Lahir seorang puteri.Syukur alhamdulillah.
Dah bergelar nenda...
cucu pertama.
24.7.2012(Selasa)
Semuanya ok...
Alzalia dan baby sihat-alhamdulillah
Lalu...mereka dibenarkan pulang.
Bertambah seorang ahli baru.
25.7.2012 (Rabu)
Mak Bidan mula datang untuk merurut dan bertungku.
Angah pun masih bercuti...
26.7.2012(Khamis)
Semasa Mak Bidan datang berurut
dia memberitahu baby kuning
dan mencadangkan beli mandian di kedai ubat China.
27.7.2012(Jumaat)
Hari ini bidan mula mandikan baby.
Jururawat datang melawat dan mencadangkan
baby dibawa ke Klinik.
Selepas solat Jumaat kami bawa ke klinik AU tapi orang terlalu ramai
Lalu kami ke Ampang Puteri dan baby dimasukkan ke wad.
28.7.2012(Sabtu)
Baby masih di wad.
Angah saja dibenarkan masuk.
Kami hanya mengintai dari luar.
29.7.2012 (Ahad)
Pagi semasa kami melawat 'misi' beritahu baby dah 9(masa masuk hari tu 17)
Petang angah dapat panggilan,dah boleh ambil baby-alhamdulillah.
Tapi mama nampak sekitar matanya masih kuning.
Mungkin kerana pakai penutup mata.
30.7.2012(Isnin)
Pagi Isnin sekali lagi jururawat datang
Mereka kata masih kuning....
Dan dari gambar je Dr.Aziah @ Tok Long
masih dapat kesan baby jaundice
Ayah Long juga dah risau...
dah search google
31.7.2012(selasa)
Baby nampak sihat
cuma ada sedikit2 kuning
1.8.2012 (Rabu)
Hari-hari bekerja biasanya baby
hanya dengan mama selepas magrib
hingga sebelum mama tidur je....
2.8.2012(Khamis)
Baby nampak ok
....sihat
tapi masih ada kuning-kuning
3.8.2012(Jumaat)
Alhamdulillah hari ni...
dah tanggal pusat(kih kih kih)
semoga cucu nenda cepat sihat
dan menjadi insan bersahsiah terpuji...
AMIN
AMIN
No comments:
Post a Comment