Monday, August 27, 2012

Raya ke-6

Beberapa hari lalu Kam telefon
jemput ke rumahnya sempena hari raya.
Mama kata ok...
kerana dah lama sebenarnya mama teringin ke rumahnya
nak tengok@ (nak tumpang khayal ) rumahnya yang cute


Tiba detik itu mama terpaksa batalkan niat
kerana mak,wan dan tok mi ada di rumah.
Tapi Tuhan penentu segalanya...
tiba-tiba Kam telefon sekali lagi
dan ala-ala mendesak manja...


lalu mama yang lemah semangat ni...
tak sampai hati nak menolak.
Kebetulan masa tu 3 orang tersayang dah baring2 manja
lalu mama menuju ke sana
dan...alhamdulillah dapatlah mama berjumpa
teman-teman termasuk yang dah lama tak jumpa.


Ketika abah balik dari kerja...
ayah cik sekeluarga datang ke rumah
sekembali mereka dari HUKM

Jadi dapatlah dianggap sebagai
kunjungan hari raya
walaupun tak de hidangan istemewa


malah...mereka pula bawa
mi bandung...




No comments: