh nak meriahkan meja...
tambah dengan roti canai...

 juga roti telur...
jadi kesimpulannya....
mama hanya masak nasi goreng...
masak juga...

Raya ke-6

Beberapa hari lalu Kam telefon
jemput ke rumahnya sempena hari raya.
Mama kata ok...
kerana dah lama sebenarnya mama teringin ke rumahnya
nak tengok@ (nak tumpang khayal ) rumahnya yang cute


Tiba detik itu mama terpaksa batalkan niat
kerana mak,wan dan tok mi ada di rumah.
Tapi Tuhan penentu segalanya...
tiba-tiba Kam telefon sekali lagi
dan ala-ala mendesak manja...


lalu mama yang lemah semangat ni...
tak sampai hati nak menolak.
Kebetulan masa tu 3 orang tersayang dah baring2 manja
lalu mama menuju ke sana
dan...alhamdulillah dapatlah mama berjumpa
teman-teman termasuk yang dah lama tak jumpa.


Ketika abah balik dari kerja...
ayah cik sekeluarga datang ke rumah
sekembali mereka dari HUKM

Jadi dapatlah dianggap sebagai
kunjungan hari raya
walaupun tak de hidangan istemewa


malah...mereka pula bawa
mi bandung...




Raya ke-5


Seperti hari-hari sebelum ini
untuk mengisi masa
kami masih menjalani sesi fotografi
(kihkihkih...perasanlah pulak)



Petangnya kami dikunjungi Tok Mi dan Su Nor sekeluarga
yang baru tiba dari Kuantan
dan akan sama-sama ke HUKM

                            
Si puteri kali ni moodnya baik
sejak awal dah ok




Dan sesi salam bersalaman
bermaafan
dan hulur menghulur juga diadakan
maklumlah masih dalam suasana raya...
dan kami pulak tak balik


Semasa nak ke HUKM
satu kejutan berlaku pabila si puteri
nak ikut kami...
kihkihkih...sukalah kak inn tu...


Kami ke HUKM untuk melawat Tok Cik
Doa mama moga Tok Cik cepat sihat...
diberikan kekuatan kepafda Tok Cik dan keluarga.

Bila balik dari HUKM
Mak dan Wan dah ada
baru sampai dari Besut,menumpang Din dan keluarga.
Mereka datang untuk melawat cicit
dan berhari raya juga...
Huuuu...mohon maaf dan terima kasih.
Terbaliklah pulak yang tua datang berjumpa yang muda(tuo jugak doh)